Followers

Tuesday, December 28, 2010

Renungan buat chegu Bard dan Gobala dari aku di ceruk ini.

Chegu Bard dan Gobala. Dua orang pendekar Pakatan Rakyat yang sangat bernilai untuk perjuangan rakyat.

Betul mereka kata mereka menegakkan prinsip dan menuntut apa yang mereka panggil keadilan tetapi nampaknya dalam tuntutan mereka itu lebih banyak masalah berbangkit daripada menyelesaikan masalah. Mereka telah mendedah diri mereka untuk dijadikan 'tuba' oleh musuh bagi meracun Parti Keadilan Rakyat mereka sendiri, yang mana sedikit sebanyak akan mengganggu fokus yang lebih besar Pakatan Rakyat.

Jika mereka terlalu berprinsip dan menganggap PKR boleh menggoyah prinsip kudus mereka, apakah mereka akan keluar dari PKR jika desakan mereka itu jawapannya tidak memuaskan hati mereka nanti?

Jika mereka keluar PKR, ke manakah hala tuju mereka ? Masuk UMNO ? Heh!

Tubuh parti baru macam Zaid ? Lebih baik tak usah buat kerja mengarut begitu, buang masa! Di Malaysia tak ada orang pandang parti kecil begitu.

Masuk parti Zaid? Ini mungkin lebih munasabah. Sekurang-kurang boleh membantu Zaid. Tetapi seperti yang dikatakan tadi, setakat mana parti kecil begini boleh pergi untuk mereka yang berjiwa besar seperti chegu Bard dan Gobala? Parti kecil seperti parti Zaid jika tidak bersama dengan Barisan Nasional hanya akan mengulang sejarah PSRM atau PRM dulu sahaja. Jika pun bersama BN mungkin akan hanya menjadi setaraf PPP! Ada layanlah, tak ada lagi bagus!

Jadi lebih eloklah chegu Bard yang begitu dedikasi dan berbakat besar dan Gobala, berjiwa besar. Sama ada terus berjuang isu-isu besar untuk rakyat dan chegu Bard menerima perlantikan sebagai Penolong SUA PKR yang banyak boleh dilakukannya untuk PKR dalam pemilihan akan datang atau tanpa banyak celoteh dan senyap-senyap ambil keputusan keluar parti memohon masuk DAP atau PAS! Itu lebih baik kalau masih tidak puas hati dengan PKR. Lantaklah PKR itu ! Setiausaha Agung PKR sendiri pun senyap-senyap tinggalkan PAS untuk PKR!!

Chegu Bard adalah seorang pemimpin muda yang baik dan berguna untuk Pakatan Rakyat. Begitu juga Gobala. Rugi jika PR kehilangan tenaga dan semangat perjuangan mereka. Jika tidak berpuashati dengan PKR bersegeralah memohon untuk bersama DAP atau PAS. Rasanya tidak ada masalah.

Tapi chegu Bard dan Gobala perlu juga menerima hakikat bahawa DAP dan PAS malah mana-mana parti politikpun ada ragam dan kaedah penyelesaian masalahnya sendiri agar apabila menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Mungkin inilah agaknya yang cuba dilakukan oleh PKR, sebab itulah SUA PKR kata sabar jangan buat bukan-bukan!

Namun keputusan terakhir sama ada ke kiri atau ke kanan tetap pada chegu Bard dan Gobala. Tapi janganlah menjadi duri dalam daging walaupun apa alasan dan prinsip anda. Sesungguhnya Pakatan Rakyat yang anda berdua antara orang kuatnya mempunyai visi dan misi politik untuk membela generasi muda dan rakyat keseluruhannya dalam PRU ke 13 nanti.

No comments: