Followers

Wednesday, December 15, 2010

Pembunuhan karektor Anwar Ibrahim keterlaluan

Pembunuhan karektor yang cuba dilakukan terhadap Anwar Ibrahim memang keterlaluan. Satu perbuatan yang terkeluar dari amalan Islam yang mulia. Tidak ada mana-mana ahli politik di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, yang diperlakukan seperti itu kecuali manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Kelihatannya beliau 'dihenyak' dari serata penjuru. Aku pelik apakah salah manusia ini, dihenyak sebegitu rupa ? Hanya sekadar Anwar DITUDUH meliwat maka Anwar Ibrahim diperlakukan begitu keterlaluan. Apakah perundangan dan perlembagaan di negara ini telah hilang kedaulatan dan keluhuran dan ahli-ahli politik yang memusuhi Anwar sudah hilang pegangan agama, nilai moral dan tamaddun ?

Ahli-ahli politik yang bermusuh dengan Anwar Ibrahim nampaknya semakin merosakkan reputasi masing-masing dan tidak layak untuk bercakap soal moral dan integriti selagi Anwar Ibrahim diperlakukan secara keterlaluan seperti itu. Gambaran ketakutan para pemimpin UMNO khususnya kepada Anwar Ibrahim begitu dahsyat sekali. Apakah sebagai Ketua Pembangkang menjadi kesalahan kepada Anwar Ibrahim membentang hujah-hujahnya kepada rakyat untuk menewaskan pemerintahanUMNO/BN? Memang kerjanya sebagai ketua pembangkang, maka membangkanglah dia dalam hal-hal yang dia rasakan merugikan rakyat. Agaknya hanya kerana itu maka Anwar Ibrahim perlu dihenyak dari serata penjuru untuk didapati bersalah ! Inilah rupa bentuk 1Malaysia.

Jika soal moral maka Anwar Ibrahim perlu dihenyak sebegitu rupa, sejak bilakah para pemimpin UMNO begitu prihatin dan cakna dalam persoalan moral dan akhlak ? Bagaimanakah dengan moral dan akhlak Najib dan Mahathir sebagai contoh ? Okay kah akhlak mereka itu?

Lagi pun bukankah Anwar Ibrahim telah didakwa di mahkamah. Sepatut proses mahkamah sudah cukup untuk meletakkan Anwar Ibrahim di mana. Tapi nampaknya para pemimpin UMNO dengan busuk hati merasakan tidak cukup Anwar Ibrahim 'dihapuskan' dengan proses mahkamah! Bagi para pemimpin UMNO ini, Anwar Ibrahim perlu 'dihapuskan' dengan APA CARA sekali pun. Masya Allah!

Soal Anwar membela dan mempertahankan dirinya di mahkamah dan di mana-mana sahaja itu telah menjadi haknya. Najib dan orang lainpun akan buat begitu jika dituduh! Salahkah juga Anwar Ibrahim jika pembelaan dirinya meyakinkan rakyat bahawa apa yang dituduh tidak dilakukan? Sepatutnya tidak salah, tapi bagi para pemimpin UMNO, rakyat yakin dengan Anwar Ibrahim adalah menjadi kesalahan kepada Anwar Ibrahim. Inilah yang peliknya dengan pemikiran para pemimpin UMNO ini. Macam berfikiran songsang atau sewel?

Contoh betapa 'sewelnya' pemikiran para pemimpin UMNO ialah apabila Anwar Ibrahim membawa kes kazaf terhadap sailful, Jamil Khir pula yang menghalang kes kazaf daripada di bawa ke Mahkamah Syariah. Adalah logik jika sailful yang menghalang tetapi apa kena mengena dengan Jamil Khir kalau tidak hanya sebagai barua politik!

Aku bukan sokong Anwar Ibrahim membabi buta kerana aku ada akal dan fikiran yang waras. Soalnya jika sesiapapun yang diperlakukan seperti Anwar Ibrahim sebagai orang Islam aku berpendapat apa yang dilakukan itu tidak Islamik dan tidak kena sama sekali. Keterlaluan !

Sepatutnya biarkan mahkamah yang adil (bukan yang dilihat tidak adil , kianat dan jahat ) menentukan nasib Anwar Ibrahim dan biarkan Anwar menggunakan segala upayanya untuk mempertahankan maruah dirinya. Tetapi itu semua nampaknya tidak berlaku. Para pemimpin UMNO terus berusaha kotor membunuh karektor Anwar Ibrahim secara tidak bermoral. Akibatnya pembicaraan di mahkamah penuh ketidakadilan, media massa tali barut musuh politik Anwar Ibrahim menjadi begitu jahat, para pemimpin utama UMNO terus menjadi kering hati dan tidak takut berdosa, Dr Mahathir dalam usia terlalu tua terus membuat fitnah, APCO terus merancang untuk menjahanamkan Anwar Ibrahim demi Najib dan Rosmah, Lee Kuan Yew yang suka Malaysia diperintah oleh pemimpin yang boleh dicucuk hidung turut masuk campur.

Dengan spa cara Anwar Ibrahim terus menjadi sasaran oleh mereka yang 'menghuni' lubuk busuk UMNO! Agaknya mereka ini tidak bertemu dengan mahkamah Allah nantinya? Masya Allah !


1 comment:

Anonymous said...

“Perjuangan Belum Selesai”


Sesungguhnya
tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa

Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,

Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang

Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini,

jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.


/-- 4 Mei 1996.