Followers

Saturday, June 26, 2010

Sah 'Parti Astro Jabat' pilihan dia?

4o yang dipanggil ulama itu masuklah UMNO dengan kebahagian diberi ruang yang luas untuk berdakwah ! Kepada siapa mereka mahu berdakwah, kepada UMNO atau kepada bukan UMNO tidak dapat dipastikan sehingga ke tahap ini.

Apabila mereka berkata mereka diberi ruang luas untuk berdakwah maka Zamihan dan yang sewaktunya dengannya dan para ilmuan ugama UMNO tidak mampu menghalang mereka untuk mendapat tauliah memberi kuliah di masjid-masjid. Kalau ada mana-mana agensi agama yang mengahalng mereka, mereka pasti akan mengadu kepada Najib. Dan Najib pun akan berbunyi, "Hebb !", maka bebaslah mereka selepas itu !! Ruang yang bebas !!

Kita akan terus melihat sejauh mana keberkasanan dakwah mereka melalui UMNO. Aku gembira jika mereka berjaya 'mengulamakkan' UMNO (rasanya entahlah...) namun aku bimbang jika UMNO yang kebiasaannya akan berjaya mengUMNOkan 'keulama-an' mereka itu. Maka nanti jadilah mereka dua kali lima dengan Nakhakie Ahmad, Jamil Khir Baharum, Harussani, Masitah Darurat, Dasuki Ahmad, Yusof Nor, Hamid Zainul Abidin, Zainal Abidin Kadir, Hamid Othman, Lah Mat Zin, Firdaus Sepak Peti Undi, Nor Gadut dan yang seumpamanya yang akan 'di tempatkan' di dalam kelambu 'Taman Indraloka' Putrajaya dengan elaun yang agak besar ! Tak percaya tengok nanti kerana ini bukan mengata tapi biasanya begitulah yang akan berlaku...Bukan UMNO ikut ULAMA tapi ULAMA ikut UMNO! Sah !

Maka tindakan yang dikatakan 40 orang yang rapat Asri itu masuk UMNO menguatkan lagi keyakinan bahawa Dr Asri telahpun mempunyai pilihan yang jelas jika menyertai parti politik. Beliau tidak akan menjadikan PKR, DAP mahupun PAS sebagai wadah perjuangan politiknya. kerana pilihan-pilihan tersebut bukan semulajadinya. Pilihannya nanti ialah 'parti Astro Jabat,' yang diperlecehkannya dahulu, UMNO! Hanya kini proses tawar menawar perlu terus diusahakan....mana tahu kot-kot ada rezeki!!

Menjadilah mereka tikus-tikus jatuh ke beras !

Maka menjadi UMNOlah 'ulamak' yang dihebuh-hebuhkan sebagai sealiran Wahabi yang memang tidak difatwa sesat oleh Islam itu namun keras aja katanya. Apa dan banyak mana yang keras tak pasti! Cuma hanya semalam 'ulamak' yang paling popular tidak kelihatan bersalam dengan Najib. Tidak dapat dipastikan apakah borangnya tersisip dalam celah-celah 40 borang yang berikat itu atau memang borangnya tidak jadi dihantar buat sementara atau akan tidak dihantar terus untuk berkelana selamanya.

Lebih kurang alasan mantap puak yang masuk gerombolan ini ialah bahagia kerana mempunyai atau akan diberi ruang berdakwah yang luas. Di sini aku terasa nak tergelak !Lantak engkolah!!

Dalam keadaan majoriti rakyat tolak UMNO/BN, puak-puak ini hendak berdakwah kepada siapa? Mereka sekarang telah dilihat bukan sebagai pendakwah lagi tetapi sebagai orang politik. Banyak mana orang akan menerima dakwahnya sebagai dakwah Islamiah atau dakwah politik murahan partinya. Ini kalau sasaran dakwahnya rakyat.

Kalau sararan dakwahnya UMNO lagilah sakit. Agama Islam UMNO suka qunut, suka maulud, suka tahlil, suka nisfu saaban, suka yasin, suka marhaban, suka ke kubur di aidil fitri dan macam-macam yang seumpamanya. Maka akan bertembunglah mereka. Ularmak yang sedia ada dalam UMNO akan bertembung dengan puak-puak ini. Kerana kehadiran yang dikatakan sealiran Wahabi ini akan 'merampas' peranan golongan ularmak dalam UMNO. Tengok awal-awal Zamihan sudah bertembung dengan asri. Biar...biarkan !!

Lagipun jika mereka masuk UMNO untuk mendakwahkan UMNO maka mereka ini bagaikan anologi popular, 'membersih tong taik dari dalam tong taik' ....huhuhu !!

