Followers

Friday, February 05, 2010

Bayangkan kalau itu yang Tok Guru Haji Hadi kata....

Saya tidak pernah sokong UG (kerja sama dengan UMNO) tapi saya faham UG yang Tok Guru maksudkan untuk dikaji kalau-kalau boleh dilaksanakan. Yang saya faham maknanya, kalau selepas dikaji, tak boleh dilaksanakan atau semua tidak bersetuju, tak apalah..Stop!!

Tapi tidak....banyak tuduhan dari cadangan yang terpacul dimulut dan penulisan!!

Dan saya faham dan terima penarikan balik cadangan UG oleh Tok Guru. Selesailah di situ sepatutnya tetapi masih ada orang 'memaki-hamun' Tok Guru walaupun segala alasan dan penerangan penarikan balik dijelaskan.

Bayangkanlah kalau kata-kata ini terkeluar dari mulut Tok Guru Haji Hadi :

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan PAS sudah lama. 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti PAS, apa hasilnya melainkan bertengkar."

Saya tak tahulah apakah nasib Tok Guru Haji Hadi keesokan hari dan seterusnya? Fuhh !!

Dunia hari ini sudah semakin ramai manusia kalut dan tidak tahu bersabar !

Wednesday, February 03, 2010

Kesan serangan ke atas gereja, rumah ibadat: Modal RM90 billion ditarik keluar


M
alaysia
dikhuatiri mengalami pengaliran keluar modal asing bernilai kira-kira RM90 bilion, susulan serangan ke atas gereja dan masjid yang dikaitkan dengan beberapa anasir dalam Umno.

Sumber-sumber perbankan mengesahkan, syarikat korporat antarabangsa mengeluarkan simpanan berjumlah USD5 bilion (RM17 bilion) dari dua bank antarabangsa di Kuala Lumpur sejak awal bulan lalu apabila bermula serangan ke atas gereja, sekolah mubaligh, masjid serta rumah ibadat Sikh.

Dua bank berkenaan adalah antara 13 bank asing yang beroperasi di Malaysia. Sekiranya purata USD2 bilion dibawa keluar dari setiap bank berkenaan, Malaysia mengalami ‘pendarahan’ lebih USD26 bilion atau RM89 bilion.

"Syarikat asing yang menyimpan modal dan keuntungan di bank asing di Malaysia, melihat kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mampu lagi mengurus ekonomi dengan baik,” kata sumber-sumber perbankan antarabangsa.

"Ini diburukkan dengan kegagalan kerajaan mengurus siri serangan ke atas gereja, masjid dan kuil sehingga pelabur asing menganggap Malaysia tidak lagi selamat untuk menyimpan modal mereka," kata sumber berkenaan.

Pengaliran modal dari bank-bank terbabit bertambah rancak apabila berita serangan ke atas gereja tersebar ke seluruh dunia dan mencetuskan keresahan dalam pasaran kewangan antarabangsa.

Keadaan bertambah buruk apabila beberapa pihak mula tampil dan mendedahkan pembabitan anasir-anasir Umno di sebalik serangan ke atas gereja.

Menurut sumber-sumber itu, kenyataan-kenyataan oleh Najib mengenai perpaduan kaum dan rekod beliau menguruskan skandal-skandal kewangan Malaysia, kini lebih dilihat sebagai retorik di persada antarabangsa.

Hakikatnya ialah, umum melihat Umno cuba menimbulkan ketegangan kaum dengan menggunakan isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh kaum Kristian untuk meraih sokongan orang Melayu.

Sumber-sumber berkenaan juga merujuk kepada rasa tidak puas hati Washington terhadap Najib bersabit kehilangan dua enjin jet F-5E serta skandal rasuah PKFZ 12 bilion ringgit.

“Umumnya, pelabur semakin tidak yakin kemampuan Umno-BN mempamerkan sistem urus tadbir negara yang adil, telus dan bersih,” kata sumber-sumber berkenaan.

