Followers

Friday, December 24, 2010

Nazri Aziz 'meyakinkan' rakyat tuduhan Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah betul !

Apabila Nazri Aziz berkata, surat APCO menafikan keterlibatannya dengan 1 Israel sudah cukup membuktikan Anwar penipu, maka itulah antara perkara yang paling malang mengenai sikap para pemimpin Malaysia terutama dari puak-puak yang konon menjaga 'Ketuanan Melayu" ini. Saksi dari kuncu regim haram Zionis Israel lebih SAH dari saksi dalam kalangan rakyat sendiri yang berada di bawah apa yang didakwa kerajaan 'Ketuanan Melayu' .

Nazri Aziz terus merosakkan reputasi kerajaan pimpinan UMNO/BN dan merosakkan reputasi dirinya sendiri sebagai seorang Menteri yang menjaga undang-undang dan parlimen yang beragama Islam. Baru-baru ini dengan celuparnya, mulut busuk beliau 'memaki' ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat bodoh dan gila apabila berhasrat membawa Speaker pendek ke mahkamah. Kini demi menyelamatkan 'nyawa politik' bos maka tidak menjadi masalah bagi beliau menerima saksi sebagai sah dari musuh Islam dengan hanya sekeping surat dari APCO yahudi itu.

Itulah gambaran sebenar wajah UMNO dan kepimpinannya. UMNO akan melakukan apa sahaja dan menerima siapa sahaja yang boleh membantunya menyelamatkan sisa 'nyawanya' di arena politik tanah air. Betullah kalau UMNO dikatakan semakin nazak!

Begitu mudah bagi pemimpin UMNO/BN dalam kes APCO berbanding dalam kes liwat Anwar Ibrahim. Dengan sekeping surat penafian orang yang dituduh (APCO), maka UMNO tanpa membuang masa menghukum orang yang mendakwa (Anwar) APCO itu agen 1 Israel sebagai penipu maka justru itu orang yang mendakwa itu BERSALAH! Begitu mudah keputusan penghakiman bagi para VVIP UMNO/BN, semudah mereka serahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar kepada Singapura dan dua Pelantar minyak kepada negara lain!!

Betullah kalau dikatakan Malaysia di bawah kepimpinan UMNO/BN bermula dari zaman Mahathir lagi mempunyai dua tafsiran undang-undang yang berbeza. Satu tafsiran untuk apa yang UMNO/BN suka, dan satu lagi tafsiran ialah untuk apa yang UMNO/BN tak suka !!

Isunya benarkah prinsip Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan membolehkan perlembagaan Malaysia ditafsirkan mengikut selera dan nafsu serakah UMNO/BN begitu ?

Apakah UMNO/BN sedar atau masih lagi bermimpi di siang hari bahawa program memandirkan rakyat tidak lagi bekesan untuk kesemua rakyat kecuali kepada segelintir golongan rakyat 'katak di bawah tempurung' dan 'pemuja' yang bertaraf 'ayam daging'!

Jelas di kalangan rakyat yang suka berfikir, Nazri Aziz tidak menyelesaikan masalah APCO perancang 1Malaysia adalah juga perancang 1Israel, sebaliknya menyemarakkan lagi untuk mengesahkan tuduhan Anwar Ibrahim itu sebagai benar.

No comments: