Followers

Saturday, May 08, 2010

PDRM beritahu bahawa Sistem Pendidikan Malaysia gagal !


Polis tembak aminurashid di pagi hari kerana kata polis remaj itu penjenayah yang mahu merempuh polis. Dan polis sekali lagi tembak seorang remaja hingga berlubang usus juga di pagi hari kerana kata polis remaja itu lari dan langgar sekatan polis.

Sejak akhir-akhir ini Polis banyak bertempur dengan remaja dan maka terdapatlah beberapa kes remaja ditembak Polis. Apakah makna semua ini ?

Tidakkah itu bermakna orang yang terpaksa ditembak oleh polis adalah kerana orang itu bahaya? Maknanya remaja yang terpaksa ditembak polis adalah remaja yang berbahaya !

Nampaknya PDRM cuba memberi tahu kita bahawa sistem Pendidikan Negara sebenarnya gagal. Sistem Pendidikan di Malaysia semakin gagal melahirkan golongan remaja yang berkualiti. Ramai remaja menjadi mat rempit yang berbahaya, ramai remaja yang menjadi kutu embun di pagi hari dan jenayah yang membabitkan remaja semakin meningkat.

Seseorang demi seorang menteri APCOUMNO/BN menjadi Menteri Pelajaran (yang dulu dipanggil dengan panggilan yang lebih baik Menteri Pendidikan) dan kini Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri namun semua menteri-menteri Pelajaran itu hanya banyak bersembang dari memikirkan kualiti pendidikan negara ke arah membentuk manusia yang bermoral dan berakhlaq mulia.

Nampaknya tugas menteri-menteri pelajaran APCOUMNO/BN hanya mahu memperbanyakkan A dalam slip keputusan peperiksaan awam para pelajar bukan lagi ke arah pembentukan manusia yang berakhlaq dan berintegriti.

Maka itu kita tidak pelik semakin hari kita semakin serabut dengan jenayah remaja merempit, remaja peragut, remaja perogol, remaja gian dadah dan merana HIV, remaja bunting, remaja buang bayi, remaja melepak di pagi buta dan macam-macam hal lagi.

Takziah demi takziah disampaikan kepada keluarga remaja-remaja yang di tembak polis namun menteri-menteri APCOUMNO/BN terus melakukan kerja tidak berintegriti dan bermaruah mengumpan habuan dan projek di Sibu dan menteri pelajaran terus tertidur macam Pak Lah dulu juga ! Dan PDRM terus memberitahu sistem pendidikan Malaysia semakin gagal !


Friday, May 07, 2010

Judi bolasepak: Kerajaan pimpinan Najib -Rosmah terus buat kerja haram !

Kerajaan yang sedang ditadbir oleh APCOUMNO/BN semakin mengarut. Semakin banyak mendapat nasihat APCO nampaknya semakin tidak ada yang menguntungkan tamadun bangsa Malaysia. APCOUMNO/BN semakin bergerak ke arah keruntuhan tamadun dengan membuat kerja-kerja haram.

Dengan muka selamba Awang kepada Adik memberitahu bahawa kerajaan di bawah pimpinan boss besar dan big mama bercadang untuk 'menghalalkan' judi, kali ini judi bolasepak. Konon untuk membenteras dan mengawal judi haram !

Begitulah kefahaman Islam Hadhari dan Islam 1Malaysia, judi pun ada yang boleh dan ada yang tidak? Apakah nanti kerajaan APCOUMNO/BN ini akan mencadangkan pula perzinaan berlesen untuk mengatasi masalah jenayah rogol yang semakin meningkat di 1Malaysia?

Kalaulah aku ahli UMNO dan mengundi UMNO/BN dalam setiap kali pilihanraya, betapa aku pengundi UMNO/BN akan rasa sangat berdosa, berdosa besar kerana parti yang aku pangkah dan sokong dalam pilihanraya, berterus-terusan membiakkan maksiat dan dosa besar.

