Followers

Saturday, April 24, 2010

Maka berkatalah isteri suami....

Hebat sungguh APCOOO-UMNOOOO ! Jarang boleh dilihat isteri Perdana Menteri Malaysia bersyarah politik depan kumpulan tudung merah (bukan kumpulan baju merah tau..!!) di kawasan yang sedang berlangsung pilihanraya. Mencerita pulak hal sikap suaminya.

Katanya, "Suami saya tak suka fitnah orang..... !".

Masalahnya, bukan masalah suami tak suka fitnah orang sangat.... tapi masalah yang lebih besar ialah isteri suami tu yang suka fitnah orang.Dengar cerita drama liwat siafool hasil kerja isteri suami. Katanyalah !

Satu lagi masalah besar ialah isteri suami suka 'mengisterikan' suami. Apa yang isteri suami kata, suami ikut. Apa yang isteri suami buat, suami sengih je! Habis semua kerja suami, isteri suami masuk campur, dan turut mengulas sama pulak tu. Lee Kuan Yew jumpa suami, kena jugak jumpa isteri suami. Macam tak percaya kat suami je atau macam ada perasaan alah lecehlah laki aku ni !

Heh...isteri suami, macam suami !!

Undilah Zaid Ibrahim sebagai isyarat menentang rasuah dan ketidak-adilan !

Pengundi-pengundi Melayu adalah pengundi-pengundi yang kurang maklumat. Mereka tidak begitu berminat kepada blog, mereka tidak berminat membaca akhbar-akhbar Pakatan Rakyat seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Maka itu mereka menjadi sekelompok kaum di luar bandar yang sebenarnya mengalami kekontangan maklumat lain daripada apa yang disuap oleh UMNO/BN.

Apabila mereka berkeadaan kontang maklumat begitu, maka sangat mudah UMNO/BN memanipulasikan pemikiran dan sikap politik mereka melalui kempen-kempen dalam majlis-majlis kerajaan yang menjadi pentas politik, media cetak dan elektronik arus perdana. Sehinggakan seorang totok UMNO di sini, pernah menyebut dalam 2 pilihanraya yang lalu, " Kalau UMNO/BN lawan PAS, UMNO letak botol sebagai calonpun, aku pangkah UMNO lagi !". Fuh....!!!

Beginilah orang Melayu luar bandar yang mandul maklumat dek kerana mereka sendiri sering membiarkan diri menjadi perkakas dan mangsa manipulasi UMNO/BN. Botolpun mereka sanggup jadikan wakil rakyat mereka kalau botol itu calon UMNO/BN. Bilalah orang Melayu begini akan menjadi cerdik jika masih berada dalam serkup tempurung jajahan UMNO/BN ?

Kita akan melihat keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor nanti, sama ada minda politik orang Melayu di kawasan luar bandar terus bergerak ke arah perubahanan atau masih ditakuk dijajah oleh parti bangsa mereka sendiri UMNO.

Orang Melayu yang mandul dan kontang maklumat politik, sosial, ekonomi, keadilan dan agama ini, tidak pernah sedar kerana sikap tidak kisah mereka, bahawa jika mereka memberi undi kepada calon UMNO/BN dalam PRK Hulu Selangor esok, mereka sebenarnya:

1. Menyokong pengaruh Zionis Yahudi berada terlalu hampir dengan Perdana Menteri Malaysia dan pemerintahan negara Malaysia. Dalam fikiran mereka agaknya Yahudi hanya jahat dan kejam kepada orang Palestin, tidak kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia!

2. Menyokong kerajaan UMNO/BN membiarkan kepincangan dan kegagalan Institusi Keluarga dan Institusi sekolah dalam melahirkan insan kamil seperti yang di hasratkan oleh Falsafah Pedidikan Negara dan Islam. Mereka tidak kisah begitu banyak jenayah seks, buang bayi , dera kanak-kanak, perzinaan dan seumpamanya.

3. Menyokong budaya hidup rasuah. Bagi duit waktu pilihanraya, bagi pembangunan waktu pilihanraya, kes PKFZ mereka tak kisah, harga barang naik mereka tak salahkan UMNO/BN walaupun saban hari merungut dan membebel tentang pemerintahan UMNO/BN.

