Followers

Saturday, June 05, 2010

Kekalkan Kg Baru milik eksklusif Melayu

http://kadirjasin.blogspot.com/

SAYA harap cakap-cakap hendak memperuntukkan atau membenarkan bukan Melayu memiliki 40 peratus hartanah dalam pelan pembangunan semula Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar.

Tetapi kalau betul, ia adalah satu perbuatan yang akan memburukkan lagi imej Umno dan menambah keresahan orang Melayu.

Keadilan hanya boleh dilakukan jika kerajaan serentak membangunkan semula kawasan Cina Jalan Petaling dan kawasan India Brickfields dan menawarkan 40 hingga 60 peratus pemilikan kepada Bumiputera.

Kalau betul Umno hendak bertolak-ansur lagi dengan memberikan 40 peratus Kampung Baru moden kepada Cina dan India, maka wajarlah MCA dan MIC menyokong memperuntukkan 40 hingga 60 peratus Petaling Street dan Brickfields kepada Bumiputera.

Sekiranya tidak, kekalkanlah Kampung Baru sebagai kawasan eksklusif Melayu seperti diasaskan oleh British pada tahun 1899 atas kehendak Sultan Selangor waktu itu, Sultan Alauddin Sulaiman Shah Raja Muda Musa.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail pada 17 Februari lalu, Almarhum bertindak ke atas rayuan ketua-ketua kampung Melayu sekitar Kuala Lumpur yang merungut tanah orang Melayu diambil alih oleh pelombong dan pedagang Cina dan Inggeris.

Hasilnya, British mewujudkan Kampung Baru sebagai Malay Agricultural Settlement atau Penempatan Pertanian Melayu apabila Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersetuju memperuntukkan sekeping tanah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kampung Baru seperti yang ada pada hari ini meliputi kawasan seluas 223 ekar.

Kampung Baru seelok-eloknya dikekalkan sebagai kampung Melayu tradisional dan dinaikkan taraf sebagai kawasan pelancongan kelas dunia seperti yang dilakukan dengan perkampungan Portugis di Melaka.

Dengan cara ini, adalah lebih mudah membuat pembangunan fisikal dan menaikkan nilai ekonomi Kampung Baru tanpa menjejaskan pemilikan oleh orang Melayu.

Ingatlah, apabila bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan garan tetap kepada kampung-kampung baru di negeri itu, ia tidak mensyaratkan ianya dibuka kepada orang Melayu.

Jadi tidak perlulah pembesar Umno hendak peningkan kepala menyerahkan atau membuka 40 peratus Kampung Baru kepada Cina, India dan bukan Bumiputera lain.

Mereka dah ada lebih daripada cukup di Petaling Street, Brickfields, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion, Lot 10, Times Square, Starhill dan Mid Valley. Berapa kerat Melayu memiliki dan menduduki hartanah di kawasan-kawasan ini?

Hatta di KLCC milik Petronas itu pun peniaga Melayu terpelanting kerana sawa yang tinggi melangit. Yang tinggal boleh kira dengan jari. Itu pun siapa pula di belakang mereka?

Jadi cukuplah Umno cuba mengambil hati orang bukan Melayu. Yang lebih penting sekarang, Umno kena jaga hati orang Melayu dan pujuk orang Melayu yang merajuk pada pilihan raya umum lalu, takut-takut undi bukan Melayu yang dikejar tak dapat undi Melayu yang kendong berciciran.

Kalau saya silap saya mohon maaf dan saya bersedia dikutuk.

Sumber: harakahdaily

[ Sangat bersetuju dengan tulisan kadir jasin ini. Walaupun diri ini tidak tinggal di Kg Baru tetapi diri ini tetap menganggap khabar berita bahawa 40 peratus pembangunan dan pemilikan Kg Baru akan dialih kepada bukan Melayu adalah satu tindakan jahat, dengki, khianat atau satu tindakan bodoh, bangang dan bahlul dari kepimpinan UMNO. Dan jika orang yang tinggal di Kg Baru itu dengan rela hati membenarkan hal ini berlaku maka merekapun turut khianat, bodoh dan bangang. Ini bukan isu perkauman tetapi biarkanlah Kg Baru itu sampai bila-bila menjadi hak orang Melayu sebab telah digezetkan untuk tujuan mengapa ianya wujud di situ. Mengapa mesti gatal dan jahat mahu mengganggunya? Demi pembangunan ? Apakah mata buta untuk tidak nampak lagi kawasan-kawasan lain yang lebih luas untuk dibangunkan...? Mengapa Kg Baru itu jugak mahu diganggunya...? Kalau berlaku jugak apa yang dikhabarkan media itu ... memang bahlul ! UMNO terus benak untuk belajar dari sejarah Pulau Pinang dan Singapura..]

Thursday, June 03, 2010

Alangkah bertuah anak Chua Soi Lek, berkeupayaan dia !

Perdana Menteri berkata beliau melantik Chua Tee Yong anak kepada Chua Soi Lek Presiden MCA sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani adalah berdasarkan keupayaan. Maknanya berdasarkan merit.

Begitulah, dalam ramai-ramai, anak Chua Soi Lek juga yang dilihat berkeupayaan. Berkeupayaan untuk menjadi menteri. Alangkah bertuah menjadi anak Chua Soi Lek yang semua orang tahu betapa 'gagah'nya dia. Kerana ayah menjadi 'gagah' anak dilihat berkeupayaan menjadi Timbalan Menteri.

Yang terus menjadi polikus malang ialah anak menantu seorang yang tidak berapa 'gagah'. Sudah lama menjadi ketua namun tetap tidak dapat dilihat berkeupayaan. Oleh kerana ayah mentua tidak berapa 'gagah' maka dia juga dilihat tidak berkeupayaan atau tiada merit wapaupun banyak sudah dia menjerit ke hulu ke hilir minta orang mendengarnya.

Kata pemuda-pemuda di KK, bos pertimbangkanlah ketua kami... !!

Amboi..sampai begitu sekali ? Tidak sebertuah Chua Tee Yong dia rupanya !

Wednesday, June 02, 2010

Wakil-wakil Rakyat BN tidak standard !

Nasib malang terus-terusan menimpa Ahli Veteran dan Ahli Parlimen UMNO/BN. Berjuanglah mereka bersungguh hati untuk meletakkan kepimpinan UMNO/BN hari ini ditampuk kuasa. Berjuanglah mereka bersungguh hati kerana mereka mewakili rakyat yang memilih mereka dalam setiap pilihanraya. Berjuanglah mereka kerana mereka adalah wakil rakyat.

Namun apa yang berlaku dalam perlantikan Senator, ahli-ahli vateran UMNO dan ahli-ahli senior Pemuda UMNO terus berputih mata. Yang terpilih hanya yang berjasa kepada gandingan Najib-Rosmah. Tidak ada apa yang Ezam Mohd Nor tidak kata kepada Najib, kepada Rosmah dan kepada UMNO. Semua dikatanya!

Dalam satu ceramah beliau masa dalam Keadilan suatu masa dulu Ezam menceritakan hal Rosmah yang suka berbelanja mewah di luar negara hinggakan kata Ezam pasu bunga di rumah Rosmah pun harga berjuta.

Tapi hari ini orang yang mencaci dan menghina UMNO dan kepimpinannya dahulu telah dengan 'pengotornya' menjilat kembali air ludahnya dahulu telah diiktiraf sebagai pejuang UMNO dengan dilantik sebagai Senator. Ahli-ahli pemuda UMNO lain nampaknya hanya layak menjadi balaci kepimpinan UMNO bukan Senator, Timbalan Menteri atau Menteri ! Yang bernama Khairy pula kian 'dipasung' !

Begitu juga hal keadaannya dalam rombakan Kabinet Najib-Rosmahsemalam. Ramai senator yang dilantik daripada Wakil Rakyat. Wakil Rakyat yang penat berkempen dan diundi oleh rakyat hanya berputih mata. Jelas terbukti bahawa ramai Wakil Rakyat BN tidak layak untuk dilantik menjadi Timbalan dan Menteri.

Atau rakyat sepatutnya sedar bahawa kepimpinan UMNO/BN jauh dari mengiktiraf wakil-wakil Rakyat BN yang mereka pilih. Undi rakyat tidak berkualiti atau undi rakyat telah dipermain-mainkan demi mengekal kuasa mutlak pemimpin.

Begitulah nasib para Wakil Rakyat UMNO/BN. Mereka tidak mendapat pengiktirafan kepimpinan sendiri kerana mereka dianggap tidak ada standard ! Malu....

Tuesday, June 01, 2010

Jangan menjadi Perdana Menteri yang hipokrit kerana hipokrit adalah perangai syaitan Yahudi Israel !

Memang kita semua mengecam Zionis Yahudi Israel. Kita mengutuk Zionis Yahudi Israel. Kita kata Zionis Yahudi Israel bukan orang, Zionis Yahudi Israel bukan haiwan, Zionis Yahudi Israel adalah Syaitan !! Zionis Yahudi Israel adalah Syaitan berwajah manusia !!!

Mana ada pertimbangan bagi Zionis Yahudi Israel. Mana ada perkiraan bagi Zionis Yahudi Israel. Mana ada perundingan bagi Zionis Yahudi Israel. Mana ada kemanusiaan bagi Zionis Yahudi Israel. Yang ada ialah perangai syaitan yang dilaknat Allah.

Syaitan Zionis Yahudi Israel pembunuh semua bangsa manusia. Tidak ada bangsa yang syaitan Zionis Yahudi Israel tidak bunuh. Syaitan Zionis Yahudi Israel adalah makhluk Allah yang paling penakut dan pengecut. Syaitan Zionis Yahudi Israel takut lawan bersenjata. Syaitan Zionis Yahudi Israel hanya berani membunuh kanak-kanak, membunuh wanita yang lemah, membunuh orang tua dan membunuh orang awam yang tidak bersenjata. Itulah rupa 'keberanian' syaitan Laknatullah Zionis Yahudi Israel.

Semua dalam dunia tahu Zionis Yahudi Israel itu adalah syaitan, tetapi malang beribu-ribu kali malang kerana seorang pemimpin negara berbibir merah memekakkan telinga dan membutakan mata hati dan mata lendirnya dari melihat hakikat sebenar apakah jenis keturunan syaitan Zionis Yahudi Israel ini.

Tergamak pemimpin negara itu membawa masuk ke dalam kelambu pentadbiran negaranya, keturunan makhluk syaitan Zionis Yahudi Israel sebagai penasihat ! Keturunan sebangsa syaitan Zionis Yahudi Israel yang sedang menawan dan membunuh Konvoi Kemanusiaan Gaza dilantik sebagai penasihatnya !

Masya Allah !! Jika begini keadaannya di manakah maruah kita !!?? Kita mengutuk syaitan Zionis Yahudi Israel tetapi keturunan syaitan Zionis Yahudi Israel itu adalah penasihat kepada Perdana Menteri kita ! Perdana Menteri kita mengundur ke belakang. Kita lebih hina dari Venezuella yang tidak Islam itu !

Sepatutnya jika kita bersolat hajat malam ini, bukan sahaja kita minta Allah laknat dan musnahkan syaitan Zionis Yahudi Israel itu tetapi juga minta Allah laknat dan musnahkan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan apa-apa nasihat syaitan Zionis Yahudi Israel itu !

Dengarlah wahai Perdana Menteri Malaysia bahawa apa-apa makhluk yang berdarah daging dan berketurunan syaitan Zionis Yahudi Israel tidak layak dan tidak sah serta tidak Islamik sama sekali untuk dilantik menjadi penasihat, penasihat apa-apapun !

Sebelum anda mengecam perbuatan kesyaitanan Zionis Yahudi Israel terhadap Konvoi Kemanusiaan Gaza itu, anda terlebih dahulu perlu membuktikan bahawa anda benar-benar Perdana Menteri negara umat Islam yang jujur dan ikhlas dengan kecaman anda terhadap kekejaman syaitan Zionis Yahudi Israel itu ! Jika sekiranya APCO Yahudi itu masih ada di Malaysia esok dan masih menjadi penasihat anda, tak kiralah penasihat apa-apapun, anda adalah seorang Perdana Menteri yang retorik dan hipokrit !! Jangan menjadi Perdana Menteri yang hipokrit kerana hipokrit adalah perangai syaitan Zionis Yahudi Israel !

DAN...DAN tak payahlah Berahim Ali berdegar-degar tahi lekat di gelegar TAPI lupa bahawa dalam 'kelambu' pentadbiran Putrajaya Perdana Menteri Malaysia ada darah daging syaitan Zionis Yahudi Israel yang sedang menyerang, mengebom. menembak, membuli, membunuh dan menyusahkan Konvoi Kemanusiaan Gaza! Jeritkan sekali kepada PM Malaysia itu Berahim jika tidak kamu....SERUPA JUGAKK !!!

Monday, May 31, 2010

Dalam sibuk meluluskan lesen judi, Abdullah Md Zin kata berhati-hati dengan JIL

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin telah mengingatkan umat Islam di negara ini agar berwaspada dengan Gerakan Islam Liberal (JIL). Katanya JIL boleh mengancam apa yang dikatakannya pendekatan 'sederhana' yang diamalkan diamalkan oleh Pemerintahan Najib- Rosmah.

Ingatan Penasihat Agama kepada PM ini memang wajar dan elok. Memang amalan JIL membahayakan anutan Islam kepada penganut Islam di Malaysia.

Namun begitu, adalah amat malang jika Penasihat Agama PM ini hanya melihat bahaya JIL tanpa melihat bahaya apa yang dikatakannya pendekatan sederhana yang diamalkan kepimpinan UMNO/BN itu sendiri.

Dengan mengamalkan apa yang dikataknannya pendekatan sederhana atau wasatiyyah, begitu banyak berlaku keruntuhan ahklaq, moral dan integriti umat Islam di negara ini. Amalan rasuah yang berleluasa dalam pemerintahan UMNO/BN, penyalahgunaan kuasa dalam pilihanraya, campurtangan ekskutif dalam bidang kehakiman dan parlimen, menggalakkan maksiat judi di kalangan rakyat, tidak langsung dinasihatkan oleh Penasihat Agama PM itu. Nampaknya Penasihat Agama PM hanya mampu melihat yang jauh sedangkan yang berselirat dikeliling beliau, tak nampak !

Kita tidak nafikan bahayanya JIL itu, tetapi apakah yang telah dilakukan oleh pemerintahan Najib-Rosmah dalam menguatkan akidah rakyat untuk berdepan dengan JIL ? Sehingga hari ini pemerintahan Najib- Rosmah hanya membiarkan sahaja rakyat sendirian berdepan dengan berbagai ancaman aqidah. Hanya sekadar mampu bercakap dan mengingat rakyat, berhati-hati dan berwaspada !Budak tadikapun tahu bercakap begitu !!

Katanya lagi ‘‘Paling ketara pendekatan itu mewujudkan sifat ekstrem dan umat Islam pula bersikap sambil lewa terhadap pelaksanaan Islam sehingga ia menjadi satu cabaran besar kepada mereka.’’

Siapakah yang bersikap sambil lewa terhadap pelaksanaan Islam ? Dalam usaha UMNO/BN membenarkan judi bolasepak, apakah pelaksanaan Islam yang mereka lakukan? Rakyat Islam yang bersikap sambil lewa atau pemerintahan UMNO/BN yang telah 52 tahun memerintah ?

Adalah amat dikesali, pentadbiran agama UMNO/BN hanya mampu bercakap....bercakap.... bercakap dan bercakap banyak ! Guru-guru KAFA mendapat elaun yang kecil telah mencerminkan pentadbiran dan sikap sebenar UMNO/BN terhadap Agama Islam di negara ini. Dan dengar ceritanya, peruntukan elaun untuk para imam masjidpun sedang ketandusan !!

Begitulah sikap pemerintahan UMNO/BN terhadap Islam .

