Followers

Thursday, January 21, 2010

So, bolehlah bubar DUN Perak, Zambry !

Inilah masanya Zambry Perak perlu membuktikan sokongan rakyat Perak kepada UMNO/BN mantap dan kukuh. Zambry harus mengadap Paduka Sultan Perak untuk mohon pembubaran DUN Perak. Zambry dan UMNO wajar mengambil kesempatan dari keadaan 'sokongan kukuh' rakyat khususnya orang Melayu yang dipunyainya sekarang.

Hairan sungguh, apalah lagi yang dibimbangi oleh Zamby dan UMNO/BN Perak untuk membubarkan DUN Perak kerana Datuk Seri Nizar, MB Perak Pakatan Rakyat telah dengan terang-terang memberi tahu bahawa disesetengah tempat di Perak sokongan kepada Pakatan Rakyat merosot sedikit.

Beranikah Zambry terus menunggu hingga akhirnya orang-orang Melayu Perak betul-betul padu di belakang Nizar dan PAS di Perak ?

Oleh yang demikian, elok benar bagi mengatasi kemelut politik yang bagaikan tidak bertamadun di negeri yang bernaung di bawah raja yang arif Perlembagaan Negara diselesaikan melalau Pilihanraya DUN Perak.

Bubarkan DUN Perak !

Wednesday, January 20, 2010

Rakyat terus disuruh berjimat , Parti dan Kerajaan parti yang kononnya Juara Rakyat terus membazir...

Kerajaan 1Malaysia yang yang kononnya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan semakin mencipta kesusahan buat rakyat. Tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa rakyat semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan.

Sama ada kenaikan yang diumumkan mahupun kenaikan secara senyap-senyap dan juga sendiri-sendiri dinaikkan, semuanya memberi kesan kepada perbelanjaan keperluan harian rakyat. Rakyat Malaysia terutama yang bependapatan sederhana dan rendah serta mereka yang susah semakin menjadi miskin dan tertekan.

Baru-baru ini rakyat kecuh dan masih kecuh kerana peruntukan asrama para pelajar sekolah dipotong sebanyak 50 hari. Pemotongan ini telah mengakibatkan para pelajar yang tinggal di asrama terpaksa balik setiap minggu. Namun setelah bantahan dari masyarakat peruntukan telah kembalikan katanya sebanyak 40 hari.

Ramai tertanya-tanya kenapa pihak kerajaan 1Malaysia potong jugak peruntukan untuk para pelajar yang tidak berdosa ini ?

Tidak lain tidak bukan ialah kerana polisi rakyat didahulukan - didahulukan untuk menderita. Isteri-isteri menteri yang berselirat dengan peruntukan solek perlu mungkin ditambah lagi peruntukan itu untuk tambah seksi dan bergetah demi selera sang suami lagi pun para isteri VVIP 1 Malaysia bukan rakyat marhaen tetapi isteri VVIP kerajaan 1Malaysia tercinta.

Itulah kerajaan 1Malaysia yang diperintah oleh kononnya parti Juara Rakyat. Rakyat marhean yang berbelanja sepuluh, dua puluh ringgit sehari disuruh berjimat tetapi kerajaan 1Malaysia terus membazir tanpa sedikit pun rasa prihatin kepada kesusahan rakyat.

Rakyat diminta berjimat sedangkan kerajaan membazir

KUALA LUMPUR, 19 Jan: PAS kesal dengan dasar kerajaan menaikkan 20 sen harga gula untuk penjimatan RM1.3 bilion subsidi negara sedangkan pada masa sama membazirkan RM 1 bilion untuk sukan Formula 1 yang manfaatnya bukan langsung kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad memberitahu BN dilihat cuba melepaskan beban ekonomi kepada rakyat sekaligus membuktikan kerajaan sebenarnya sudah kehabisan wang kesan dari pelbagai pembaziran yang dilakukan.

"Walaupun kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam bajet tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi juga jelasnya memang tidak digemari rakyat, apatah lagi jika dalam keadaan sekarang kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain.

Beliau tidak menolak kemungkinan barangan keperluan lain seperti tepung, beras dan minyak masak juga akan berlaku kenaikan.

"PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan lebih berintegriti dalam mengurus bajet negara agar tidak membebankan rakyat.

"Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir," katanya.

Sunday, January 17, 2010

Antara 'kejayaan' Sistem Pendidikan 1Malaysia !

36 ghairah ‘pesta dadah’ ditahan. 36 oi...bukan 3 bukan 6 !

Para pemimpin UMNO/BN sibuk berpolitik, beriya-iya mencipta pelbagai isu untuk menarik sokongan rakyat, anak-anak muda terus-terusan bergelumang dengan dadah....mungkin juga seks !

Itulah agaknya antara 'kejayaan' Sistem Pendidikan 1Malaysia ?

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Keghairahan sekumpulan 36 belia termasuk enam pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengadakan ‘pesta dadah’ di sebuah pangsapuri di tingkat 18 bangunan PGRM, Cheras, di sini awal pagi ini, berakhir di dalam lokap, apabila semua mereka ditahan polis.

Pemeriksaan ujian air kencing ke atas semua mereka mendapati 31 daripada mereka positif dadah. Enam pelajar termasuk empat perempuan adalah antara yang disahkan positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Othman berkata, ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 4 pagi, kesemua mereka sedang menari dengan iringan muzik yang sangat kuat.

Menurutnya, malah akibat terlalu asyik menari dan khayal, ada di antara mereka yang tidak menyedari serbuan itu.

“Ketika serbuan, kesemua mereka dalam berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kumpulan itu melakukan aktiviti seks sebelum ditahan polis.

Abdul Rahim menambah, pemeriksaan awal di apartmen itu, polis menemui tiga paket ketamin seberat enam gram di bilik pertama, empat papan eramin 5 dan 21 biji pil ekstasi di bilik kedua.

Di ruang tamu pula kata beliau, polis menemui 30 gram ketamin, satu bungkusan ganja dan syabu seberat 7.5 gram.

“Kita turut menemui beberapa botol minuman keras di lokasi serbuan,” katanya.

Beliau berkata, kini pihaknya sedang menyiasat dalang utama penganjur pesta liar itu.

Katanya, kesemua mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun itu dan berasal dari Lembah Klang ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini mengikut Seksyen 39 (a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saya benar-benar sedih lebih-lebih lagi melibatkan pelajar. Perkara ini bukan saja menjahanamkan diri malah membantutkan pembangunan negara,” jelasnya.