4. Menyokong budaya rasuah dalam pemberian tender projek-projek pembinaan sehingga sebuah pembinaan yang masih baru dibina boleh rosak dan runtuh. Inilah akibat rasuah komisyen 10% dan 20%. Kerajaan UMNO/BN membiarkannya kerana itulah denyut nadi mereka.

5. Menyokong kepincangan sistem kehakiman.

6. Menyokong budaya menipu dan berjanji kosong.

6. Menyokong pembaziran kewangan dan boros kerajaan UMNO/BN walaupun semua itu menyusahkan kehidupan mereka sendiri.

7. Menyokong sebuah parti yang kerap pecah amanah. Parti yang kerap menyalahgunakan harta kerajaan untuk partinya sendiri.

8. Menyokong sebuah parti yang sering merendah-rendahkan pemikiran dan maruah kemerdekaan hidup mereka dengan pemberian rasuah pilihanraya hanya dua tiga ratus ringgit, gula tepung dan kain pelekat !

9. Mereka menyokong penyalahgunaan kuasa, ketidak-adilan dan kezaliman ISA, AUKU dan Akta Hasutan !

Itulah dia sebenarnya sikap politik kaum Melayu di luar bandar jika mereka berterusan menyokong UMNO/BN dalam mana-mana pilihanraya. Apakah golongan ini sedar atau tidak sedar bahawa mereka sering ditipu dapat dilihat dari sikap politik mereka, jika parti rasuah dan tak tahu malu itu, terus menang lagi dalam pilihanraya khususnya di Hulu Selangor esok.

Sewajibnya orang Melayu di Hulu Selangor esok mengundi Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat bukan Kamalanathan dari UMNO/BN !





Thursday, April 22, 2010

Majoriti BN di Parlimen 'majoriti hodoh dan bodoh'; Memang Betol !

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 22 April: Lim Kit Siang menyifatkan majoriti BN di Parlimen sebagai 'majoriti bodoh' ketika Dewan Rakyat hangat membahaskan usul merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dalam ucapannya mempersoal campur tangan Kabinet untuk mengheret Anwar ke jawatankuasa berkenaan.

"Mengapa kabinet mesti membuat keputusan itu? Campur tangan kabinet adalah pencabulan jelas berhubung pemisahan kuasa," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku itu.

"Hari ini adalah hari paling sedih di Parlimen," katanya.

Beliau turut menyifatkan majoriti BN di Parlimen sebagai 'majoriti hodoh, majoriti bodoh'.

Sebelum itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa usul itu merupakan usaha terancang Umno/BN untuk menghalang Anwar daripada terus mendedahkan mengenai kerjasama Malaysia dengan APCO dan zionis Israel.

"Ini merupakan usaha terancang Umno untuk menghalang Permatang Pauh daripada terus mendedahkan mengenai penglibatan Malaysia dengan APCO dan Zionis Israel," katanya.

Beliau juga berkata, usul itu seolah-olah cuba mempengaruhi dewan untuk menjatuhkan hukuman kepada Anwar.

"Bagaimana dewan sudah menghukum Datuk Seri Anwar sebelum beliau mengemukakan dokumen-dokumen penting mengenai dakwaannya," katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam perbahasannya tetap berpendirian ucapan Anwar yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel tidak mengandungi kenyataan yang mengelirukan dewan.

"Saya tidak nampak di mana kesalahan kenyataan Ketua Pembangkang itu. Dalam ucapannya beliau sebut 'pada 1999 APCO menasihati One Israel dan pada 2009 menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 1Malaysia.

"Adakah kita nak nafikan bahawa Perdana Menteri sekarang Perdana Menteri 1Malaysia? Memanglah beliau Perdana Menteri 1Malaysia, bukan 2Malaysia," katanya disambut tepukan meja oelh wakil Pakatan Rakyat.

Justeru, Mahfuz mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menarik balik dan meminda usul merujuk Anwar ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu.

"Saya minta Padang Rengas menarik balik dan meminda usul ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi berkata, tindakan Umno BN mahu mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen kerana dendam dan tidak puas hati dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat beliau.

