Followers

Monday, December 27, 2010

Peneroka wajib bertanya layahkah Tan Sri Isa menjadi Pengerusi FELDA ?

Tan Sri Isa Samad Adun Bagan Pinang yang juga bekas MB Negeri Sembilan telah dilantik menjadi Pengerusi FELDA mengganti Tan Sri Yusof Nor. Aku tertanya-tanya kenapa Isa Samad yang dilantik? Tidak ada orang lainkah yang lebih layak dari Isa Samad untuk menjadi Pengerusi FELDA?

Bagi aku Isa Samad lebih dari 100% tidak layak untuk menduduki kerusi Pengerusi FELDA. Beliau telah hilang integriti untuk memegang jawatan sepenting itu disaat-saat FELDA sedang menghadapi masalah dengan peneroka.

Seluruh peneroka FELDA yang ada maruah, harga diri dan nilai-nilai integriti yang tinggi harus bertanya selantangnya, apakah layak orang yang pernah dihukum bersalah walaupun hanya oleh partinya sendiri atas kes rasuah politik, boleh menjadi begitu amanah untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi FELDA?

Walaupun Isa Samad hanya dihukum partinya kerana rasuah politik wang , perkara yang dilakukan itu tetap rasuah. Rasuah tetap rasuah!

Dalam senario begini, apakah melampau jika seluruh rakyat dan peneroka bertanya, apakah kucing yang memang suka makan ikan boleh diharap untuk menjaga ikan-ikan dengan selamat. Tentu tidak salah dan tentu tidak melampau!

Oleh yang demikian, Tan Sri Isa Samad memang tidak layak dari segi akauntabiliti dan integriti untuk menjadi Pengerusi FELDA melainkan perlantikannya itu adalah untuk kepentingan kuasa UMNO/BN semata-mata. Sudah dapat dijangka perlantikan Isa Samad adalah lanjutan kepada program untuk mellebong terus-terusan para peneroka FELDA. Isa Samad seorang yang petah bercakap dan berpidato untuk masyarakat luar bandar, akan menggunakan segala kemahiran itu untuk mellebong peneroka hidup-hidup! Tak percaya, tengok !!

Dalam keadaan sekarang FELDA memerlukan seorang Pengerusi yang pandai mellebong tidak seperti Yusuf Nor yang hanya pandai bergaya namun kelu dan kaku !! Isunya layakkah Isa Samad ?

Ahh...UMNO bukan kira itu semua.....!!!

No comments: