Followers

Saturday, May 29, 2010

Kisah Pari


Pari spesis makhluk yang lembut dengan pergerakan yang lemah gemalai dan macam 'slow motion'. Di Australia dulu dengar ceritanya pari telah menamatkan riwayat hidup seorang yang digelar 'crocodile hunter'. Itulah pari di Australia ! Membunuh akan crocodile hunter dia!

Di Malaysia sehari dua ini orang yang ikut perkembangan politik terdengar kisah pari. Pari di Malaysia hebat wajahnya macam hero, bermisai tebal ...tapi pari di Malaysia tidak konsisten walaupun pergerakannya tidak lembut. Nampak macam garang dan bengkeng tapi sekali kena 'tengkeng', terkerluk batang leher pari.

Sepatutnya orang segan hendak 'tengkeng' pari sebab pari masih ada bapak pari. Tapi tidak rupanya... Agaknya bagi 'orang itu',tengkeng pari lebih kurang macam tengkeng bapak pari jugak !

Jadinya bapak pari macam sudah mula 'ditengkeng' orang sebelah ? Maka selepas ini apakah akan semakin ramai dan bersemangatlah orang 'tengkeng' pari ! Kerana 'tengkeng' pari ertinya sam macam 'tengkeng' bapak pari ! Atau orang sebelah 'direct' je akan tengkeng bapak pari selepas bapak pari lemas kena GAS ?

"Minta maaf...minta maaf jugak !!" kata pari...huhuhu !!! Pari...pari.. !!

Thursday, May 27, 2010

Komen bodoh dari sang totok !

Satu komen dari seorang anonymous telah memberi komen tentang isu judi dalam blog ini. Baca dan nilai sendiri tahap pemikiran pengomen dan totok UMNO/BN ini:

"penulis kalau penulis seorang yang bijak mesti tuan mengambil pendirian lain dalam isu judi bola sepak. isu ni isu politik je.kalau ada lesen kerajaan menghalang bussiness judi bola jatuh ketangan pr/dap sebab ia akan dimonopoli oleh berjaya group tapi kalau haram ini membuka peluang kepada kroni dap untuk mendapat sumber pendapatan untuk biayai pilihanraya ke 13. judi bola tetap ada sama ada lesen atau tidak, tetap ada ini hakikat.kalau tuan karat menjadi kerajaan apa tindakan tuan? . tapi yang pelik sebahagian melayu dungu yang jadi palaci DAP berdemo terutama tantawi tanpa usul periksa. kalau nak demo minta haramkan semua judi termasuk yang masyuk diselangor dan penang.lu fikirlah sendiri."


Fikirkan siapakah orang ini bila dia mengatakan, isu judi isu politik! Tidak bacakah dia al Quran bahawa judi adalah antara 7 dosa besar ? Sedih jika ada orang yang beragama Islam mengatakan isu judi ini adalah isu politik semata-mata ! Nampak terlalu jahil !!


Dia kata lagi, kalau bagi lesen maka kerajaan menghalang business judi bolasepak jatuh ke tangan PR/DAP. Bodoh... yang diketahui DAP sendiri tidak menyokong judi. Katakan kalau DAP nak judi, biarlah dia Cina yang bukan Islam. Yang UMNO pimpinan Najib -Rosmah yang mengaku Islam itu lulus lesen judi apa kejadahnya ? Apakah duit cukai judi itu UMNo bagi kat MCA ? Bila kata kepala ngko tu bangang, marah !


Dia kata lagi kerajaan takut jatuh ke tangan PR/DAP, apakah dia ingat PR macam UMNO/BN? Kebuluq duit judi ? Yang diketahui umum PR tidak penah menggunakan wang sebanyak UMNO/BN dalam mana-mana pilihanraya. Bertimbun duit UMNO guna dalam pilihanraya duit siapa, kalau tidak antara sumbangan tokeh judi ! Pii rah !!!