Bercakap dalam ceramahnya di Batang Kali beliau memberitahu tiada masalah dengan tindakan Umno BN itu dan bertanggungjawab terhadap pendedahan hubungan Malaysia dengan dua firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, iaitu IAC dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd di parlimen baru baru ini.

Bercakap di pentas yang sama, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS berjanji seluruh Ahli Parlimen PAS yang lain akan terus mempertahan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana Anwar di pihak yang benar.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Kubang Kerian turut mengajak rakyat supaya mengundi Zaid sebagai manifestasi pada penolakan sesiapa sahaja calon BN yang nyata tidak berupaya mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat yang dilihat seakan tunduk kepada pengaruh luar.

Anwar bersama-sama Ahli Pakatan Rakyat yang lain lantang menyuarakan bantahan menentang tindakan segelintir pemimpin Umno BN menjadikan Malaysia sebagai proksi tidak langsung beberapa pemimpin Zionis-Israel dalam hal itu.

Hari ini Parlimen akan membahaskan usul untuk mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mewakili BN.

Sumber:
harakahdaily

Sebenarnya mereka ini terruk sangat !!

Bagi mereka yang berfikir secara rasional, adil dan logik, sudah pasti awal-awal lagi begitu mudah untuk membuat keputusan menolak mana-mana juga calon UMNO/BN dalam mana-mana pilihanraya sekali pun. Mereka tidak payah pergi mendengar ceramah-ceramah Pakatan Rakyat pun, dengan membaca akhbar-akhbar perdana dan menonton TV, mereka telah mampu untuk membuat pilihan menolak calon UMNO/BN tak terkecuali calon UMNO/BN di Hulu Selangor, Kamalanathan.

Cuba fikir secara rasional apakah patut dalam mana-mana pertandingan yang disertai oleh UMNO/BN, sikap mereka ialah lawan mereka lebih elok hanya bertaraf OKU berbanding dengan yang sama kuat dengan mereka. Kalau UMNO/BN bertanding melawan lawan yang bagaikan UKO, itu adalah satu pertandingan yang wajar dan adil bagi UMNO/BN.

Manakala kalau UMNO/BN terpaksa berentap dengan lawan yang sama kuat dengannya, bagi UMNO/BN itu satu sikap aggresif, melampau, tidak patuh undang-undang dan ganas lawannya itu, yang harus dilawan dengan peraturan dan cara yang mampu mengawal dan mengikat lawannya! UMNO/BN sejak dari dulu akan buat apa sahaja untuk mempengaruhi 'pengadil' dan 'pengawal keselamatan' bertindak untuk mereka. Maka UMNO/BN akan mula arahkan 'mengikat kedua-dua tangan' dan 'mentutup mata' lawan mereka itu untuk menjadikan lawan mereka bahan belasahan. Lebam mata lawan mereka yang 'diikat 'itu lebih baik kerana itulah integriti dan keadilan ! UMNO/BN akan tanya; "siapa suruh lawan?".

Orang yang berilmu yang suci yang tidak sesat, yang beragama, bermoral dan berakhlaq, rasional, mencintai keadilan dan integriti, pasti dapat melihat bagaimana UMNO/BN menggunakan seluruh media perdana mereka sebagai alat yang ampuh dalam kempen-kempen pilhanraya mereka. Jentera-jentera kerajaan juga menjadi bagaikan hak mak bapak UMNO/BN, berleluasa digunakan tanpa rasa malu sedikit pun. Sedangkan pihak lawan mereka 'diperosokkan dan dihenyak' ke sehabis ceruk dari didengari, didekati oleh para pengundi. Inilah keadilan dan integriti bagi makhluk yang hampir pupus ini! Anwar Ibrahim cabar untuk berdebat di Hulu Selangor, tiada dilayan langsung kerana berentap secara gentleman bukan cara puak-puak ini !

Dari pagi hingga ke petang sampai ke malam, berturut-turut, berkali-kali sampai naik muak dan loya, kisah Barak Obama minta tolong agar dijelaskan, apa ke bendanya Model Ekonomi Baru itu. Agaknya Barak Obama nak tiru benda itu untuk dibuat di Amerika? Hanya orang yang tidak cerdik dan lemah jiwa, yang terasa bangga dan teruja dengan 'minta tolong' Obama itu !