Kalau beginilah kerajaan APCOUMNO/BN yang aku undi, apa ertinya solat aku pengundi UMNO/BN? Apa ertinya puasa aku pengundi UMNO/BN ? Apa erti haji aku pengundi UMNO/BN dan apa ertinya segala amal ibadah aku pengundi UMNO/BN kerana parti aku dan parti politik yang aku pengundi UMNO/BN amanahkan perintah kerajaan Malaysia membuat maksiat dan dosa secara terang-terangan bukan berusaha mengurangkan maksiat atau paling kurang bencikan segala maksiat?

Aku pengundi UMNO/BN pasti akan amat terasa betapa bodoh, bahlul dan bangangnya aku pengundi UMNO/BN kerana parti yang aku sokong dan undi dalam setiap pilihanraya itu sentiasa memandang enteng persoalan maksiat besar ini.

Atau aku pengundi UMNO/BN sebenarnya yang memang tak kisahpun dan memangpun menyokong parti aku itu membawa seluruh rakyat ke arah maksiat? Kerana jika tidak galakkan maksiat parti aku UMNO itu pasti akan kalah kepada PR!?

Jika begitulah aku pengundi UMNO/BN, apa erti nya semua amal ibadah aku pengundi UMNO/BN? Atau memang aku penyokong dan pengundi UMNO yang jahil dan jenis tak kisahkan Islam, bodoh, bahlul dan bangang ? Memang begitulah aku pengundi UMNO/BN gamaknya tak perlu kisahkan Islam untuk dibawa mati asalkan perut ku pengundi UMNO/BN kenyang !!?

Dahsyat penyokong UMNO ni.....fuhhhh !!

Thursday, May 06, 2010

Pos Malaysia rugi besar ?

M Faqih

KOTA BHARU, 6 Mei: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, akibat kecuaian pengurusan Pos Malaysia menyebabkan syarikat milik kerajaan itu terpaksa menanggung kerugian besar.

”Kerajaan seharusnya bertangungjawab di atas kerugian terbabit. Pos Malaysia sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) seharusnya diurus dengan berhemah.

“Bagaimanpun sikap pemimpin negara dan pengurusan Pos Malaysia yang cuai mengakibatkan kerugian besar terpaksa ditangung rakyat,” katanya di sini.

Kelmarin Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein menjelaskan kerugian yang ditanggung Pos Malaysia Berhad sebanyak RM227 juta dan bukannya RM546 juta.

Isu kerugian Pos Malaysia sebanyak RM546 juta tercetus berikutan pendedahan mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business baru-baru ini.

Beliau mendakwa tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh.

Ahmad Fadhli berkata, pengakuan timbalan menteri terbabit tidak boleh dipandang ringan.

”Biarpun jumlah kerugiannya RM227 juta, itu masih besar berbanding dakwaan kerugian asal sebanyak RM546 juta,” katanya.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu menyiasat segera dan menghukum pihak yang bersalah memandangkan jumlah tersebut cukup besar ketika negara dilanda krisis kewangan sekarang.

Menurutnya juga, Pemuda PAS bimbang nasib yang serupa akan menimpa wang ihsan sebanyak RM20 juta sekiranya kekal di bawah pengurusan Umno Kelantan.

Ketika kerajaan membeli saham Transmile Group Bhd pada 2004 harga saham RM6.25 seunit. Namun sekarang harganya menjunam kepada 13 sen.

Kerajaan membeli sebanyak 40 juta saham melibatkan peruntukan sebanyak RM250 juta ketika itu.

Hari ini nilai saham Transmile Group Bhd hanya berharga 13 sen seunit dan jumlah pegangan keseluruhan Pos Malaysia hanya RM14 juta sedangkan kerugian yang akan ditanggung Pos Malaysia boleh dikurangkan sekiranya pihak terbabit mengambil tindakan bijak menjual saham Transmile Group ketika harganya di paras RM14.40 pada 3 Januari 2007.