Sejak 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle dan 10 lagi gereja, dua masjid dan sebuah kuil Sikh rosak akibat serangan bom api, dibaling batu atau disimbah cat.

Pada 27 Januari lalu, kepala babi dilontarkan ke dalam pekarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama. Ia didalangi pihak tertentu untuk menimbulkan pergaduhan kaum.

Fenomena membawa keluar modal oleh syarikat asing kerana tidak lagi yakin terhadap kerajaan Umno-BN dijangka menjejas unjuran Kementerian Kewangan bahawa ekonomi Malaysia akan tumbuh sebanyak 5 peratus tahun ini.

Ekonomi negara mencatat penguncupan tiga suku tahun berturut-turut pada 2009, iaitu 6.2 peratus pada suku tahun pertama, 3.9 peratus pada suku tahun kedua dan 1.2 peratus pada suku ketiga.

Kemasukan pelaburan terus asing (FDI) ke Malaysia juga mengalami kemerosotan teruk sejak 2008.

Menurut Laporan Pelaburan Dunia 2009, yang diterbitkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Malaysia ketinggalan di belakang Thailand, Indonesia dan Singapura daripada segi FDI.

Negara mencatat pengaliran keluar bersih sebanyak USD6 bilion (RM20.4 bilion) pada 2008 berbanding USD2.7 bilion (RM9.2 bilion) pada 2007.

Laporan UBS Investment Research mengkategorikan Malaysia sebagai negara paling teruk mengalami penurunan rizab antarabangsa di seluruh Asia pada tahun lalu, iaitu sebanyak 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM355 bilion. -SK

http://kedahlanie.blogspot.com/



Tuesday, February 02, 2010

Zambry Peghok buat lawak .....

Semalam dalam berita Astro ada seorang yang berkulit agak gelap bukan samo matang di Perak Darul Ridzuan buat lawa bodo. Ramai agaknya orang tergelak sambil terkentut-kentut mendengar lawak dia.

Dia cabar 28 orang ADUN Pakatan Rakyat di Perak letak jawatan sebagai ADUN.

Orang cabar dia suruh bubar DUN Perak, dia pulak cabar orang letak jawatan. Dia kata kalau buat pilihanraya semula belum tentu 28 orang ADUN Pakatan itu akan menang semula !

Malang bagi negeri Perak kerana dapat seorang Menteri Besar yang katanya haram, penakut pulak nak bubar DUN, biarlah haru-biru pentadbiran.

Tak payah cabar ADUN Pakatan, bubar sahaja DUN Perak, automatik ADUN Pakatan akan kena bertanding semula. Waktu tu boleh Zambry Kadiq tengok siapa yang akan dikekalkan oleh rakyat Peghok.

Kan Datuk Seri Nizar dah bagi tahu, sokongan orang Melayu kepada Pakatan merosot ! Bubar sajalah DUN...tak payah cabar-cabar !!

Cukuplah Zambry Peghok buat lawak macam tu....nanti orang kata tidak cerdik pulak !


RONNIE DITEGUR SELCAT PERBAIKI PENGURUSAN PERUNTUKAN

Isnin, 01 Februari 2010

Selcat hari ini membuktikan kritikan Umno-Barisan Nasional kononnya badan itu hanya mensasarkan wakil rakyat gabungan itu adalah meleset.

Badan itu meminta Adun Pandamaran yang juga ahli Exco kanan dari Pakatan Rakyat Ronnie Liu memberi penjelasan mengenai peruntukan lebih setengah juta ringgit yang diagihkan oleh pejabat beliau dalam tempoh enam bulan.

Ronnie sendiri berpendirian tindakan Selcat meminta penjelasan dari beliau mencerminkan kewibawaan badan itu dan beliau tidak bermasalah Selcat memerinchi peruntukan itu.

Ronnie adalah antara yang dipanggil oleh Selcat hari ini untuk menerangkan bagaimana dana awam berjumlah RM611,933 dibelanjakan dalam tempoh enam bulan lalu.

Adun Pandamaran itu menerima baik peluang berdepan dengan Selcat dan berkata semua pihak harus menerima hak Selcat untuk memerinchi perbelanjaan dana awam.

Meskipun disiasat dengan terperinci oleh anggota panel Selcat, Ronnie bersikap professional dan berharap jawapannya dapat membantu siasatan Selcat.

“Pada keseluruhannya saya berpuas hati dan Selcat merupakan satu-satunya jawatankuasa yang Exco kita sendiri yang memberi kelulusan dan mengharapkan Selcat menjalankan tugas untuk ketelusan, kebertanggungjawaban dan kecekapan jadi kita setujulah, saya harap Selcat berpuashati dengan jawapan yang saya bagi tadi”, jelas Ronnie kepada pemberita.

Ronnie memberitahu Selcat bahawa 40 daripada 168 permohonan untuk peruntukan itu dibuat oleh badan-badan keagaamaan dan persatuan.

“Hanya persatuan yang benar-benar memerlukan bantuan saya minta daripada saya kerana ini akan berulang dan tidak salah persatuan-persatuan ini pergi kepada Adun-Adun yang lain, kalau dia pergi kepada Adun yang lain, benda ini akan diseimbangkan, tapi ini tidak bermakna saya akan tolak mana-mana permohonan saya akan teruskan memberi sumbangan”, katanya lagi.

Pengagihan bantuan oleh pejabat ahli EXCO ini kepada pihak yang memerlukannya tidak menimbulkan sebarang bantahan.

Namun Ronnie akur dengan keperluan untuk menepati segala keperluan birokasi demi memastikan ketelusan dalam setiap urusan.

“Setiap ringgit setiap sen yang saya janji kepada persatuan ataupun perbadanan agama ataupun individu memang telah sampai, sampai hari ini tak terima apa-apa aduan katakan wang tak sampai, dan saya memang berhasrat untuk menambahbaikan cara pengagihan peruntukan tetapi saya kena memberitahu media bahawa tekanan kepada saya sebagai Exco di kawasan Klang ini memang agak luar biasa”, ujarnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Sumber:selangorkini

Monday, February 01, 2010

Biarkan mereka pergi: Pergilah cepat-cepat !

Nampaknya PKR sedang mengharungi gelora yang dicipta sendiri oleh segelintir YB-YBnya macam PAS jugak, di saat-saat Penasihat Partinya sedang berjuang menentang fitnah terhadap dirinya di mahkamah.

Kerana mengamalkan kebebasan bersuara kononnya maka ada YB Pakatan Rakyat berusaha bersuara walaupun suara-suara yang kedengaran itu ada yang kurang cerdik bunyinya. Ada yang berusaha tunjuk alim, lebih alim dari Yusof Al-Qardhawi dan ada yang lebih laser dari sepatutnya tanpa memikirkan apakah kesannya terhadap Pakatan Rakyat khususnya kepada partinya sendiri maka setiap jolok latah UMNO perlu dilatahkan secara beria-ia bagaikan orang tak sedar diri terhadap Pakatan Rakyat. Kerana latah maka tak mengapa jika londehkan semua seluar dan baju sampai berbogel. Tak apa, kerana hanya latah.

Tahukah YB-YB Pakatan yang suka melatah itu bahawa setiap latahan mereka akan memberi kesan yang negatif terhadap diri mereka sendiri sehingga kelihatan bagai tak sedar diri, menjadi terasuk, menjadi popular murahan, menjadi bahan ketawa orang dan macam-macam.

Lebih malang lagi Pakatan Rakyat khususnya PKR, kerana ada YB-nya yang bertanding dan menang dalam pilihanraya lepas menyertai PKR kerana katanya "Anwar Yang Jemput ". Perjuangannya kerana Anwar yang jemput ? Ertinya bukan dia hendak masuk sangat PKR tu . Dasar YB tidak ada pendirian.

YB-YB yang berlagak dan yang degil ini, kita mohon untuk mereka keluar dari Pakatan Rakyat! Biarlah kalau dia nak masuk parti lompat Ibrahim Ali atau parti 'kelabu tahi anjing". Biarkan...