Naik menyampah dan muak berita, Parlimen melulus sebulat suara usul untuk menghadapkan Anwar Ibrahim kepada entah Jawatankuasa apa tak tahu, diulang-ulang ditayang-tayang. Kisah Anwar tapi gambar Anwar tak keluar ! Dua tiga orang nampak wakil PR bercakap tapi tak ada suara, harap ke tangan sahaja nampak bergerak-gerak dengan mulut kumat-kamit. Kalau suara bapak APCO, jelas sampai merah bibir! Itulah keadilan dan integriti versi baru yang diajar oleh UMNO/BN kepada generasi baru kita.

Terasa lucu tapi meluat dengan ucapan, "saya menteri kewangan...kalau tak cukup peruntukan saya akan llulusskan lagi". Sengih yang bernama Noh Omar sambil bertepuk lemah...agaknya bertanya dalam hati, " Ya ke... ada ke duit lagi ni?"

Heh...yang janji PRK dulu-dulu banyak lagi tak tertunai...!!

Pendek kata, Semua TV seminggu ini sangat berwajah hodoh - TV 1,2,3 dan Astro pun turut serta menjadi 'balaci'. Surat khabar apatah lagi ! Semua cerita Kamalanathan, UMNO/BN bagus, aktif, berjiwa rakyat, yang satu-satunya yang boleh membawa pembangunan orang lain tak boleh ! Berita positif, misi dan visi Pakatan Rakyat, tiada ! Semua berita negatif!

Pasti sekali, pengundi-pengundi Hulu Selangor dan di mana-mana, mahupun di Sibu , yang berilmu yang suci, yang tidak sesat, yang beragama, bermoral dan berakhlaq, yang rasional, yang mencintai keadilan dan integriti, serta yang cerdik lagi sedar diri , tidak akan lagi mengundi calon UMNO/BN sama ada Kamalanathan atau sesiapapun kerana terroak sangat mereka ini sebenarnya!!

Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor: Hayat Politik Palanivel Vs Kamalanathan.

Palanivel adalah seorang Timbalan Presiden. Katanya bakal Presiden MIC. Kamalanathan seorang Ketua Penerangan. Untuk calon BN Hulu Selangor nampaknya Kamalanathan lebih bernasib baik. Kamalanathan terpilih menjadi calon bukan Palanivel Bakal Presiden MIC. Nasib baiknya Kamalanathan mungkin kerana Muhyiddin tafsirkan nama Kamalanathan; itulah nama berciri 1Malaysia!!

Dengan tunjuk ajar Muhyiddin barulah rakyat tahu bahawa kalau mahu nama yang mempunyai ciri-ciri 1Malaysia bagilah nama anak masing-masing antaranya, Kamalanathan. Kamalanathan bin Muhyiddin...cantikkah nama begitu ...? Hah !

Kerana ciri-ciri 1Malaysia pada nama Kamalanathan menurut Muihyiddin, maka Palanivel tertolak. Maknanya walaupun Palanivel Timbalan Presiden MIC, nama Palanivel tidak mempunyai ciri-ciri 1Malaysia. Kesian Palanivel !

Lagilah malangnya nasib Palanivel jika sekiranya calon 1Malaysia Muhyiddin itu ditakdirkan menang di Hulu Selangor. Palanivel akan menjadi bakal Presiden MIC yang paling malang. Palanivel menjadi bakal presiden yang tidak bertempat. Hendak bertanding di Hulu Selangor, jauh panggang dari api. Hendak bertanding di Sungai Siput, Samy Vellu pun kalah! Pendek kata dengan terpilihnya calon 1Malaysia dan menang pula calon itu, Palanivel terpaksa berkelana mungkin sampai akhir hayat politiknya ! Sungguh trajis!

Tetapi jika Kamalanathan kalah kepada calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim, saham Palanivel akan kembali meningkat kerana walau apapun orang kata kepada Palanivel, Palanivel boleh terus berkata hanya saya calon MIC/BN yang pernah menang di Hulu Selangor ! See...Im still the best BN here !

