Followers

Thursday, December 30, 2010

Najib campak 'ular raksaksa'di Selangor.

Perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor semakin menjadi isu hangat di Selangor. Khusrin seorang yang berperangai khaddam kepada parti pemerintah pusat di Putrajaya iaitu UMNO telah dilantik dalam keadaan Menteri Besar dari Pakatan Rakyat tidak diberitahu langsung akan perlantikan itu.

Walaupun MB Selangor pilihan rakyat, yang menang dalam pilihanraya umum yang lalu yang dikendalikan oleh SPR, mempunyai pilihan lain, tetapi siapa pedulikan MB pilihan rakyat Selangor itu. MB Selangor itu 'berkelana' sekarang dalam usaha menyelesaikan konflik perlantikan Kushrin yang tidak layak itu.

Mahu mengadu kepada Kerajaan Persekutuan yang dinasihat PMnya oleh APCO, kalau itulah Kerajaan Persekutuan rasanya menangis airmata darah sekalipun MB Selangor tidak akan dilayan.

Mahu mengadu kepada KSN, nampaknya KSN juga telah menjadi balaci yang berkelapa dua. KSN sering menyeru kakitangan awam agar berintegriti dan beramanah tapi kali ini KSN itu tiba-tiba menjadi KSN taik kucing! Nampaknya KSN perkhidmatan awam Malaysia telah dijangkiti pennyakit yang dihidapi oleh Speaker pandir Dewan Rakyat.

Menteri Besar Selangor mahu mengadu kepada siapa lagi? Siapa yang pedulikan MB pilihan rakyat yang menang dalam pilihanyara demokrasi yang UMNO sendiri akui yang terbaik dikendalikan oleh SPR. Rakyat Selangor dihina macam paria. Pilihan majoriti rakyat Selangor hanya layak menjadi alas punggung mereka yang berkuasa di Putrajaya dan dikayangan, agaknya?

Dengan terjongolnya Kusrin di pejabat SUK Selangor nanti jelas menunjukkan, Najib Rosmah kian 'mengganas' di Selangor. Najib telah mencampakkan 'ular raksasa' untuk membelit dan seterusnya menjatuhkan dan 'membunuh' kerajaan pilihan rakyat Selangor.

Mahu mengadu kepada siapa lagi MB dan rakyat Selangor ? Nampaknya semakin hampir 1 Januari, tiada siapa lagi yang boleh diharap untuk membatalkan perlantikan Khusrin. Sedih...kini bukan pilihan rakyat yang dibela tetapi pilihan pengkhianat rakyat!

Ya...mengadulah kepada Allah SWT, serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi Pertolongan. Marilah kita bersolat hajat di seluruh Selangor, sambil terus memberi sokongan padu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor yang dikasihi.

1 comment:

Anonymous said...

Kita akan dalam kemiskinan selagi Rosmah yang tidak dipilih rakyat lebih daripada YB,YB yang dipilih rakyat sedang dana serta peruntukan YB,semua diguna oleh Rosmah mcm mana YB lain nak jalankan tugas.percayalah wlaupun saya bekerja dibawah YB BN.Undilah pakatan untuk selamat wang dan ekonomi negara kita.