Waspada Jaringan Islam Liberal

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
pengarang@utusan.com.my

BESUT 30 Mei – Umat Islam di negara ini diminta lebih berwaspada dengan gerakan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang boleh mengancam pendekatan sederhana yang diamalkan selama ini.

Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin berkata, gerakan itu yang sudah bertapak dan berkembang di beberapa negara telah membawa banyak masalah kepada orang Islam.

‘‘Paling ketara pendekatan itu mewujudkan sifat ekstrem dan umat Islam pula bersikap sambil lewa terhadap pelaksanaan Islam sehingga ia menjadi satu cabaran besar kepada mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) negeri Terengganu di sini hari ini.

Menurutnya, pendekatan sederhana atau wasatiyyah yang dilaksanakan oleh kerajaan telah dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu dialog dengan ulama sebelum ini.

‘‘Pendekatan wasatiyyah ini tidak ekstrem dan tidak juga terlalu longgar,” katanya.

Sebanyak lapan guru KAFA menerima anugerah kecemerlangan pada majlis itu yang dianjurkan oleh Persatuan Guru-guru KAFA Negeri Terengganu (Perkat) dan turut dihadiri oleh lebih 1,000 guru Kafa di negeri ini.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, pendekatan sederhana itu dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah diharap dapat membendung JIL dan mampu membawa kemajuan kepada umat Islam dan negara.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, komitmen guru-guru KAFA seharusnya dipuji kerana walaupun menerima elaun yang kecil, mereka masih terus menyumbangkan khidmat tanpa jemu.

utusan.com.my


Sunday, May 30, 2010

Antara dua pilihan: Bodoh dicucuk hidung atau bijak dan merdeka !

Seorang menteri kerajaan pentadbiran gabungan Najib-Rosmah yang bernama Idris Jala telah memberi pandangan bahawa kerajaan Malaysia akan bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi. Satu pandangan yang memeranjatkan dan cukup membimbangkan rakyat yang prihatin.

Pandangan Idris Jala tidak seharusnya diambil mudah kerana Idris adalah menteri yang pakar dalam urusan KPI pentadbiran Najib Rosmah. Kerana KPI-lah dia diambil menjadi Menteri. Sudah pasti pandangan yang dihamburkan Idris Jala berdasarkan angka-angka KPI yang sukar dipertikaikan.

Jika begitu, maka seluruh rakyat perlu bertindak untuk menyelamatkan negara Malaysia. Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan pemerintahan gabungan Najib-Rosmah menyelamatkan negara ini dari bankrap. Bagaimana mereka boleh menyelamatkan negara ini, jika negara ini mempunyai wanita pertama mirip Imelda Marcos?

Oleh yang demikian, rakyat mempunyai dua pilihan untuk menyelamatkan negara Malaysia dari bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi. Pilihan buat rakyat:

1. Pilihan pertama disebut sendiri oleh Idris Jala hasil idea pemerintahan gabungan Najib-Rosmah iaitu HAPUSKAN semua subsidi untuk rakyat. Penghapusan subsidi akan memberi tekanan yang berat kepada kehidupan harian rakyat marhain, kakitangan kerajaan dan swasta termasuk semua ahli-ahli parti politik tidak terkecuali pengundi-pengundi dan ahli-ahli totok UMNO di kampung-kampung dan FELDA yang tidak tahu berfikir cerdik.

2. Pilihan kedua ialah HAPUSKAN pemerintahan UMNO/BN pentadbiran gabungan Najib-Rosman dalam pilihanraya ke 13 nanti. Serahkan pemerintahan kerajaan Malaysia kepada kepimpinan Pakatan Rakyat yang berintegriti, telus dan lebih bermoral.

Jadinya rakyat Malaysia kini benar-benar mempunyai dua pilihan untuk menyelamatkan negara ini dari bankrap, iaitu hapuskan semua subsidi dan menyuburkan rasuah yang akan memiskinkan mereka ATAU hapuskan pemerintahan UMNO/BN yang korup dan tidak bermoral dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Antara dua pilihan; menjadi bodoh dan sentiasa dicucuk hidung seperti lembu dan kerbau ATAU menjadi rakyat yang bijak dan merdeka !! Kini pilihan di tangan rakyat !