Followers

Wednesday, January 06, 2010

Kalimah Allah oleh Katholik: UMNO mula menerima akibat kesilapan sendiri.

Pihak Khatolik yang berkenaan mahu menggunakan nama Allah dalam penerbitan akhbar mereka adalah kerana akibat dari kesilapan sikap gaya dan politik UMNO sendiri sebagai sebuah parti politik yang dikatakan menjadi tunjang Barisan Nasional. UMNO yang sebenar-benarnya adalah parti yang rohnya sekular, walaupun mulut mereka mendakwa mereka parti Islam, banyak berperangai tidak cakna kepada agama Islam dalam sistem permerintahan yang diterajuinya.

Aktiviti dakwah Islamiah yang dipelopori oleh kerajaan UMNO melalui agensi-agensi agamanya, tidak cekap, sangat tertakluk kukuh kepada sikap dan dasar UMNO yang tidak ikhlas kepada perjuangan agama yang suci. Dalam sistem pemerintahan UMNO, perjuangan dan dakwah Islam iah mestilah tidak bercanggah dengan dasar UMNO. Jika bercanggah kerana menyatakan yang haq maka itu adalah golongan yang selalu dicap sebagai pembangkang (PAS), maka akan adalah tindakan yang akan dikenakan.

Kegiatan dakwah di masjid-masjid menjadi kegiatan sambil lewa tetapi sangat dikawal oleh golongan balaci politik murahan yang bodoh sombong kefahaman Islamnya. Memperkatakan bab aqidah secara ikhlas dan benar, jauh sekali dari menjadi minat juak-juak parti sekular !

Kerajaan yang diterajui oleh UMNO itulah juga, begitu gagah membelasah dan menganiayai SAR yang sedia lemah pada satu masa dahulu. Tindakan terhadap SAR ini membuktikan bahawa pemerintahan UMNO tidak mahu memiliki rakyat yang teguh aqidahnya kerana rakyat yang teguh aqidahnya sudah pasti bijak dan mampu mengenali antara permata dengan kaca.

Pemerintahan UMNO tidak kisah anak-anak remaja longgar pegangan agama Islam kerana remaja Islam yang sedemikian akan mudah dimasukkan ke dalam kandang yang UMNO sediakan untuk apabila sampai masanya akan mudah 'disembelihkan'.

Kini setelah keadaan agak longgar pegangan agama di kalangan sebahagian remaja dan orang Islam sendiri serta dengan keadaan penyakit sosial yang bertimbun dalam masyarakat, UMNO mula bimbang dan kelam kabut apabila ada pihak agama lain mahu menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka. UMNO mula bimbang anak-anak remaja dengan kualiti yang mereka lahirkan tidak mampu untuk berfikir dan membezakan yang mana pernyataan agama Islam dan agama Kristian.

Sedarlah kita betapa besarnya kesalahan dan kesilapan yang UMNO telah lakukan terhadap Islam dan anak-anak bangsa mereka sendiri. Itulah UMNO.... kononnya, juara rakyat !