Followers

Thursday, December 16, 2010

Wikileaks: Rakyat jangan lupa harga barang naik !

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Walaupun isu Wikileaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun PAS mengingatkan rakyat jangan pula lupa bahawa ia juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember lalu.

“Isu harga barang telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang.

Malahan, ujarnya perkara ini telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno.

Ini, tambahnya apabila minyak naik, ia memang akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang dibawa menggunakan minyak.

“Isu Wikileaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelumnya, kata beliau banyak jawapan pak pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah, antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran.

Media pula, katanya diarahkan jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya guna istilah penyelarasan.

Justeru, tegasnya PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara.

“Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam PRU 13 akan datang,” ujarnya.


(Benar sekali. Rakyat marhaen di bawah sedang kepedihan menahan kesusahan. Susah mendapat wang. Banyak berhutang. Ayah berhutang, mak berhutang malah anak yang baru keluar U belum dapat kerja, bukan seorang pula tu juga berhutang. Ayah berhutang dengan Felda atau mungkin Bank Rakyat, Mak berhutang dengan amanah ikhtiar atau along. Anak berhutang dengan PTPTN atau Bank Rakyat juga. Makin Malaysia dikatakan makmur di bawah pemerintahan Ketuanan UMNO makin rakyat sarat dengan hutang. Belum lagi hutang makan di kedai runcit Ah Chong! Tak lama lagi nak bukan sekolah, anak bukan seorang yang perlu di tanggung, duit buku, duit alatan dan yuran asrama, keperluan kokurikulum, tambang bas dan berbagai-bagai. Siapa kisah hal ini. Pemimpin yang menerintah asyik berarak makan free di hotel-hotel, malis-majlis perasmian dan keraian. Rakyat di bawah terpaksa bergegas ke dapur sendiri melimbang itu ini mencari apa yang hendak di masak hari ini...harga barangan makan semakin mahal ! Orang kampung hanya mampu mengeluh namun bila pemimpin datang pemimpin yang kaya raya terus dijamu terutamapenyokong taik UMNO. Semakin kuat dan totok penduduk kampung sokong UMNO semakin lama kampung itu bergelap, balai raya penuh taik kambing, jalan kampung berlubang, penuh belukar...pemimin kampung berbut jadi JKKK atau Ketua Kampung, rakyat kampung terus menjadi pandir sambil melaung.."Hidup Najib...Hidup UMNO!!!" Ketuanan yang membodohkan orang Melayu.)

No comments: