Followers

Thursday, December 02, 2010

Kalau Ketuanan Melayu seperti apa yang UMNO laungkan itu, tak payah lah..PENIPUU!!!

Sebagai orang Melayu, berbangsa Melayu, aku amat gembira jika bangsa aku benar-benar menjadi tuan di negara ini. Inilah tanah tumpah darah aku. Di sinilah aku boleh mengaku akan asal usul aku, negara Melayu! Mana lagi negara dalam dunia ini yang boleh aku katakan negara Melayu? Inilah dia, di sini !

Namun demikian jika bangsa Melayu menjadi tuan di negara ini, jiwa aku lebih kepada Bangsa Melayu yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Bangsa Melayu yang tidak bodoh dan sering diperbodohkan.

Tuan yang mampu memberi keadilan kehidupan, kebebasan budaya, kemantapan ilmu, adat dan agama kepada semua kaum. Tuan yang memberi kesejahteraan kepada semua lapisan sosio-ekonomi rakyat pelbagai kaum tanpa mengira mereka itu miskin hina di bandar mahupun di luar bandar. Bukan tuan yang suka memanipulasi dan menipu! Itulah yang aku mahu realitinya dalam sebuah kerajaan yang bertunjangkan Ketuananan Melayu. Jika begitu, syukur dan bangga aku!

Masalahnya, aku penat memikirkan di mananya kemantapan, kemuliaan Ketuanan Melayu itu ? Pada keris telanjang itu? Piiraah!! Tidak ada orang takut pun pada keris itu apatah lagi bertelanjangan begitu kerana hari ini semua senjata telah begitu moden, hanya petik dari jauh! Pada bahasa Melayu? Terbukti kempimpian UMNO Mahathir telah membakul sampahkan kemuliaan bahasa Melayu dan kini di sambung oleh Najib-Rosmah! Kekekabalan raja-raja Melayu pun telah dirampas. Siapakah yang merampas dan menghina raja-raja Melayu dulu!

Isu ketuanan Melayu ini telah digembar-gemburkan begitu lama semenjak mula merdeka. Sudah 53 tahun merdeka di bawah pemerintahan UMNO/BN nasional, namun yang menjadi sedihnya ramai lagi bangsa Melayu sendiri yang menjadi hamba kepada tuan Melayu mereka. Diperbodoh saban ketika. Ditipu pada setiap detik 12 malam! (Harga minyak selalu dinaikkan di tengah malam dan tidak dihebuh pun agar rakyat yang bodoh dari jenis ayam daging tidak tahu!)

Dalam masa 53 tahun pemerintahan UMNO/BN yang kunun menjaga dan memperjuangkan Ketuanan Melayu:

1. Ramai orang-orang berbangsa Melayu yang syok dengan senandung Ketuanan Melayu, tidak bertanah.

2. Rasanya jutaan orang Melayu yang miskin, yang mungkin tidak ada pun simpanan wang yang mencecah RM 10,000.

3. Saban ketika orang-orang Melayu masih menjual tanah-tanah mereka di kampung-kampung untuk memiliki sekelumit wang bagi menampung kehidupan, perniagaan kecil-kecilan dan perbelanjaan pembelajaran anak-anak.

4. Dalam masa 53 tahun itulah juga, orang-orang Melayu di Pulau Pinang khususnya merempat hina di tanah tumpah darah mereka sendiri akibat dari barua dari kalangan elitis bangsa sendiri yang konon memperjuangkan Ketuanan Melayu!

5. Kekebalan raja-raja Melayu sendiri telah diragut oleh sebuah parti yang kununnya parti orang-orang Melayu yang diharap menjaga ketuanan Melayu namun 'taik kucing' belaka.

6. Bukan orang dan para pemimpin PKR, DAP dan PAS yang mengurangkan simpanan tanah rezab bangsa Melayu tetapi parti yang memerintah Malaysia hari ini . Siapakah parti yang memerintah itu? Tidak lain tidak bukan parti yang pada hari ini sibuk mengutuk orang lain yang tidak ada kena mengena kununnya mahu meruntuhkan ketuanan Melayu !

7. Dalam sibuk mengutuk orang kununnya perosak ketuanan Melayu dan penderhaka kepada bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu dan gesa orang agar pulangkan pelbagai pingat anugerah, Kampung bangsa Melayu Kg Baru, satu-satunya penempatan tradisi bangsa Melayu di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur tidak akan selamat bagaikan telor dihujung tanduk. Percayalah, lepa sedikit sahaja Kampung bangsa Melayu Kg Baru akan ditelan! Siapa yang membuka mulut penelan-penelan itu ? Kerajaan UMNO/BN!

8. Dalam sibuk menjaga Ketuanan Malayu, tak pasal-pasal Pulau Batu Putih terlepas kepada Singapura! Ketuanan Melayu hanya dapat batu..... itu pun sedikit lagi mungkin akan diramas orang!

9. Kalau aku nak tulis banyak lagi kunun perjuangan ketuananan Melayu ala kepala taik busuk UMNO/BN yang semua orang dah tahu. Ada yang tahu dan hari ini memang berusaha UMNO/BN di kalahkan dalam PRU13 nanti. Masalahnya ada yang tahu taik busuk kepimpinan dan parti UMNO tapi masih sayang mahu menghumban taik busuk itu ke laut. Mungkin disangka taik busuk UMNO itu taik minyak yang sedap dimakan !

53 tahun UMNO menjaga Ketuanan Melayu kunun... piiiiraah!!!! Orang Melayu semakin sesat barat dalam banyak hal kini kerana UMNO !!! Ekonomi bangsa Melayu semakin lemah. Penguasaan Ilmu bangsa Melayu ke belakang. Akhlaq anak-anak bangsa Melayu merudum. Penguasaan agama Islam bangsa Melayu semakin hanyut dan lagha. Pemikiran kebanyakan bangsa Melayu semakin lemah kerana diserang sindrom taik hiburan. Penguasaan ekonomi bangsa Melayu di bandar-bandar seperti gigi yang rongak. Bahasa bangsa Melayu yang bertaraf bahasa kebangsaan tidak siapapun peduli....banyaknya hak orang Melayu menjadi lemah....kaji dan fikirkan secara ikhlas!

Sudah-sudahlah kita ditipu oleh golongan kepimpinan UMNO itu. Aku bersetuju dengan kenyataan Dr Wan Azizah, Anwar Ibrahim, dan dua orang Tok Guru itu !

Kalau Ketuanan Melayu seperti apa yang UMNO laungkan, itu sebenarnya PENIPUU....

3 comments:

otaklunyai said...

ketuanan melayu kepala b*t*h apa yang umgok cakap ni. Tu, siapa yang gadai singapura, siapa yang bodoh2kan institusi raja, siapa yang juah tanah rezab melayu, siapa yang roboh surau, siapa yang halang peruntukan biasiswa kepada anak melayu. geng2 songkok tinggi boleh lah umgok boddoh2kan sebab itu semua memang melayu yang boddoh setia tak tentu pasal macam situah boddoh.

Pergi mampos lah kau dengan ketuanan melayu kau tu boddohhhhhhh......

Nabilah said...

patutla blog ko tak byk komen..ko control rupanya..

accudo said...

Nabilah, ko ni blog aku tak ramai orang komen pun ko susah hati. Blog aku hanya taraf taman perumahan tak bertaraf nasional pun...dan tak adanya, aku tak control-controlnya. Ko panggillah geng-geng ko komen kat blog aku ni dan aku juga lantik ko jadi pengomen tetap blog ni ok!