Followers

Thursday, June 10, 2010

Inilah pasukan 'bola' PM yang hendak membawa kita berjaya ?


Perdana Menteri membuat analogi pasukan bolasepak jika Malaysia mahu maju. Kata beliau bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan. Kata beliau seterusnya, setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya.

Benar sekali kata Perdana Menteri kita itu. Pasukan itu perlulah pasukan yang kuat dan mantap.

Tetapi apakah kuat dan mantap pasukan itu jika Ketua Pasukannya selalu mengelak dari terkena bola. Wartawan tanya pasal judi, dia kata jangan tanya soalan itu. Rakyat riuh protes judi, dia sebagai Ketua Pasukan senyap seribu bahasa. Nampak sangat Ketua Pasukan ini penakut untuk menghadapi bola yang didatangkan kepadanya. Hendak main bola, tapi tak mahu bola datang kepadanya. Ketua Pasukan apa ?

Sayap kanan, Samy telah diganti dengan yang lebih pemalu Palanevel. Tapi Samy masih masi menjadi jurulatih kepada Palanevel.

Sayap Kiri yang gagah terpaksa tidak bermain bimbang dilontar bolol air oleh penonton digantikan dengan anaknya sahaja yang tiada pengalaman tapi Ketua Pasukan kata dipilih kerana merit !

Seorang pemain pertahan, Hishamuddin seorang pemian yang mudah terkedu. Azmin Ali tanya macam mana rekod masuk Altanthuya padam, dia mula lelah tercungap-cungap hendak menjawab. Mulalah lembik lutut. Pemain yang mudah lembik lutut boleh bawa kemenangan ke ?

Harapkan pemain dari Melaka...apa batu tak tahu...Idris apa ke dan dari Kinabatangan, kedua-dua ni memang boleh diharap tapi untuk bersingsing lengan aje yang dia mampu macam gangster "Kampung Pening Lalat". Orang bincang pasal isu biasiswa tak cukup untuk bukan Melayu dia pula ajak berlengan bersiku ....!! Macam pemain kampung je !!

Pemain midfield yang bernama Nazri Aziz boleh tahan juga lasaknya, kerap jugak dia cuba cah keting lawan tapi pihak Pakatan Rakyat belum nak cah keting dia lagi! Biarkan dia...biarkan...biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Untuk nampak gagah sedikit Ketua Pasukan terpaksa bawa masuk penyerang-penyerang import yang antaranya bernama Zul, Zahrain, Mohsein dan ada pemain Cina dua orang tapi bukan dari negeri Cina dari Pulau Pinang dan sorang dari KL. Pemain-pemain import ini buat bercekak pinggang tengah padang bolehlah di samping mampu memenuhkan padang !!

Namun dalam ramai pemain import itu, yang paling kencang berlari ke sana-ke mari kejar bola sebelum lelah, pemain dari Pasir Mas Kelantan. Kerap jugalah menembak ke pintu gol tapi semuanya tersasar...tersasar jauh pula tu ! Dia ni asal dapat tembak, tak kira dah mana pintu gol! Memang dah jenis dia begitu...jenis geram tengok bola !

Setakat hari ini gol pasukan Ketua Pasukan banyak bolos. Mana tak bolos suruh Muhyiddin jadi Penjaga Gol ! Bolos di Permatang Pauh, bolos di Bukit Gantang, bolos di Kuala Trengganu dan bolos jugak di beberapa Dun. Dah bagi tahu..... dia tak boleh menjadi penjaga gol, nak bawak diri dia pun salah-habah!

Melihat hal itu agaknya R, Pengurus Pasukan kepada pasukan Ketua Pasukan yang tahu kelemahan penjaga gol telah senyap-senyap mengambil alih peranan penjaga gol . Bagi R, dari Muhyiddin baik dia jaga gol.

Masalahnya boleh ke R jadi penjaga gol? Kot-kot lagi banyak bolos! Setakat ini, Sibu dah bolos...!

Inilah 'pasukan bola' impian dan realiti yang PM miliki untuk membawa Malaysia, kita semua maju dan berjaya. Jika inilah pasukannya...agak-agaknya, boleh menangkah Malaysia atau 1Malaysia akan kalah ?

Atau 1Malaysia perlu tukar pasukan lain dalam Pilihanraya ke 13 nanti ?

Sunday, June 06, 2010

Cakap berdegar-degar namun tahi....

Dalam menyambut dan melayani wira-wira negara yang terbabit dalam tragedi serangan ganas Zionis Israel dalam Kapal Mavi Marmara, pemimpin tertinggi UMNO sambil berselendang Palestin bercakap macam-macam.

Antaranya, Israel tak patut kerana melanggar hak asasi manusia, Isreal langgar undang-undang antarabangsa, Israel perlu menyampaikan bekalan yang dirampas ke Gaza, Isreal tidak patut menghalang Kapal Rachel Corrie, Israel perlu menghurmat undang-undang antarabangsa, Israel jangan bertindak kasar dan ganas kepada rombongan dalam kapal Rachel Corrie dan macam-macam yang pemimpin UMNO cakap dan kutuk.

Bagus sangatlah begitu, namun para pemimpin tertinggi UMNO terus bisu dan kelu tentang APCO yang berasal dari jenama Israel.

Konon kutuk dan marahkan Israel tetapi dalam waktu yang sama terus membelai APCO dari jenama Israel. Nampaknya cakap tidak serupa bikin. Dan Ketua Pemudanya cakap berdegar-degar namun tahi....Begitulah yang bernama UMNO ini.

Semakin hari semakin tidak meyakinkan sikap mereka kepada rakyat jelata. Cakap dengan manis muka di hadapan rakyat. Tetapi dalam pertadbiran tetap tegar dan sombong. Buktinya bila APCO Yahudi mahu ditendang ? Bila judi bola hendak ditarik balik lesen yang dibenarkan? Bila perbicaraan mengarut lagi pengotor Liwat Shitfool mahu diberhentikan ? Bila mahu melaksanakan kempen boikot barang Yahudi ?

Semua di atas tidak ada langsung dalam pemikiran pemimpin tertinggi UMNO itu. Tiada langsung !! Ahli-ahli UMNO dan para pengundi UMNO yang mencintai integriti terus tertunggu dan tertipu! Sampai bila mahu begitu ! Hidup tertipu dan diperbodohkan !