PAS rugi ? Tidak sekelumit pun ! Puak-puak yang dikatakan 'ulamak Wahabi ini' kelihatannya begitu eksklusif, bergaya, berprotokol dan mahal. Mereka bukan jenis orang dari golongan ulamak yang wajar berada dalam PAS yang terpaksa berselirat dengan ahli bawahan dan rakyat marhaen untuk makan nasi bungkus dan bermesyuarat sambil bersila!

Jadinya biarkan....biarkan 'tikus-tikus itu jatuh ke beras' !

Friday, June 25, 2010

Hari ini maka akan penuhlah UMNO dengan Ulama 'aliran Wahabi' ? Fuu...bestnyer UMNO!!!!

Mengikut khabar dari sumber UMNO sendiri bukan dari sumber lain, yang entah ya entah tidak, maka hari ini akan bergembira sakanlah UMNO. Satu kegembiraan yang mungkin tidak pernah wujud dalam UMNO semenjak ianya lahir. Gembira sungguh!

Apa tidak gembiranya kerana hari ini 101 ulama (Dr Asri + 100 ulama pengikut asri) kata kononnya dari aliran Wahabi akan menyertai UMNO. Maka dengan "penyertaan' itu akan menjadi titik permulihan sokongan Melayu kepada UMNO! Kalau dalam kajian Merdeka Center Najib dapat sokongan 72% maka dengan kemasukan ulama-ulama ini..(ULAMA!!) dalam UMNO sokongan kepada Najib akan menjadi 101 %.

Huuu....ULAMA 'WAHABI' MASUK UMNOOOO !!!! So apa lagi mau ?

Wednesday, June 23, 2010

UMNO "Wahabi" pula?

Ramai orang menunggu hari Jumaat ini (lusa) dan ramai juga orang tak kisah pun. Orang menunggu bukan pasal pasukan mana masuk pusingan kalah mati Piala Dunia tetapi orang menunggu kerana mahu mendapat berita sohih.

Berita yang hendak disohihkan hari Jumaat ini ialah tentang keputusan politik seorang yang bernama Dr Asri Zainul Abidin yang dihebuhkan orang akan masuk UMNO. Dengan keputusan sohih Dr Asri nanti apakah juga bermakna UMNO akan masuk Wahabi kerana Wahabi adalah aliran fahaman yang katanya seiras fahaman Dr Asri ?

Aku tidak pelik Dr Asri seiras fahaman Wahabi tetapi aku pelik kalau UMNO akan menjadi Wahabi kerana fahaman yang seiras Asri itu. Kalau betul fahaman Asri, Wahabi, mudah difahami tetapi kalau fahaman UMNO Wahabi , macam mana yek ?

Maka sudah tentulah orang ramai juga menunggu apakah UMNO yang APCO akan jadi "Wahabi "pula pada hari Jumaat ini ? Berita yang sekarang masih samar-samar, apakah ia akan menjadi sohih hari Jumaat ini. Atau berita sohih itu akan lenyap atau sirna bagai buih di lautan.

Tuesday, June 22, 2010

Dengar khabar ada orang nak masuk ke dalam tong taik...yer ker ?

Orang PAS sudah bagi tahu bahawa parti itu sudah menjadi tong taik. Tong taik itu kian membusuk. Busuknya terlalu amat. Tong itu dipenuhi dengan taik dan taik itu pula penuh dengan ulat taik. Tong itu menjadi tong taik bukan kerana tong itu,tetapi kerana tong itu hari demi hari dipenuhi dengan taik. Kata Shanon Ahmad yang paling keras dan busuk Kepala Taik!

Dulu-dulu lagi Tok Guru Haji Hadi sudah bagi nasihat, kalau nak bersihkan tong taik jangan masuk dalam tong taik kerana taik-taik dalam tong taik terlalu membusuk. Jika masuk jugak ke dalam tong taik itu, maka taik-taik yang memenuhi diserata tong akan mengenai orang yang masuk untuk membasuhnya. Sudahlah busuk semasa duduk dalam tong, keluar tong taik itu pun busuk masih melekat.

Tak ingatkah dulu zaman Mahathir, ada orang yang nak basuh tong taik lalu masuk dalam tong itu, apa yang terjadi kepadanya sekarang? Kesian !

Alih-alih hari ini tiada hujan tiada ribut, tak semena-mena ada pula seorang lagi katanya nak masuk ke dalam tong taik, apa tujuannya tak tahu. Tak kan nak bermain dengan taik kot! Amboi!

Agak-agaknya tujuan orang itu nak bersihkan tong taik itu, tapi kita tengoklah nanti apa terjadi kepadanya jika dia masuk sungguh ke dalam tong taik itu. Mampukah dia mengeluarkan kepala taik dari tong taik atau kepala taik itu akan naik ke atas kepalanya.

Bagi orang PAS, Tok Guru Nik Aziz dah bagi tahu dalam muktamar baru-baru ini, tak usah lagi bersih-bersihkan tong taik itu kerana terlalu busuk sangat ia, maka kita pakat buang sahaja tong taik itu ke laut bila sampai masanya nanti!

Kes FELDA: Sebuah harapan kepada pagar, rupanya...


Felda kini menjadi 'benteng menanah' orang Melayu

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 22 Jun: Felda, sebuah badan yang selama ini menjadi benteng orang Melayu yang dahagakan tanah kini menjadi 'benteng menanah', kata AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa dalam blognya.

Ia tidak lain dan tidak bukan kerana salah urus tadbir Felda yang meletakkan kepentingan Felda sebagai badan korporat dan lambang prestij lebih penting dari penerokanya sendiri.

Dalam tulisannya itu, Husam mempersoalkan dua kesilapan besar Felda iaitu apakah benar Felda ada melabur RM500 juta di Boston & Cincinatti di Amerika tiga tahun lalu?

"Apa jadi dengan pelaburan dalam Twin Rivers INC?" soal Husam dalam blognya yang menyifatkan wang itu hangus begitu sahaja.

Yang keduanya, Husam mempertikaikan langkah Felda membina ibu pejabatnya di kawasan mewah sehingga kos pembinaannya melambung dan mencecah RM660 juta berbanding dengan RM220 juta pada asalnya.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika bercakap di Dewan Rakyat mengaku pengurangan berbilion ringgit harta Felda dalam masa yang singkat.

Dalam ucapannya, Maslan mengesahkan, harta Felda susut dari RM4.08 billion pada tahun 2004 kepada RM1.35 billion pada tahun 2009.

Ekoran itu bekas timbalan menteri Tanah dan Koperasi yang kini menyertai PKR, Dr Tan Kee Kwong serta anggota Parlimen Klang Charles Santiago, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenainya.

Dr Tan menyifatkan, ibu pejabat baru Felda yang sedang dibina di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur iaitu di Jalan Tun Razak umpama hotel lima bintang.

Bangunan yang bakal menelan belanja RM662 juta itu dianugerahkan kontraknya kepada Naza TTDI Sdn Bhd iaitu satu syarikat kroni Umno.

"Saya mempunyai maklumat sahih yang memaklumkan, daripada RM662 juta itu, RM230 juta telah dibayar dahulu sebelum kerja-kerja dimulakan," kata Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi dari 1999 hingga 2004 yang selama ini menjaga hal ehwal Felda terutamanya untuk menjawab soalan-soalan di Dewan Rakyat.

Bagi Husam, Felda terbangun dari keringat dan azam politik. Dalam membangun warganya, terdengar suara rungutan seakan ada penindasan dalam bantuan. Jika tidak dengan lingkungan terkongkong, barangkali warganya telah jauh lebih makmur.

Namun, sedikit peraturan yang kurang memihak kepada warga yang keringatnya ditumpahkan dikatakan mustahak untuk menghasilkan kejayaan kolektif dalam bentuk lembaga besar Felda yang kaya raya.

Tekanan itu disamakan dengan pengorbanan.

"Hari ini, jika warga Felda yang telah berkorban itu dikhianati, wajarkah kita berdiam diri?" tanya Husam dalam blognya.

Hari ini, tulis Husam , tanda-tanda Felda telah dikhianati muncul satu demi satu, tetapi jawapannya yang memuaskan hati tidak muncul seperti dinanti.

1. Benarkah Felda telah melabur RM 500 juta, ulang, RM 500 juta di Boston & Cincinatti di Amerika tiga tahun lalu? Apa jadi dengan pelaburan dalam Twin Rivers INC?

"Benarkah pelaburan ini telah hangus?" soal beliau.

Beliau seterusnya bertanya, "Benarkah RM 500 juta ini bukannya pelaburan tetapi cara untuk wang Felda 'dileburkan'?"

Tentulah pelaburan sebesar itu dibuat dengan pertimbangan yang halus dan sebab yang menasabah. Kerana pelaburannya besar, jawapan yang terang sangat dinantikan, katanya lagi.

Jika pelaburan itu dibuat dengan pertimbangan teliti, mustahil ia boleh lesap begitu sahaja, tambah beliau.

"Jika pertimbangannya hanya kerana mengikut telunjuk satu dua orang sahaja, kita tidak tahu berapa banyak lagi wang Felda 'lebur' dengan cara ini. Apa lagi, jika 'peleburan' itu memang dirancang dan ada yang girang mengaut keuntungan darinya," katanya.

Husam juga mempersoalkan, kenapa Felda mengambil keputusan membina bangunan ibu pejabatnya di premis termahal sehingga kosnya melambung?
"Adakah Felda merasa ia telah menjadi elit ekonomi dan perlu mengasingkan diri di tempat ekslusif dengan membelanjakan wang titik peluh lebih seratus ribu warganya yang setengahnya masih merempat?"

Dari asalnya kos hanya sekitar RM 220 juta, kini meningkat melebihi RM 660 juta. Apakah faedah yang akan diperolehi oleh para peneroka Felda?, tanya beliau lagi.

"Adakah Felda memerlukan bangunan bertaraf tujuh bintang setaraf dengan KLCC? Siapakah yang membuat keputusan ini? Apa asas keputusan ini?" soalnya lagi yang menuntut jawapan telus dan berterus terang kerana ia akan membantu Felda terus utuh dan harapan warga Felda tidak punah.

Bagi beliau, pengakuan kerajaan di Dewan Rakyat bahawa akaun Felda telah merosot berbillion ringgit dalam sekelip mata membuktikan berita-berita tentang wang Felda diurus sesuka hati mula menampakkan ada kebenarannya.

"Namun, penjelasan Kerajaan hanya mengukuhkan apa yang kita dengar. RM 2 billion yang kononnya surut kerana digunakan untuk program tanam semula semacam mengiyakan wang sebanyak itu memang telah hilang. Bagi menjawab wang itu memang telah hilang tetapi mengelakkan warga Felda melenting, ia dikaitkan dengan tanam semula. Padahal, tabung tanam semula telah sedia wujud dari potongan para peneroka dan ia telah diletakkan dalam akaun yang berasingan. Satu perkara dua kali kira.

"Rakyat, terutama orang Melayu perlukan jawapan. Jawapan yang paling baik ialah melantik odit bebas dengan satu laporan di Parlimen diperlukan. Bukan hanya jawapan politik Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

"Lagi pun, Felda bukan milik UMNO. Felda tidak harus dibenarkan 'cair' bersekali dengan trend bocornya kerugian satu demi satu konglomerat negara kita," tegas beliau

Monday, June 21, 2010

Dr Asri masuk UMNO? SERUPA JUGAK !!!

Apabila sebuah blog pro UMNO memulakan khabar berita ini maka riuh orang memperkatakan bahawa Dr Asri Zainal Abidin bekas Mufti Perlis akan menyertai UMNO. Katanya Asri akan buat pengumuman pada hari Jumaat ini.

Jika itu benar-benar terjadi maka apa bezanya Dr Asri itu dengan Jamil Khir, Harussani, Hamid Othman, Nakhaie Ahmad dan lain-lain itu? Dr Asri akan menjadi 'bisu' seperti yang lain kerana gerak kerja membudayakan Islam dalam kehidupan rakyat bukan kerja UMNO. Apa jenis budaya Islam yang boleh Dr Asri bawa dalam gaya UMNO yang ada hari ini?

Mampukah Asri memberitahu Najib agar tarik balik pemansuhan judi bola atau akan berkata tak apa judi boleh kerana itu untuk orang-orang bukan Islam atau akan menjadi bisu macam yang lain?

Mampukah Asri memberitahu Najib agar mahkamah Malaysia bersidang secara telus dan adil tanpa menjadi alat kepada pemerintah? Mampukah Asri mengawal Kementerian Dalam Negeri dari menggunakan ISA atau Asri akan menjadi 'bisu'.

Dan yang lebih penting apa yang Asri hendak bagi tahu Najib tentang APCO dan siapakah Asri sehingga Najib boleh mendengar nasihat Asri seorang atau Asri akan menjadi 'bisu' dan kelu?

Mampukah Dr Asri ? Atau Dr Asri akan menjadi seperti yang lain-lain itu atau apakah tidak mungkin Dr Asri satu masa nanti akan menjadi 'Anwar Ibrahim' nombor dua dalam UMNO? Atau Asri akan menjadi 'bisu'. Atau akan menjadi perkakas yang tidak berguna untuk membantu kemenangan Islam?

So apa peliknya kalau Dr Asri masuk UMNO? Sudah dapat agak pun apa akan terjadi kepadanya kalau dia masuk UMNO....SERUPA JUGAK !!!