Followers

Saturday, June 19, 2010

Bilalah mereka ni nak bertaubat !

Keadaan kehilangan moral semakin menjadi-jadi.

1. Negara berdaulat berperang untuk mempertahankan warisan dan tanah pusaka, kita beri sahaja. Pulau Batu Putih terserah kepada Singapura. Dua blok pelantar minyak serah saja kepada Brunei. Dan tanah KTM di Singapura pun begitu juga...Pulau Pisang ? Adakah kita akan kehilangan pisang jugak nanti ?

2. Syarikat berkenaan dengan FELDA dalam masa 5 tahun banyak tutup, duit FELDA semakin merosot, pengundi UMNO di FELDA terus tidur !

3. Ekonomi diumum tak pernah teruk, malah sentiasa mantap, namun harga barangan semakin memberi kesan kepada kehidupan rakyat bawahan. Bukan gula sahaja naik harga...SEMUA !!

4. Tian Chua gigit polis kena hukum, Polis tembak orang awam tak kena.

5. Islam hukum judi haram, pemerintah UMNO/BN yang mengaku Islam bagi lesen judi!

6. Sewaktu Konvoi Kemanusiaan GAZA bertolak tak kisah sangat, bila Mavi Marmara di serang Zionis Yahudi, seluruh dunia kutuk, barulah nak kutuk sama...itupun kutuk ringan-ringan !

7. Kutuk Yahudi tapi terus bela anak YAHUDI: APCO !

8. Mohon laporan perubatan untuk tujuan bela diri, tak boleh, tak ada peruntukan, pecat MB Nizar cara rampasan kuasa boleh pulak. Pecat Speaker Sivakumar cara angkut dan bawa kurung - boleh pulak!

9. Ahli politik yang ada masalah kewangan atau hutang, tak payah guna mahkamah untuk selesaikan masalah mereka, cukup hanya lompat parti sokong BN atau sokong Bos dan Bos Besar, tutup kes?

10. Tak semena-mena, ada pengganas JI pulak dah? Konon nak serang kuil itu, nak serang kuil ini. Tangkap dan bicara tak jugak, Tangkap kurung tanpa bicara ISA sahaja. Rakyat percaya ke ni ? Kecuali rakyat bodoh yang suka makan 'benda-benda basi' !

11. Biasiswa mansuh..PTPTN payah dan tak cukup! Melopong dan terus makan mee segera yang jugak semakin mahal. Telan air liur hari-hari cukup !

12. Semakin lama APCO berada di sisi semakin ternampak bayang-bayang YAHUDI !

Sesungguhnya puak-puak gerombolan memang teruk...bilalah nak bertaubat !

Thursday, June 17, 2010

Rakyat waras tidak dapat terima mansuh biasiswa

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Jun: “Tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber dana,” kata Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) membantah keras keputusan kerajaan untuk memansuhkan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang secara berperingkat-peringkat seperti yang diumumkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, keputusan itu bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10.

"Dapsy merasakan keputusan ini sangat tidak adil kepada generasi muda Malaysia kerana pengurusan kewangan yang boros dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional menyebabkan generasi muda Malaysia terpaksa menangung akibat dan implikasinya," katanya.

Beliau juga berkata, rakyat tidak dapat menerima keputusan kerajaan memansuhkan pemberian biasiswa itu sedangkan kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta.

"Kerajaan mengatakan pemberian biasiswa ini tidak dapat diteruskan kerana pembiayaan kewangan yang tinggi dan kerajaan tidak mampu menanggungnya. Ini adalah satu asalan yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Tatkala apabila kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta, tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber dana," katanya.

Katanya, Dapsy turut mempersoal keikhlasan kerajaan dalam ‘membentuk belia untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang dinamik dan berinspirasi’ seperti yang terkandung dalam RMK ke-10 yang dibentangkan.

"Apakah isi kandungan yang tertera dalam RMK10 yang dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri sekadar indah khabar dari rupa? Perdana Menteri semakin hari semakin dikenali sebagai ‘Perdana Menteri flip-flop’. Namun kita tidak menjangkakan bahawa beliau begitu cepat ‘flip-flop’ dalam dasar yang dibentangkan oleh beliau sendiri di Parlimen kurang dari semingu yang lepas," katanya.

Sehubungan itu, katanya Dapsy menyeru kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa pemilih khas Parlimen untuk mengkaji semula secara menyeluruh setiap aspek pelaksanaan dan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA termasuk dua cadangan iaitu memberikan biasiswa kepada semua pelajar cemerlang SPM yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Selain itu, penajaan biasiswa ke luar negara mengikut pengkhususan bidang pengajian hanya ditetapkan selepas menilai keputusan akademik di peringkat pra-universiti.

Sumber dari Harakahdaily.

[ Nampaknya semakin lama UMNO/BN memerintah, dalam menjayakan apa yang dipanggil rakyat didahulukan, idea yang ada hanya potong, tarik, mansuh dan naik. Biasiswa untuk para pelajar ke luar negara dimansuhkan dan hanya yang belajar di Oxford dan Cambridge sahaja akan diteruskan. Anak siapalah tu yang bakal ke kedua-dua U tersebut kalau tidak anak puak-puak.Elaun para pelajar di institusi pendidikan jugak menjadi mangsa disamping wang PTPTN yang lambat keluar. Sabsidi untuk rakyat juga bakal di potong dan harga barangan semakin melambung tanpa diumum kenaikan harga dan kroni semakin kaya, tak kiralah kroni apapun termasuk kroni judi. Menteri Pengguna macam sibuk , sibuk bercakap dan bersidang akhbar tapi tidak ada seorang pun taukeh barang pedulikan dia. Beginilah kita selagi puak-puak itu memerintah]


Tuesday, June 15, 2010

PAS kehilangan seorang tokoh yang hebat .

Dengan rasa sedih dan terkejut, aku turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Ustaz Hassan Sukri. Sebagai ahli parti yang nun jauh di bawah, aku 'mengenali' Almarhum Ustaz Hassan Sukri namun almarhum tidaklah kenal aku. Biasalah begitu.

Aku mengenali almarhum hanya melalui pembacaan catatan kisah, penulisan berita dan rencana yang dibaca. Apatah lagi Amarhum Ustaz Hassan adalah salah seorang pemimpin PAS yang veteran dan istiqamah.Maka itulah yang dimaksudkan aku 'kenal' dia. Kenal secara peribadi tidaklah.

Bila mengenali almarhum dari pembacaan dan cerita-cerita orang, sama ada dari orang bawahan atau para pemimpin yang mengenali almarhum, aku sebenarnya amat kagum dengan veteran-veteran PAS seperti almarhum ini. Almarhum rupanya hebat, 'kutubkhanah PAS '. Itu dari segi idea dan perancangan parti, bagaimana pula kalau dilihat dari segi kepimpinan. Lagilah hebat. Salah satu tanda kehebatan almarhum ialah apabila almarhum dengan tenang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti dan dengan gaya yang hebat juga menerima kekalahannya.

Yakin sungguh aku, tanpa para pemimpin seumpama almarhum Ustaz Hassan Shukri ini yang dengan tegarnya telah meletak dan menjaga dasar PAS sehingga ke hari, rasanya PAS mungkin sudah lama berkubur.

Kini, PAS telah kehilangan seorang tokoh yang hebat, Almarhum Ustaz Hassan Shukri.

Semoga roh almarhum yang banyak berjaya kepada perjuangan Islam itu, ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.