Followers

Saturday, March 20, 2010

Wajah UMNO semakin hari semakin hodoh dan buruk !

Setiap hari mendatang, wajah UMNO semakin hodoh dan buruk. Hodoh dan buruk kerana perangai para pemimpinnya. Berhentinya Pak Lah disangkakan wajah UMNO akan semakin menarik namun tidak begitu jadinya. Kepimpinan Najib-Rosmah menjadikan UMNO semakin huduh dan buruk.

Demi mempertahankan kuasa yang kian lemah kepimpinan UMNO yang mendominasi kerajaan Persekutuan akan buat apa sahaja. Seperti yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, dia menari beberapa saat kerana meraikan kaum Indian yang sedang ditekan oleh polis dalam satu ceramahnya, menjadi satu kesalahan besar kepada UMNO. Namun kata Anwar, pemimpin UMNO mentekedarah arah tak salah bagi UMNO !

Hari ini Najib 'suruh' peguam 4tail siasat pendedahan Zahrain pahlawan......... kalau-kalau perbuatan Anwar dalam menjayakan 16 September yang tidak berjaya itu ada melanggar undang-undang negara. Kalau orang, siasat ! Tapi diri sendiri yang meruntuhkan kerajaan PR Perak secara haram dan katanya ada menculik beberapa ADUN PR tak payah siasat kerana sah belaka !! Itulah 'integriti' pemimpin UMNO !

Pemerintahan UMNO memang kacau. UMNO bukan sahaja kacau pemikiran rasional orang-orang Melayu luar bandar, UMNO juga kacau orang-orang Cina dalam MCA. Sudahnya Kaa Ting dengan Choo Ha yang awal-awal timbul ! Yang sedang berebut, sedang kebingungan 'dibelit' UMNO. UMNO juga kacau orang-orang Indian tapi Samy Vellu tak kisah sebab parti India Makkal Shakti yang Najib 'tubuh' itu dah lesap ditelan jerebu politik.

Itulah kepimpinan UMNO sekarang. Apalah agaknya yang mereka buat dalam membaiki ekonomi, sosial dan pendidikan negara ? Tak nampak ! Yang kelihatannya wajah UMNO semakin hari semakin hodoh dan buruk !

Ada lagikah orang Melayu yang cerdik-cerdik hendak sokong UMNO dalam pilihanraya akan datang ?

Thursday, March 18, 2010

Pahlawan hidung kemek kembali daa...

Alangkah gembiranya BN khususnya parti UMNO Najib-Rosmah kerana dengan tiba-tiba telah mendapat seorang pahlawan hidung kemek untuk menyerang PR sehari dua ini. Serangan pertama dari pahlawan hidung kemek itu telah bermula pada hari pertama persidangan parlimen.

Perasannya seragannya begitu berjaya untuk kononnya merosakkan kredibiliti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR. Namun adalah diyakini pastinya pengundi yang mengundinya di BB tempoh hari pasti kecewa kerana pahlawan hidung kemeknya itu bercakap isu yang tidak perlu diperkatakan lagi.

Apa pentingnya isu 16 September itu lagi kerana semua tahu ianya gagal. Rakyat di parlimen BB dan seluruh negara tahu bahawa ianya gagal kerana usaha yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah satu usaha yang berhemah, mengikut peraturan yang dibenarkan dan tanpa apa-apa imbuhan atau ganjaranpun, hanya cuma keyakinan melawan tentangan yang 'brutal'. Itu semua rakyat tahu dan pastinya bukan isu lagi.

Isu yang paling mendesak yang wajar dilaungkan oleh pahlawan hidung kemek dan pahlawan cangkul sespesisnya ialah tanyakan pihak kerajaan kenapa model monggolia itu mati dibunuh sebegitu rupa? Kenapa ada rakyat Malaysia boleh mati dengan penuh syak dan wasangka? Stop GST bukan tangguh kerana ia memberi kesan yang tidak sedikit kepada rakyat di BB? Kukuhkah pertahanan negara apabila enjin jet hilang dan kapal selam tidak boleh menyelam? Tanyakan benarkah penasihat Yahudi menjadi pakar runding kepada konsep 1Malaysia ?

Nampak sangat betapa bodohnya pahlawan hidung kemek itu menggunakan sessi parlimen. Di luar parlimen bermain politik, dalam parlimen pun bermain politik. Apakah pahlawan hidung kemek itu menyangka bahawa dengan menyerang Anwar Ibrahim dia akan terus terpilih menjadi calon bebas atau UMNO baru BB dalam pilihanraya akan datang ? Boleh buat pulutlah kalau ada yang di BB itu setuju dia menjadi calon BN dalam pilihanraya akan datang.

Atau selepas pilihanraya nanti pahlawan hidung kemek itu akan menjadi ular sawa kenyang ...? Rakyat BB juga akan merana kerana pelbagai cukai barangan dan perkhidmatan, kenaikan harga minyak, pengangguran dan kemelesetan ekonomi yang mencengkam ?

Cukuplah pahlawan hidung kemek, jangan menjadi beruk sarkas lagi ! Buat gelak de orang je !!

Wednesday, March 17, 2010

Orang Aslipun dah sedar sering kena tipu...

Hari ini orang-orang Asli mengotakan iltizam mereka dengan beramai beramai berdemonstrasi di Putrajaya. Mereka menuntut agar hak mereka selaku orang Asal perlu dihormati, juga menuntut agar pihak Kerajaan UMNO/BN jangan hapuskan akta mereka dan mengiktiraf wilayah adat mereka.

Nampaknya orang Asli pun sudah sedar mereka sering tertipu dan ditipu oleh kerajaan UMNO/BN. Maka bertindaklah mereka...

Yang peliknya orang-orang Melayu khususnya golongan wanita di kampung-kampung masih belum sedar-sedar yang mereka sering menjadi alat dan kerap ditipu oleh janji tak pernah tertunai UMNO/BN. Mereka sering ditipu hidup-hidup kadang-kadang diperlakukan begitu dalam setiap kegiatan perkumpulan mereka.

Golong wanita di kampung-kampung inilah yang sering merungut barangan keperluan dapur semakin mahal. Mereka sering merungut anak-anak mereka tak cukup belanja di IPT. Mereka merungut kenapalah anak-anak mereka tidak diberi pekerjaan sedangkan sudah dua tiga tahun keluar U. Mereka inilah golongan yang sering bersembang sesama mereka bahawa miskinnya mereka.

Begitulah golongan wanita di kampung-kampung atau di luar bandar. Namun walau apa pun rungutan dan bebelan mereka dalam kehidupan seharian mereka, mereka tetap menjadi 'kesayangan' UMNO kerana mereka menjadi teras kekuatan G10 wanita UMNO.

Gigihnya mereka berkerja untuk pemimpin dan kroni UMNO, nasib dan mentaliti mereka tetap tidak berubah. Kain pasang yang berharga murah, naik bas ramai-ramai mengikuti lawatan, bermarhaban berzanji di majlis-majlis perkahwinan dan bersibuk membuat persiapan lawatan pemimpin atasan UMNO ke balai raya kampung.... hanya itulah ber-ria-an mereka !

Kesian melihat golongan wanita di kampung-kampung ini, nampak macam cerdik tetapi entah sedar entah tidak bahawa mereka sering diperbodohkan dan sering ditipu dan rela menjadi alat politik....nampaknya mereka tidak seperti orang-orang asli yang berdemo di Putrajaya itu - ada jati diri !



Tuesday, March 16, 2010

Kebakaran hutan di Pahang dan kemarau di Kelantan

Tidak sedikit hutan terbakar di Pahang. Asap memenuhi udara. Cuaca menjadi panas. Banyak kenderaan terpaksa meredah asap untuk sampai ke destinasi. Ada juga rumah yang diselubungi asap..

Menteri Besar Pahang mungkin agak lapang dada melihat pasukan Bomba dikerah untuk memadam api hinggakan salah seorang anggota bomba merungut, " dah tak ada air nak dipancut...!!". Api silih berganti tempat membakar bumi Pahang...

(Gambar di atas sekadar hiasan sahaja)

Manakala di Kelantan juga dilanda kemarau. Banyak kawasan kekeringan air. Di samping usaha ikhtiar manusia, Menteri Besar Kelantan juga mengajak rakyatnya membuat solat sunat istisqa.

Menteri Besar Pahang pula tidak berbunyi untuk mengajak rakyat memohon kepada Allah memadam api yang melata...cukuplah...bomba dah memadai !! Solat istisqa jauh sekali !!

Jauuuh beza.....nasiblah engkau orang Pahang !

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 15 Mac: Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Azhar Abdullah berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meneruskan amalan solat sunat yang diteruskan oleh para nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. sebelum ini.

“Andainya itu ajaran baginda Rasulullah, maka Tuan Guru telah mengikut amalan berkenaan yang telah diajarkan oleh baginda sewaktu musim kemarau berlaku di zamannya,” ujarnya lagi.

Katanya, memandangkan agama itu hidup di negeri Kelantan, menyebabkan pemimpinnya mengamalkan amalan sunnah tersebut termasuk dalam memohon hujan apabila negara ini dilanda panas dan kemarau baru-baru ini.

Tambahnya, setiap ujian yang melanda itu ada hikmahnya yang tersendiri, iaitu sebagai bala terhadap pendosa-pendosa yang dikenali sebagai kifarat Allah.

Sambungnya, selain itu juga ianya sebagai suatu peringatan kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, kerana bala Allah akan menimpa mereka walaupun bukan melakukan dosa.

Kejadian hujan lebat yang turun pada rakaat pertama pada program solat sunat istisqa Jumaat lalu disifatkan sebagai Allah telah memperkenankan doa-doa setiap hamba, khususnya mereka yang paling hampir denganNya.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohammad Fadzli Hassan, ketika diminta mengulas berhubung solat sunat tersebut memberitahu Allah ingin menunjukkan kebesaran-Nya, apabila hamba memohon, Allah terus memperkenankannya.

“Kita sepatutnya rasa bersyukur kerana mempunyai seorang Menteri Besar sepertinya yang begitu sukar dicari. Saya juga ingin peringatkan pada pihak tertentu yang sering memfitnah serta mengadu-domba Tuan Guru, takutlah dengan doa-doanya,” ujarnya lagi.

Katanya, sejak Tuan Guru dinobatkan sebagai seorang pemimpin Islam berpengaruh dunia, tekanan terhadapnya begitu hebat.

“Jadi saya ingin mengingatkan, berhati-hatilah dengan doa tok guru jangan sekali-kali diambil mudah,” ujarnya lagi.

Jumaat lalu, hujan tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat istisqa sewaktu Menteri Besar itu mengimamkan solat tersebut.

Akibatnya ribuan yang hadir untuk solat tersebut termasuk anggota-anggota Exco kerajaan negeri, dan lain-lain pimpinan basah kuyup terkena hujan.

sumber:
harakahdaily

Monday, March 15, 2010

Najib Lantik Perunding Yahudi Bantu Urus Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin Umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar.

"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.

"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che Yang Khor, Pangkalan Assam, di Kangar, Perlis.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

"Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel," jelas Anwar.

"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib.
Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.

"Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO sebagai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan," kata Anwar.

"Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita," katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu

"Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO," kata Anwar.

"Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah," tegas beliau.
TVS


Sumber dari blog:nikhassanazmi.