Dia tanya, kalau kalau tuan karat katanya, menjadi kerajaan apa tindakan tuan? Satu lagi soalan bodoh. Sudah pasti kerajaan saya akan menghapuskan judi kalau tidak boleh serta merta beransur-ansur secara istiqamah. Tidak tahukah bahawa semua agama menolak judi! Betapa sedikit maklumat totok UMNO ini tentang sikap PR terhadap judi dan rasuah. Kerajaan PR telah berusaha tidak menghidupkan lesen baru bagi judi. Tidak ada ! Yang banyak di Selangor adalah hasil kerja tangan anak toyo bukan kerajaan PR Selangor atau pengomen ini seorang yang berjiwa kecil untuk tidak mahu menerima hakikat kebaikan kerajaan PR ? Hal ini telah disidang akhbarkan oleh YB Mahfuz salah seorang pemimpin PR.


Pengomen ini dengan tangan gatal dan haram jadah mengatakan Melayu Islam yang menentang judi dan berdemonstrasi anti-judi yang diharam oleh Allah menjadi balaci DAP ? Lagi satu pandangan bodoh. Bagaimana pula dengan Melayu yang menyerah bulat-bulat Pulau Singapura, Pulau Batu Putih, dan Tanjung Pagar kepada Singapura, dua blok pelantar minyak Sarawak, balaci siapa ? Tidak mungkin kah dibelakang semua itu ada Yahudi APCO ? Atau Lee KUan Yew tengok sahaja ?


Kalau itu balaci, lebih baik menjadi balaci DAP !! Boodoh....bodoh !! Pengomen, pergi belajar Islam lagi !!



Judi bola: Pengarah JAIS diminta nyatakan pendirian.


Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 26 Mei: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi diminta menyatakan pendirian peribadi dalam isu kerajaan Pusat meluluskan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar), Khusrin sepatutnya tidak mengambil sikap berdiam diri kerana hukum berjudi jelas haram di sisi Islam.

Sehubungan itu, Khalid mencabar Khusrin mengambil sikap lantang dengan mengkritik pemimpin Umno dalam isu itu sebagaimana yang pernah dilakukan dalam isu penggunaan kalimah ‘Allah’ di kalangan masyarakat bukan Islam suatu ketika dahulu.

“Dalam isu judi, hukumnya haram mutlak, kenapa Khusrin tidak naikkan sepanduk sebagaimana beliau menentang pendirian PAS, Pakatan Rakyat dulu,” jelas beliau di pejabatnya, petang ini.

Disebabkan Khusrin masih tidak menyatakan penderian sejak isu judi tersebut meletus, Khalid turut mempersoal kredibilitinya sebagai penjawat awam di Jais sendiri.

“Adakah diam Khusrin ini disebabkan kesetiaannya pada Umno serta masih terkenang jawatannya setiausaha politik bagi Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar) suatu ketika dulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Khusrin sebagai dalang Umno dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Ini kerana, dakwaannya, Khusrin bertanggungjawab menghalang para pendakwah berkhutbah di masjid.

Namun, selepas beliau sendiri mendedahkan gambar kain rentang Majlis Bacaan Yaasin Memenangkan Calon BN, Khusrin dilihat mengambil sikap berpeluk tubuh, seakan tidak mahu mempertikai Umno BN yang cuba membawa politik kepartian ke masjid.

Selain mempertikai Khusrin, Khalid turut mendesak Jais, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) serta Mufti Selangor, Datuk Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid supaya menyuarakan protes terhadap pemimpin Umno negeri dan Pusat.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, pihaknya turut mengutus surat memohon sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya Tuanku Sultan perkenan untuk mempengaruhi Majlis Raja-Raja Malaysia mendesak kerajaan membatalkan lesen judi bola secepat mungkin.

harakahdaily.net

[ YB, macam mana mereka nak nyatakan pendirian, mereka tu tak tahu hukum judi haram mutlak !! Pengarah JAIS tapi jahil murakab kot ? Atau Pengarah al-fulusi ?]

Tuesday, May 25, 2010

1 Malaysia yang macam nak kehilangan 'pisang' !


Pulau Singapura......"biaq pi kat depa..kalau tidak depa kacau Perikatan kita...tu dia!! ".

Pulau Batu Putih dapat kat Singapura boleh bina rumah.....Malaysia dapat batu karang sebesar kangkang kera dikeliling perairan SIngapura...."win-win decision - Rais Yatim!".

Minyak persisir Kelantan dalam 1Malaysia...."naik ikut Siam lebih praktikal !" - Penyelesaian masalah cara 1Malaysia !

Dua pelantar minyak serah kat Brunai lebih menguntungkan dari memberi royalti kepada Kelantan.....cara berfikir 1Malaysiaisme yang glokal !!

Tanah Limbang...." selesai dalam kelambu, rakyat Sarawak tak perlu tahu - sebab rakyat Sarawak tak sampai akal untuk fikir itu semua!!!"

Stesen KTM Tanjung Pagar....."melakar sejarah baruuu antara kita berdua!".

Pulau Pisang.......?...... "ambillah 'pisang' saya buat selamanya !"

Siapa nampak macam bodoh ?

Monday, May 24, 2010

Fenomena gejala sosial membimbangkan

Harakahdaily

SHAH ALAM, 24 Mei: Yang Dipertua Jamaah Islah Malaysia (Jim) Negeri Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi (gambar) melahirkan kebimbangan dengan fenomena gejala sosial yang berlaku pada masa ini.

Ini, katanya kes remaja wanita yang mengandungkan anak luar nikah, kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi yang baru dilahirkan, bersekedudukan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim, remaja lari dari rumah mengikut teman lelaki, salah guna dadah dan minum arak di kalangan remaja muslim adalah antara contoh-contoh yang ingin disebutkan.

Beliau merujuk kepada statistik oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim berkenaan kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf yang mencatatkan peningkatan ketara iaitu pada 2007 sebanyak 16,100 orang, 2008 (16,541) dan 2009 (17,303).

Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh lima tahun daripada tahun 2005 hinga 2009, JPN telah mencatatkan sejumlah 74,723 orang anak luar nikah yang membabitkan orang Melayu beragama Islam, tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mohd kamal berkata, gejala sosial di atas belum termasuk kes-kes keruntuhan institusi keluarga dengan kadar perceraian yang semakin meningkat serta kes anak ‘membuang’ bapa atau ibunya sendiri dan sebagainya.

“Persoalannya apakah punca utama masalah-masalah ini dan tidak adakah jalan keluar atau penyelesaian bagi mengatasinya?” ujarnya kepada media di sini, semalam.

Justeru, menurutnya ad-deen Islam yang datang daripada Allah SWT yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kepada seluruh manusia sesungguhnya membawa bersamanya bukan sahaja ajaran mentauhidkan Allah sebagai rabb sekalian alam.

Jelasnya, ia juga tentang pembinaan akhlak dan budi pekerti luhur manusia serta syariah yakni peraturan-peraturan dan hukum yang perlu diguna pakai bagi memelihara martabat, kesejahteraan dan kemuliaan manusia.

[ Satu lagi bukti jelas kegagalan sistem pendidikan yang digubal oleh UMNO/BN . Kegagalan ini berlanjutan dan lebih parah di zaman pemerintahan Najib-Rosmah yang baru-bari ini tergamak dengan angkuh dan selambanya meluluskan judi bolasepak. Tiada seorang pun pemimpin APCOUMNO/ BN yang risau dan sensitif akan hal ini. Mereka tidak kisah sangat lahirnya 74,723 anak luar nikah yang sudah pasti bermula dari perzinaan di merata tempat berbanding buntut Saifool yang lebih 'berharga' yang konon diliwat oleh seorang tua yang hendak berdiripun terpaksa berpapah !]