Padankah Palanivel yang bakal menjadi Presiden MIC itu menjadi menteri atau Timbalan Menteri nanti dengan kerana berjawatan Senator ? Kalau begitulah Palanivel maka dia tidak akan menjadi sehebat Samy Vellu ! Dia pasti akan menjadi Presiden MIC yang paling lemah yang nyawa politik tidak terletak lagi kepada faktor tawar menawar politik. Atau kenyataan itu sebenarnya menunjukkan bahawa awal-awal bakal Presiden MIC telah dicampak oleh para pemimpin UMNO/BN ke tepi jalanan.

Nampaknya hayat politik kem Palanivel bergantung kepada menang- kalah Kamalanathan. kalau Kamalanathan menang, pengaruh dan hayat politik Palanivel menjunam. kalau sebaliknya Palanivel akan terus mantap dan gagah memimpin MIC. Semuanya ini terletak dalam tangan pengundi-pengundi di Hulu Selangor khusus ahli-ahli MIC yang mengundi di Hulu Selangor samada Palanivel Bakal Presiden MIC atau Kamalanathan !

Pengundi Hulu Selangor jangan bersubahat...

Pengundi-pengundi Melayu Hulu Selangor wajar merenung hakikat bahawa telah sampai masa untuk mereka memikirkan betapa hipokrit dan curangnya pemerintahan UMNO/BN pada hari ini. Mereka wajar bersama dengan kesedaran politik massa mengenai usaha reformasi dan demokrasi yang berintegriti ke arah Malaysia yang selamat.

Hakikat 52 tahun pemerintahan UMNO/BN, Malaysia semakin tidak selamat dan hilang integriti dalam pelbagai bidang.

Perjuangan Islam UMNO/BN hanyalah palsu semata-mata. UMNO terus mencipta konsep Islam yang tidak munasabah seperti Islam Hadhari dan Islam 1Malaysia.

Kerajaan UMNO/BN kelihatan begitu lunak dalam sokongannya kepada perjuangan rakyat Palestin dan perjuangan Islam terhadap kota suci Baitulmuqaddis tetapi dalam hal-hal yang diharapkan, UMNO begitu malas, sambil lewa, tidak konsisten dan sangat tidak cerdik.

Pengundi-pengundi Melayu di Hulu Selangor wajar menginsafi hipokrasi UMNO apabila UMNO memperbesarkan isu, Anwar Ibrahim meraih sokongan orang luar kerana kes liwat keduanya. Gesaan-gesaan pihak luar agar kes itu dibatalkan atau dibicara secara adil dianggap oleh Muhyiddin Yasin Timbalan Presiden UMNO sebagai ancaman Anwar terhadap kestabilan politik negara. Hanya orang yang bodoh akan termakan suapan basi Muhyiddin ini. Jangan kita diperbodohkan untuk terus menjadi bodoh.

Fikirkanlah betapa kusutnya fikiran pemimpin UMNO ini. Apakah sekiranya Muhyiddin Yasin berada di tempat Anwar sekarang, beliau yang merasa dianiaya, tidak akan meraih sokongan dari mana-mana pihak dalam dunia ini, walaupun merasai layanan kehakiman terhadapnya tidak adil ? Alimnya Muhyiddin !!

Anwar yang mahukan keadilan terhadap dirinya dengan meraih sokongan dari pelbagai pihak yang dia mampu, dianggap pengganggu kestabilan politik negara. Apakah Muhyiddin menganggap pihak yang memberi sokongan kepada Anwar itu bodoh dan bacul seperti mana bodohnya katak-katak yang melompat itu?

Para pengundi Melayu Hulu Selangor harus sedar bahawa para pemimpin UMNO/BN bertindak dan berfikir macam orang buta akal rasional. Kerajaan UMNO/BN yang kelihatan selama ini menyokong perjuangan Palestin, rupa-rupanya munafik semata-mata. Jika mereka begitu kuat menyokong perjuangan Palestin masakan mereka sanggup mengupah APCO -Yahudi Israel menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dan meletakkan pakar Zionis rejim Israel dari Asiasoft dulu di Bukit Aman?

Rejim Zionis Yahudi-Israel begitu banyak dan terlalu lama membunuh berjuta-juta rakyat Palestin yang tidak berdosa. Para pemimpin UMNO termasuk Muhyiddin sangat tahu hal ini tetapi terus membuntuti Najib dan Rosmah untuk membawa APCO Israel menjadi penasihat. Apakah ertinya ini ? Faham akan perangai buruk dan zalim Zionis-Israel tetapi pakar Zionis Israel juga yang diambil sebagai Penasihat PM.

Sekali lagi betapa tergamaknya Perdana Menteri menghentikan bekalan minyak ke Iran sebuah negera Islam yang berintegriti dalam perjuangan kemanusiaan dan Islam. Apakah dasar pemerintahan UMNO/BN di bawah Najib dan Rosmah hari ini, lebih rela bertindak terhadap Iran dari bertindak terhadap rejim ganas Israel laknatullah ?

Maknanya demi nafsu dan kuasa, apa sahaja akan mereka lakukan.

Persoalannya sanggupkah pengundi-pengundi Melayu Hulu Selangor terus mengekalkan ego dan bodoh sombong para pemimpin UMNO/BN ini ? Janganlah kita turut mendapat saham kejahatan dan kezaliman Zionis Israel terhadap Pelestin dan Islam.

Para pengundi Melayu Hulu Selangor, jangan undi UMNO/BN atau Kamalanathan, you will get nothing except worst integrity !

Mata Pelajaran Shahrizat, Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif Sosial untuk atasi masalah buang bayi !!

Inilah cara pemerintahan UMNO/BN buat kerja. Banyak kemalangan jalanraya buat pendidikan keselamatan jalanraya ! Banyak jenayah meningkat, buat kelab pendidikan jenayah! Banyak kes dadah, buat Pendidikan Pencegahan Dadah! Harga barang meningkat kerana dasar sendiri, buat mata pelajaran kepenggunaan! Ramai orang sokong pembangkang, buat Kelab Setia ! Banyak meningkatnya kes zina dan buang bayi, hendak dibuat pula Pendidikan Kesihatan Reproduktif Sosial !

Dasar UMNO yang tidak islamik, tidak berkualiti lagi haru-biru, cikgu-cikgu pula menjadi mangsa yang dipaksa menyelesaikan semua masalah -masalah itu di sekolah. Maka kurikulum sekolah menjadi tempat longgokan daki dan sampai dasar-dasar dan gaya pemerintahan yang tidak membentuk manusia itu.

Menteri yang tewas, Shahrizat Jalil, beriya-iya hendak mewujudkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Sosial (PKRS) yang katanya akan di mulakan pada sesi 2011 nanti. Inilah cara UMNO/BN mahu selesaikan masalah akhlaq remaja, perzinaan dan buang bayi ! Aku pening dengan gelagat UMNO ini !

Isunya, boleh diharapkah menteri ini untuk selesaikan masalah ini dengan cara itu? Masalah akhlaq: perzinaan dan buang bayi !?

Apakah nanti mata pelajaran ini benar-benar mengatasi masalah yang difokuskan atau sebaliknya akan semakin meningkat kes-kes jenayah seks dan buang bayi ? Atau memang ada pihak yang akan mendapat kontrak lumayan dan menguntungkan dari penyediaan bahan-bahan untuk mata pelajaran tersebut ?

Walau apa yang dinamakan kepada mata pelajaran ini, Dr Mahathir sendiri tidak bersetuju jika mata pelajaran itu sebenarnya Pendidikan Seks. Dalam keadaan usia yang terlalu tua dan tidak boleh buat apa-apa lagi itu, Dr Mahathir sendiri mencadangkan agar segala masalah yang dinyatakan diselesaikan dengan memperkasakan Pendidikan Agama Islam.

Secara ikhlasnya aku tak yakin mata pelajaran Shahrizat ini akan dapat mengurangkan kes perzinaan maka kononnya akan berkurangan masalah buang bayi khususnya di kalangan remaja-remaja Melayu! Meningkat mungkin !

Dan kamu cikgu-cikgu di sekolah akan terus menjadi penyapu sampah masalah akibat dari dasar UMNO/BN. Buat je lah labu !