Dan ia akan mendatangkan hasil sebanyak RM576 juta atau setidak-tidaknya saham terbabit boleh dijual pada 14 Jun 2007 ketika sahamnya berharga RM6.60 atau paling tidak pada 5 Jun 2009 semasa harganya RM1.24 seunit.

Sumber:

harakahdaily


(Yang bernama Pos Malaysia ni memang serabut....memang serabut!! Kalau anda seorang yang mementingkan masa, berurusan di Pos Malaysia memang akan memasukkan anda ke dalam golongan orang-orang yang rugi. Tengoklah...hari-hari orang ramai menderita berbaris berjam-jam di Pos Malaysia tiba-tiba kedengaran rugi, walaupun ia hanya katanya berkait dengan syarikat urusan kargonya. Manalah tak rugi hari-hari Pos Malaysia disumpah orang ramai ! Lagi pun mana ada syarikat yang diuruskan oleh puak-puak gerombolan 1Malaysia untung ? Tak ada...!!)

Sunday, May 02, 2010

Peneroka berhutang hingga akhir hayat

Faizal Ezzany

Penubuhan Felda 54 tahun dahulu yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Melayu miskin dan berpendapatan rendah melalui pemberian lot tanah, rumah dan ladang, kini dilihat menjadi alat korporat yang memiskinkan rakyat.

Felda kini menjadi konglomerat bertaraf dunia yang tersasar dari tujuan asal penubuhannya.

Menurut Pengerusi Biro Felda KEADILAN, Suhaimi Said, antara dasar yang memberi kesan yang mendalam kepada Felda ialah skim penanaman semula melalui sebuah anak syarikat bernama Felda Technoplant Sdn Bhd.

Di bawah dasar ini peneroka dihalang daripada menanam semula secara persendirian tanpa seliaan Felda Technoplant yang menyebabkan peneroka akhirnya terpaksa menanggung hutang tanoa kerelaan mereka sendiri.

Suhami berkata peneroka tidak ada pilihan melainkan menyerahkan tanggungjawab penanaman semula kepada Felda Technoplant.

Melalui rancangan ini peneroka diberi wang sara hidup setiap bulan bagi menampung kos tanaman mereka sebelum kelapa sawit mengeluarkan hasil.

"Dasar yang diguna pakai oleh Felda menyebabkan peneroka terus dihimpit kemiskinan dan hutang yang belum tentu dapat dibayar oleh mereka.

"Peneroka yang telah dipaksa untuk menanam semula kelapa sawit di bawah seliaan Felda Technoplant diberi wang sara diri setiap bulan yang bersifat hutang sebanyak RM1500 sehingga tanaman mereka berbuah. Biasanya kelapa sawit akan berbuah bila mencapai umur antara empat hingga enam tahun. keadaan ini menyebabkan hutang mereka semakin meningkat dan boleh mencecah sehingga RM60,000.

"Selain itu juga mereka ditawarkan bantuan perumahan bernilai RM40,000 dan ini menyebabkan jumlah hutang mereka meningkat sehingga RM100,000. Bagaimana peneroka hendak membayar hutang yang begini banyak. Kebanyakan mereka sudah berumur 60, 70, atau 80 tahun. Jika mereka tidak mampu membayarnya maka hutang tersebut akan diwarisi oleh anak mereka," jelas Suhaimi.

Suhami yang juga seorang peguam, yang telah memperjuangkan hak peneroka Felda sejak tahun 70-an lagi memberitahu, jika hutang yang diwarisi oleh anak merela jiga tidak dapat diselesaikan maka tanah tersebut akan menjadi milik Felda.

( Peneroka Felda terus dijajah dan terjajah di tanah air sendiri ... mungkin berketurunan..kalau tak begini tak menang APCOUMNO/BN )

Sumber: Suara Keadilan 27 April-04 Mei 2010.