Followers

Friday, May 21, 2010

Memberi lesen kepada dosa besar: Tidak malukah menjadi ahli UMNO?

Apabila ditanya wartawan, Perdana Menteri Malaysia terkini enggan menjawab isu judi. Sebagai Menteri kewangan apakah maksud enggan menjawab Najib itu? Mengapa Najib mesti membiarkan tanggapan umum terhadap beliau bahawa beliaulah yang meluluskan lesen judi bola sepak itu dan beliau ditanggap umum sebenarnya seorang pemimpin UMNO yang suka kepada judi ?

Tidakkah buruk jika rakyat mempunyai tanggapan sedemikian. Atau Najib memeng tak kisah pun....

Jika Najib tidak kisah apapun tanggapan sesiapa termasuk rakyat terhadap beliau kerana meluluskan judi, ini bermakna bahawa itulah budaya kepimpinan Najib sebenarnya. Sebuah kepimpinan yang suka maksiat ?

Ingatlah apakah ertinya amal ibadah kepada Allah sedangkan dalam waktu yang sama pemimpin yang diundi meransang maksiat dan judi !?

Jika begitu maka seluruh ahli UMNO yang meletakkan Najib ditempatnya kini akan di soal di Padang Masyar nanti. Tidak takutkah ahli-ahli UMNO yang mencintai Islam kepada apa yang dilakukan oleh kempimpinan UMNO zaman Najib- Rosmah ini ?

Oleh yang demikian seluruh ahli UMNO yang sangat mencintai kesucian Islam patut, malah wajib keluar UMNO beramai-ramai untuk tidak terjerumus dalam kancah subahat dalam hal maksiat besar itu. Jika tidak, tidak malukah anda menjadi ahli UMNO ?

Wednesday, May 19, 2010

Pilihanraya tidak adil, BERSIH perlu diaktifkan segera

Para pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak segera untuk mengaktifkan kembali BERSIH. BERSIH sebuah NGO untuk pilihanraya adil, berintegriti dan bersih perlu tampil untuk memastikan Suruhanrajaya Pilihan Raya tidak menjadi barua kepada parti pemerintah UMNO/BN.

Sehingga ke PRK Sibu yang lalu, nampaknya SPR tidak semakin baik dalam melaksanakan pilihanraya di negara ini. SPR bukan pengadil yang baik dan adil kepada semua pihak. Kenyataan SPR penuh dengan kata-kata yang manis di bibir mulut. Tindakan SPR begitu licik dan kadang-kala jahat terhadap parti pembangkang.

Setiap kali mengeluarkan kenyataan SPR kelihatan bertindak mahu memperbodohkan semua orang, sedang dalam negara hari ini sudah tidak ramai orang yang bodoh. Setiap patah kata-kata Pengerusi dan Setiausaha SPR sudah dapat dinilai wangi busuknya kata-kata mereka itu!

Apa ertinya kata-kata Pengerusi SPR apabila di malam sebelum PRK Hulu Selangor Pengerusi SPR sendiri memberi ulasan dalam berita TV bahawa 'penyokong pembangkang degil dan tidak ada disiplin' hanya kerana isu barung panas. Petugas Pakatan Rakyat dikatakan degil dan tidak berdisplin oleh Pengerusi SPR kerana hanya petugas-petugas tersebut menuntut keadilan dalam sebuah pilihanraya.

Adalah sangat diyakini tanpa peranan tidak senonoh SPR di Hulu Selangor, Pakatan Rakyat mudah dijangka menang di situ.

Dalam PRK Sibu keputusan yang dijangka sendiri oleh Pengerusi SPR akan cepat diketahui akhirnya tertunda agak lewat. Tiba-tiba kerana kelewatan itu Pengerusi SPR menyalahkan penyokong DAP !? Itulah akal seorang Pengerusi sebuah Suruhanjaya !

Apakah kerana UMNO/BN, Pengerusi SPR yang ini rela dibenci sebagaimana rakyat benci akan Rashid dulu ?

Maka itu Pakatan Rakyat perlu segera menghidupkan kembali BERSIH kerana dalam pilihanraya ke 13 nanti Pakatan Rakyat bukan sahaja bakal bertembung dengan UMNO/BN malah juga 'anggota baru BN' iaitu SPR dan PDRM !

Boleh menangkan PR jika pengadil pertandingan itu "anggota tidak rasmi BN" ? Jauh panggang dari api !

Monday, May 17, 2010

Sendawanya yang memualkan !!

Semalam Zul Nordin si katak menjadi nujum Pak Belalang dengan meramalkan bahawa PKR akan runtuh dalam tempoh 10 bulan lagi. Beria-ria dengan wajah konon"pejuang tegar Melayu Islam", membuat ramalannya terhadap PKR. Katanya lagi Zaid Ibrahim akan menggantikan Anwar Ibrahim!

Itulah Zul Nordin. Konon pejuang tegar Melayu Islam tetapi hanya mampu mengulas dan meramal akan nasib PKR yang belum tentu betulnya itu.

Apa isunya kalau PKR runtuh sedangkan banyak lagi parti-parti politik yang boleh dijadikan pentas perjuangan idealisma masing-masing berbanding dengan isu Kerajaan Najib- Rosmah menghalalkan judi ? Di mana perjuangan Melayu Islam Zul Nordin dalam menghalang kerajaan Najib-Rosmah menghalalkan judi bolesepak itu. Apakah isu PKR lebih penting dari isu penghalalan judi ?

Sepatutnya apabila dapat peluang mengulas di TV, zahirkanlah tentangan terhadap penghalalan judi itu tetapi tidak , Zul NOrdin kini adalah Zul Nordin yang sudah 'kenyang'! Maka 'sendawa' pun memualkan!