Tuesday, April 20, 2010

PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

-malaysiakini-


Monday, April 19, 2010

UMNO bodoh sombong

Dalam kempen UMNO dan para bloggernya, UMNO sibuk mejnaja isu kononnya Zaid Ibrahim kaki arak. Memang dasar UMNO dasar tidak sedar diri. Sibuk kata Zaid kaki arak, sedangkan puak UMNO inilah yang banyak meluluskan lesen dan kilang arak dan seolah-olah para pemimpin UMNO yang ada sekarang tak pernah menyentuh air kencing syaitan itu ! Boleh percaya ke pemimpin-pemimpin UMNO yang ada searang tidak menyentuh air kencing syaitan itu ?

Dengan sikap UMNO yang begini, sepatutnya para grassroot UMNO rasa malu dengan parti mereka. Pembelit dan pengauta. Kena kat orang, dia paling kuat mengata, kena kat dia ,senyap seribu bahasa dan guna Akta Hasutan untuk tutup mulut rakyat.

Zaid dah kata, dia dah mohon ampun dengan Allah tentang kisah dulunya itu. Dia telah pun menunaikan fardhu haji.

Sepatutnya UMNO berbangga kerana seorang insan telah insaf dan mohon ampun dengan Allah. Ini tidak, memang UMNO zalim, orang yang telah insaf dijaja lagi keburukan yang dulu-dulu. Kalau begitu lebih baik UMNO jaja keburukan Khalifah Omar Al-Khatab sebelum Islam dulu !

UMNO ni memang basa tak reti basa dan tak faham Islam sungguh. Memang jelas UMNO tak faham Islam atau begitulah agaknya rupa Islam 1Malaysia yang saling tak tumpah macam Islam Had Hari juga rupanya!

Semoga penyokong-pengundi UMNO di Hulu Selangor, tidak menjadi seperti UMNO yang zalim dan tidak ada otak, untuk berfikir bahawa orang yang telah insaf patut diberi sokongan bukan di korek dan dibongkar kelemahan dan kesalahan lamanya!

Sekurang-kurangnya Zaid telah pun minta ampun, orang di bawah ini dah minta ampun ke belum ?

Sunday, April 18, 2010

Heyy...penyokong-penyokong UMNO Hulu Selangor, dengar sini !!


Memang kamu semua sekapal dengan MIC, kapal Barisan Nasional. Tapi kamu pasti sedar apa yang kamu gah sangat dengan semangat BN kamu semenjak Hulu Selangor dari dulu menjadi hak bertanding MIC. Palanivel pernah menjadi wakil rakyat kamu selama 4 penggal, banyak mana kemajuan harta benda dan keadilan hidup yang kamu dapat ?

Lantas dengan kesedaran kamu itu, kamu sendiri nampaknya tidak mahu calon MIC bertanding dalam PRK ini kerana kerja-kerja Palanivel selama ini sangat kamu tidak puashati. Tetapi protes kamu, cium tangan kamu, Hulu Selangor untuk UMNO, pemimpin kamu sendiri tidak layan...bo layan !

Dengar sini, kamu memang mahu kerusi Hulu Selangor diberikan kepada UMNO kamu. Apakah kamu rasa jika Kamalanathan kesayangan Muhyiddin Yasin itu menang, harapan kamu semakin cerah untuk mendapat hak bertanding di Hulu Selangor dalam pilihanraya kebangsaan akan datang ? Pasti kalau Kamalanathan memang, kamu akan terus berputih mata, harapkan menjerit sahajalah kamu !

Benar....benar, tuntutan kamu UMNO, akan mempunyai alasan yang kukuh dan diberi peluang untuk bertanding di Hulu Selangor dalam pilihanraya kebangsaan akan datang ,jika Kamalanathan kalah. Kamal kalah bermakna alasan kamu semakin kukuh dan Najib terutama Muhyiddin tidak boleh lagi bersikap pekak badak terhadap tuntutan kamu. Sebaliknya jika Kamalanathan menang, tokoh-tokoh UMNO kamu itu, akan terus diperap oleh Muhyiddin Yasin !

Pilihan di tangan kamu; Kamalanathan atau UMNO kamu mendapat hak bertanding dalam pilhanraya akan datang !

Oleh yang demikian pangkahlah Zaid Ibrahim PKR dari Pakatan Rakyat kerana ia akan tambah menguatkan alasan kamu menuntut Hulu Selangor sebagai hak kamu di pilihanraya akan datang!