Followers

Saturday, April 10, 2010

Fahaman dan pemikiran UMNO dalam memerintah semakin bercelaru !

Jika betul dakwaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, yang dua agen perisik zionis-Israel terlibat dalam firma kejuruteraan komunikasi yang didaftar di Singapura dan berpengkalan di Tel Aviv israel, membangunkan prasarana Sistem Laporan Polis (PRS), jelas membuktikan betapa tidak senonoh dan cuainya kerajaan UMNOAPCO-BN yang ada sekarang.

Tidak ada mana-mana negara di dalam dunia yang akan bertolak ansur dalam apa cara dan bagaimanapun dalam soal keselamatan negara. Sebuah negara yang berdaulat, rela berperang kerana keselamatan negaranya. Iran teguh dengan program reaktor nuklearnya demi kemajuan dan keselamatan negaranya. Sinagpura tegas dengan urusan bekalan air dari Malaysia ke negaranya dan bermatian-matian mempertahankan pendudukannya di Pulau Batu Putih. Argentina tidak pernah melepaskan haknya ke atas Pulau Folkland. Israel haram jadah lagilah tidak pernah bertolak ansur sekelumitpun dalam hal keselamatan rejam laknat itu.

Tetapi malang bagi rakyat Malaysia terutama penyokong totok membuta tuli UMNOAPCO kerana parti yang katanya dominan dalam BN itu, tidak pernah sensitif langsung dalam hal-hal kerahsiaan dan keselamatan negara ini. Mentadbir negara macam orang 'bodoh' , terus berlaku pelbagai perkara yang memalukan sejak dari terlepasnya Pulau Batu Putih tempoh hari. Hari ini APCO dan Asiasoft berada di dalam denyut jantung keselamatan negara ! Apa ni ?

Dalam banyak orang tidak atau sukar mempercayai zionis-yahudi, UMNOAPCO dengan muka selamba melayan darah daging zionis ini sehingga ke 'bilik tidur negara"!

Kecelaruan pemikiran fahaman UMNOAPCO semakin ketara, segala yang berunsur dan berkait zionis-Yahudi tidak merbahaya berbanding Anwar Ibrahim !

Hanya rakyat yang cerdik akan mampu melihat; jika begitu bahaya bagi UMNO, apakah UMNO lebih menjaga keselamatan negara atau lebih menjaga perut masing-masing !