Followers

Saturday, April 17, 2010

Kita tengok sapa kena? 2S sudah kena jugak !!


Dalam setiap hari penamaan calon menjadi perkara biasa ramai penyokong turut mengiringi calon parti atau puak masing-masing. Biasalah majlis penamaan calon ! Tadi penamaan calon PRK Hulu Selangor. Ramai orang hadir !

Soalnya, hari penamaan calon ada kawat berduri? Itu bukan demonstrasi geng baju merah di Bangkok ! Hanya majlis penamaan calon PRK Hulu Selangor ! Ada kawat duri ?

Provokasi ada pelbagai rupa provokasi. Di Bagan Pinang dulu, ada orang yang agak besar juga saiznya, mendakwa dia kena pelupuh sampai masuk hospital, cemas patah leher!! Maka riuhlah seantero dunia, penyokong Pakatan Rakyat 'ganas' !

Meletak kawat duri di hari penamaan calon sebuah pilihanraya di Malaysia adalah juga satu bentuk provokasi. Soalnya hendak provok siapa? Apakah ada pihak yang hendak 'serang' pentas penamaan calon? Tidak pernah berlaku dalam negara penyokong mana-mana parti pergi 'serang' pentas penamaan calon. Kalau bersorak, bertempik, berselawat dan bertakbir tu biasalah...hari penamaan calon !! Atau sekali lagi puak-puak gerombolan ini menggunakan taktik basi mahu menggambarkan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor bahawa penyokong Pakatan Rakyat merbahaya? Sesungguhnya basi busuk sudah taktik ini !

Kamu buat peraturan menghadkan bilangan 100 orang penyokong, lepas itu kamu letak kawat duri. Akhirnya bukan penyokong PR yang 'serang' tapi kawat duri 'serang' Samy Vellu dan Shafie Apdal !

Hah...buat lagi kerja mengarut, sudahnya sendiri dapat ! Sendiri 'bikin' sendiri kena! Dalam berita, Shafie Apdal tak dicerita macam mana tapi kaki Samy luka jugak...chaitt !!

Thursday, April 15, 2010

Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor: Sokong UMNO/BN bermakna...

Jika pengundi-pengundi Hulu Selangor masih mengundi UMNO/BN bermakna:

1. Tak kisah kerajaan UMNO/BN menggunakan APCO yang ada kaitan dengan Israel sebagai penasihat imej dan komunikasi PM.

2. Tak kisah tentang nasib malang penduduk Palestin yang kerap disembelih oleh Yahudi. Ambil kisah yang ditunjukkan selama ini sebenarnya hipokrit semata-mata, kalau tidak masyarakat Islam dunia akan kecil hati dengan kerajaan Malaysia! So hipokritlah sikit ! Otak Yahudi bagus apa !?

2. Tak kisah kes 2 agen zionis Yahudi berlegar di Bukit Aman walaupun mungkin sudah banyak maklumat penting negara bocor kepada pihak luar itu. Tidak mengapa kerana orang Zionis Israel lebih bodoh berbanding dengan orang UMNO/BN!

3. Tak kisah harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan selepas PRK Hulu Selangor kerana susah sedikit apa salahnya asalkan UMNO dan 'para pejuang' UMNO Baru senang lenang.......... kan UMNO parti menyelamatkan Melayu....1Malaysia lagi.

4. Tak kisah Cukai Barangan dan Perkhidmatan dikenakan dan menjadi beban ke atas mereka kerana setiap kali pilihanraya UMNO/BN akan bagi apa sahaja yang rakyat hendak...beras sekampit, biskut satu tin besar, minyak masak cap botol besar, susu pekat manis tiga tin, kain pelekat kain batik kain pasang 10 ringgit sepasang semua dapat, duit 3, 4 ratus dan macam-macam! Cukuplah setahun tak payah bebelanja ! Tak bersyukur lagi kepada UMNO/BN!!?

5. Tak kisah kalau bil elektrik naik, cukai barangan dan perkhidmatan dikenakan, PTPTN berpuluh ribu, harga minyak akan naik lagi, disiplin dan akhlak para pelajar sekolah terus merudum, Bahasa Melayu haru-biru, Bahasa Inggeris entah apa-apa, anak haram semakin bertambah, penagih dadah bertimbun, pelacur beselirat, penganggur berasak-asak, jenayah merata, rasuah menjadi budaya hidup, ISA mencengkam, integriti hanyut, kehakiman membosankan, sukan lembik...tak kisah...asalkan UMNO/BN menang ! Tak ada UMNO/BN mundur semua orang Malaysia khusus orang Melayu ! Rakyat kena telan pil mustajab itu; pil 1Malaysia !! 'Ek eleh !!

6. Tak kisah menjadi orang bodoh untuk terus diperbodohkan ! Tak kisahhh!!

Kalau....kalau undi UMNO/BN atau Kamalanathan !!

Wednesday, April 14, 2010

Mereka ini pejuang Melayu-Islam atau pejuang Najib-Rosmah ?

