Followers

Saturday, May 01, 2010

UITM melahirkan seorang pemuda kurang ajar !

Keseluruhan sistem pendidikan dan pembelajaran di UITM yang berketuakan seorang fanatik Melayu (bukan fanatik Islam) yang bermisai tebal perlu diubah kerana nampaknya sistem di situ hanya melahirkan seorang pemuda yang bongkak dan kurang ajar serta perasan hebat di atas muka bumi Allah ini.

Apalah erti nya UITM, kerana melahirkan manusia yang hanya tahu hendak bunuh seorang ulama terkenal dunia.

Pemuda ini sudah buta mata dan mata hatinya kerana tidak tahu mana satu musuh negara yang wajib dibunuh.

Katanya nak bunuh orang macam Nik Aziz senang, tikam je. A'ah dia ingat orang yang dia hendak tikam itu tunggul kayu !

Friday, April 30, 2010

Malaysia UMNO/BN memang suka serah, rakyat melopong !

Teruk sungguh pengundi-pengundi yang mengundi UMNO/BN. Apa-apa sahaja yang UMNO/BN gadai tidak langsung mereka ambil kisah. Entahlah sama ada mereka ini tidak sedar atau kerana mereka ini bodoh !

Puak-puak yang mengundi UMNO/BN sering seronok dengan kemenangan dan kegedebelan para pemimpin mereka. Mereka tidak sedar, akhirnya mereka tidak akan ada apa pun termasuk yang ada pada batang tubuh mereka, selagi mereka seronok mengundi UMNO/BN. Mereka akan menang sorak kampung tergadai !

Isu yang dikisahkan oleh Husam Musa di bawah ini apa pengundi tidak cerdik itu kisah ? Mereka tidak kisah pun.... janji dapat seribu dua, jalan tar lembek, rumah kayu capcai, kain batik dan melawat Putrajaya serta melihat monyet kera di Zoo negara ! Bengung !

Dulu-dulu Singapure, lepas tu pulau batu putih, serah telaga minyak, akan datang serah batu apa pulau tak tahu ...!

Malaysia serah telaga minyak USD100B kepada Brunai - tetap berdolak-dalih untuk royalti rakyat.

Cetusan husam musa.

TUN dalam posting terbarunya mempersoalkan terlepasnya dua medan Minyak Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei.

Ia mungkin sebahagian dari persetujuan yang ditandatangani oleh Pak Lah dengan Sultan Brunei pada 16 Mac 2009 – Letters of Exchange (LoE) – 19 hari sebelum Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Apa yang dipersetujui Pak Lah diteruskan oleh Najib. Surat Petronas untuk menamatkan perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil Corp telah dikeluarkan pada 7 April baru lalu. Di Bawah CEO baru Petronas dalam era Najib. Lagipun, Najib masa itu adalah TPM.

Murphy Oil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan penamatan perjanjian oleh Petronas itu dan seorang Menteri Brunei pula mengesahkan kedua-dua blok minyak yang dulunya menjadi milik Malaysia telah secara rasmi menjadi milik Brunei.

Acara penandatanganan itu ikut dihadhiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, serta Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien – seperti laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009.

Rais dan Hishamuddin masih menjadi anggota Kabinet sekarang dan tentulah mereka boleh memberikan penjelasan atas pelepasan khazanah berharga kita semudah itu. Bahkan seluruh kabinet Najib harus bertanggungjawab dan memberikan penjelasan.

Tun M mengganggarkan paling kurang USD 100 B atau RM 320 B khazanah kekayaan negara kita terlepas kepada Brunei.

Bayangkan! Untuk membayar royalti yang terhak kepada Kelantan yang bernilai hanya beberapa billion, mereka menggunakan berbagai alasan untuk menafikannya. Pada masa yang sama, mereka sanggup melepaskan khazanah yang beribu kali lebih tinggi nilainya dengan sebegitu mudah.

Janganlah Tun M hanya nampak kelemahan Pak Lah tanpa berani bertanya Najib kenapa surat penamatan rasmi dikeluarkan oleh Petronas dan secara terang menyebut pemilikan Malaysia ke atas Blok L dan M tidak lagi menjadi Malaysia.

Isu sebesar ini hanya layak dijawab oleh PM.

Thursday, April 29, 2010

Bilalah Musa Hasan tu nak pencen ? Serabut !!

Begitulah PDRM, semakin tidak diyakini rakyat. PDRM semakin tidak disukai bukan sangat kerana anggota-anggota PDRM tetapi kerana pemimpin utamanya Musa Hasan. Tengok muka polis nampak muka gedebe Musa Hasan. Ternampak polis terbayang muka kacip gigi Musa Hasan. Menyampah betul !

Bila Aminurrashid budak 15 tahun itu ditembak, terbayang jugak muka Musa Hasan. Serabut sungguhlah !! Pelajar 15 penyamun ke apa ! Kalau penyamun pun tak kan lah belemtum di baginya...mudah benar !

Itulah PDRM. Semakin hari semakin tidak diyakini. Kini rakyat semakin tertanya-tanya, bolehkah PDRM menjaga keselamatan rakyat dalam keadaan ada rakyat yang mati kerana pistol polis ? Selamanya rakyat menganggap polis itu pagar. Nampaknya kalau begitulah tindakan polis, harapkan pagar, pagar makan padi !

Imej polis terus tercalar selagi Musa Hasan menjadi ketua. Adakah kalau Musa Hasan masih lagi KPM, dia akan upah APCO jugak atau adik beradik APCO untuk memperbaiki imej nya dan PDRM ?

Agaknya bilalah Musa Hasan nak pencen ? Lambatnyeee !!!

Wednesday, April 28, 2010

Tembak kepala sendiri kot ?

Dalam mengharungi budaya tutup, lindung, sekat, hapus, tak relevan, banyak kes-kes yang membabitkan puak-puak gerombolan tidak akan ke mana.

Puas dan penatlah rakyat menunggu, akhirnya kes berakhir dengan tak ada apa-apa, tidak boleh sabit kerana pendakwa tak cukup bukti malah lebih penat ialah semati mati kerana menembak kepala sendiri, bukan polis tembak !

Daripada gerak-gerak penyiasatan yang katanya sedang berlaku ini, rasanya kes aminurrashid yang ditembak polis itu tak akan ke mana ! Percayalah kerana Beng Hock pun terjun sendiri !!

Budak itu tembak kepala dia sendiri !!

Monday, April 26, 2010

Jadi-jadilah menjadi bodoh kerana UMNO/BN !

Memang pendokong PR tidak akan lemah semangat juang dengan keputusan PRK Hulu Selangor itu walaupun sedikit sebanyak terpalit juga perasaan kecewa. Perjuangan mara ke Putrajaya wajib diteruskan tanpa banyak alasan lagi.

Kesepaduan gerakkerja dan penyampian maklumat, wajar terus diperbaiki terutama di kawasan-kawasan Felda dan perkampungan tradisional. Bukan senang untuk menyedarkan pengundi-pengundi Melayu di Felda dan kampung tradisional bahawa mereka sebenarnya bodoh kerana sering diperbodohkan oleh UMNO/BN.

Mereka memang tidak boleh menafikan kebodohan mereka kerana mereka menjadi bodoh kerana menyokong UMNO/BN yang membudayakan politik menjanjikan bulan bintang, rasuah, fitnah, projek pembangunan kilat yang tidak berkualiti. Selepas pilihanraya mereka sedar mereka tertipu dan berputih mata, tetapi kerana kebodohan mereka redha !

Betapa dangkalnya ilmu, sensitiviti agama dan maklumat pengundi-pengundi Melayu di kawasan-kawasan Felda dan luar bandar kerana air percuma yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pun dikatakan diberi oleh UMNO/BN. Bagi puak-puak lemah fikiran ini, kerajaan itu UMNO/BN, UMNO/BN itu kerajaan. Pakatan rakyat wajar terus mencerdikkan rakyat tentang siapa kerajaan sebenarnya atau apa beza kerajaan dengan UMNO/BN! Jika tidak, kebodohan pengundi seumpama ini akan terus dimanipulasi oleh UMNO/BN.

Pengundi-pengundi luar bandar dan di Felda walaupun bergitu aktif manganjurkan majlis maulud, ceramah israk mikraj, forum perdana, bacaan yasin dari rumah ke rumah, dan sambutan nisfu saaban tetapi mereka sebenarnya amat jahil tentang Islam yang sebenar. Mereka tak kisahpun untuk merenung sejenak akan darah dan airmata rakyat Palestin yang setiap hari dibunuh oleh regim ganas Israel. Mereka begitu bodoh untuk mengetahui apa itu APCO dan kesannya kepada umat Islam terutamanya di Malaysia ini. Mereka hanya mampu menjadi perkakas kepada kempen-kempen politik UMNO/BN. Mereka tidak peduli pun pengaruh Israel yang begitu aktif berlegar di Pejabat Perdana Menteri Malaysia !

Mahu tidak mahu Pakatan Rakyat wajar terus berjuang untuk mencedikkan pengundi-pengundi di Felda dan kawasan luar bandar. Wajar terus bagi tahu mereka, " jadi-jadilah menjadi bodoh kerana UMNO/BN!"