Pendedahan Datuk Seri Anwar di Parlimen mengenai kewujudan agen-agen zionis-yahudi di Bukit Aman memperlihatkan kepada rakyat akan sikap dan rupa sebenar wakil-wakil rakyat BN khususnya UMNO.

Dalam kontek perjuangan Melayu-Islam yang konon kata menjadi perjuangan UMNO, apakah benar dan ikhlas parti UMNO dalam perjuangan mereka itu dalam isu apabila kita berbincang soal APCO dan Asiasoft.

Nampaknya tiada satu pun wakil-wakil rakyat UMNO yang bangkit mengecam kerajaan khususnya KDN pemerintahan Najib dalam mengurus keselamatan negara. Mereka tidak pun mengambil langkah untuk menghalang kelemahan pemerintahan Najib itu dari berulang lagi di masa lain sebaliknya begitu sibuk mewarnakan Anwar Ibrahim sebabgai musuh mereka.

Sikap wakil-wakil rakyat UMNO ini menjelaskan lagi rupa mengampu mereka. Mereka sedang mengampu pemerintahan Najib. Agaknya jika Najib tidak diampu, mereka akan miss soru !

Sepatutnya wakil-wakil rakyat UMNO yang menjadi harapan pengundi-pengundi kampung yang tidak tahu apa-apa itu, bersikap jujur dan berintegriti dalam kerja buat mereka. Jangan terlalu mengampu kerana kelak menjadi bahan ketawa dan meluat orang lain kerana biasanya orang yang kuat mengampu akan nampak bodoh dan tongongnya. Bayangkan budak berusia 17 tahun dengan konfiden boleh mempermainkan dan menipu serta memperbodoh salah seorang exco Pahang dari UMNO dan orang kuat JKLN mungkin penyokong kuat dasar-dasar kerajaan UMNO! Inilah akibatnya - tak habis-habis mengampu !!

Sepatutnya Wakil-wakil Rakyat UMNO bangkit bertanya secara bijak dan rasional untuk mengatahui lebih mendalam pendedahan Anwar Ibrahim bukan menjadikan Anwar Ibrahim 'beg tinju mereka' agar Anwar jangan terus bercakap isu 2 egen zionis- yahudi di Bukit Aman itu!

Perjuang Melayu-Islamkah mereka ini ? Dari parti yang sensitif dengan nasib dan perjuangan Palestinkah mereka ini ? Atau mereka ini bukan pejuang Melayu-Islam tetapi pejuang Najib dan Rosmah !

Wahai orang-orang Melayu, nilailah mereka ini dengun penuh cerdik bukan dengan akal yang beku !

Monday, April 12, 2010

Dia ada pasukan media khas

Sumber berita dari Suara Keadilan 6-13 April 2010:

Ketika melaungkan keperluan rakyat berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berfikir dua kali untuk merestui penggunaan dana awam rakyat bagi memastikan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur mendapat liputan meluas dalam lawatan pasangan itu ke Amerika Syarikat minggu depan.

Adalah difahamkan wartawan dari pertubuhan berita nasional Malaysia, Bernama dan RTM telah dikerah untuk memberi liputan penuh ke atas program Rosmah di Washington dan New York.

Inilah kali pertama media di Malaysia terpaksa mengutuskan dua pasukan berasingan - satu untuk liputan program Perdana Menteri dan satu lagi untuk aturcara isteri beliau.

RTM dan Bernama adalah agensi yang dimiliki penuh oleh kerajaan dan dana yang bakal digunakan oleh dua badan itu untuk meliputi aturcara Rosmah di Amerika Syarikat adalah wang rakyat.

Turut dikerah untuk mengikuti rombongan Rosmah adalah media arus perdana seperti TV3.

Liputan media untuk Najib adalah selaras dengan kedudukan beliau selaku Perdana Menteri.

Namun alasan itu tidak boleh digunapakai dalam kes Rosmah kerana beliau hanya bertindak mengiringi Najib dan bukan sebagai pemimpin kerajaan.

"Kami tidak mempunyai pilihan selain mengutuskan wartawan khusus untuk ikut sama Rosmah. Kami terpaksa ikut sahaja kerana ini arahan daripada atas," kata seorang wartawan kanan Bernama.

Adalah dianggarkan setiap media yang membuat liputan aturcara Rosmah, terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM50,000.

Keghairahan 'kem Rosmah' untuk memastikan beliau mendapat liputan meluas dalam media tempatan bukan perkara baru.

Sumber TV3 memberitahu, bilik berita stesen itu diarahkan memastikan setiap atur cara Rosmah digunakan dalam Buletin Utama, malah harus diselitkan sebagai antara bahan berita utama dalam rancangan sejam itu.

( Kalau betullah berita di atas, maka jelas dapat dilihat bahawa Malaysia mempunyai seorang isteri Perdana Menteri yang kerap lebih kuah dari sudu. Nampaknya PM kita itu, begitu cara 'sayang' kepada isterinya. Projek Permata yang sudah tidak berapa hendak bersinar, ruang pejabat khas buat isteri, laman sesawang kerajaan percuma buat isteri dan kini liputan khas buat sang isteri di Amerika. Apakah nanti, jika begini keadaannya rakyat kian konfius yang mana satu PM Malaysia!? Heh...menyampah sungguh aku !)

Sunday, April 11, 2010

MEB akan lebih teruk dari DEB !

Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru-baru ini, akan lebih sukar dirasai oleh rakyat terbanyak. Rancangan untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi untuk mencapai wawasan 2020 mungkin akan wujud pada angka sahaja, sedangkan realitinya beban kepada kehidupan rakyat terus menekan.

Persoalan integriti, kebebasan kehakiman, pembasmian rasuah, kebebasan media, isu akhlaq dan moral dan berbagai lagi, masih belum nampak tanda-tanda untuk dibaiki dan mengatasinya secara ikhlas dan telus. Tanpa membaik-pulih isu-isu tersebut apakah MEB akan benar-benar menjadi model ekonomi baru !

Rakyat di luar bandar terutama di kampung-kampung tradisional yang begitu kuat menyokong UMNO akan hanya mendapat bantuan bertaraf 'tahi gigi' ketika hanya apabila datang musim pilihanraya. Jika tidak musim itu, rakyat kampung akan sentiasa mengeluh dan mengemis di sana sini untuk lauk nasi keluarga yang serba mahal, perbelanjaan persekolahan anak-anak yang realitinya semakin bertambah dan meningkat, anak-anak yang menganggur atau sekadar bekerja menjadi kuli di pusat-pusat membeli belah sahaja!

Apa yang MEB boleh berikan kepada rakyat jika jalan-jalan di kampung-kampung masih ada yang gelap gulita, tiada lampu jalan atau lampu jalan macam gigi rongak, bekalan elektrik yang tidak cukup dan kerap bergelap, air paip yang tidak berkualiti dan melilih, pengangkutan awam yang menyiksakan dan tambang teksi yang mahal! Hendak pergi ke destinasi yang hanya berjarak lebih kurang 10 kilometer kena tunggu selama 2 jam. Agaknya dalam MEB, PM hanya sibuk dengan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur tetapi di kampung-kampung terutama di kampung-kampung tradisional tak payah, sebab penduduk kampung-kampung tradisional, Parti UMNO buat macam manapun, mereka akan tetap pangkah dacing !

Kampung-kampung tradisional indah macam dalam kad Selamat Hari Raya, bangga orang kampung kerana sentiasa penuh dengan pokok kelapa, lalang, kemunting, senduduk dan tahi lembu serta rumput israel ! Wakil Rakyat turun sekali-sekala memuji keindahan kampung-kampung tradisonal...tepuk tanganlah orang kampung ramai-ramai!!! Hati orang kampung tradisional berkata ' bagus wakil rakyat kita'. Hati wakil rakyat berkata ' bodoh orang kampung ni!'

Lebih menyayat hati, dalam tiada pembangunan di kampung-kampung tradisional yang kebanyakkannya kubu kuat UMNO itu, banyak pulak terdirinya rumah-rumah burung walid yang katanya anggaran sebuah lebih kurang RM300,000. Orang kampung punyee tu...penyokong UMNO..bangga ape!!

Di kawasan-kawasan kubur dan tempat-tempat sunyi dan gelap pula, anak-anak muda melepak sambil menyedut asap rokok dan apa-apa yang boleh disedut tanpa mengira halal-haram. Di tempat buang sampah bukan sahaja penuh dengan sampah-sarap tetapi jugak terdapat bayi-bayi yang belum putus tali pusat ! Inilah tunggak 1Malaysia !

Bangganya ada Model Ekonomi Baru kerana rakyat terus terpaksa berjuang untuk hidup. Anak-anak muda di kampung-kampung tradisional, yang baru keluar IPTA dan IPTS kebingungan hendak membayar PTPTN mereka. Kerja tak tahu hujung pangkal, PTPTN kena bayar, biasiswa hanya untuk mereka yang pintar sahaja dan kadang-kadang anak-anak pintar itu anak-anak orang kaya dan anak-anak berwang !

MEB kuat dilaungkan, tapi kontrak-kontrak tetap dipulun oleh kontrakor-kontrator UMNO yang pandai 'membela'. Yang pandai 'membela' akan dapat 3 hingga 4 projek, yang tak pandai mampus engkaulah. Contoh kontrak makanan asrama-asrama pelajar dan penghuni dan kerja-kerja pembersihan kawasan institusi-institusi, seorang kontraktor yang pandai 'membela' akan dapat tiga atau empat asrama dan kawasan sedangkan kualiti perkhidmatan macam tahi ! Yang tak pandai 'membela' akan terus mengemis dan merintih. Inilah gaya cara MEB !

Nampaknya semakin kerap MEB dilaungkan, tiada apa yang dapat dirasai indah oleh rakyat sebaliknya semakin banyak komplikasinya kepada ekonomi dan kehidupan. MEB kian menuju ke arah Medan Eksploitasi Belaka sebagai talian hayat sebuah parti politik! Nampaknya MEB ini akan menjadi lebih buruk rupanya dari DEB ? Kita sudah mula merasainya dan akan lebih tahu nanti !