Followers

Tuesday, December 14, 2010

Isu pendedahan Wikileaks

Nampaknya Wikileaks menjadi medan baru pendedahan pelbagai isu sama ada isu berfakta mahupun isu yang hanya dari 'hearsay' yang tidak mempunyai sumber yang berintegriti dan juga dari sumber yang mencurigakan. Banyak negara akan semakin berkecamuk dengan timbulnya pelbagai dakwaan dari Wikileaks. Sedikit lagi apa sahaja perbuatan dalam bilik mandi sesesorang akan menjadi bahan untuk di buat pendedahan.

Pendedahan yang katanya didapati dari sumber perisikan Singapura bahawa PM Najib seorang yang lemah dan pemerintahannya terancam dengan satu kes pembunuhan disepikan oleh media tali barut UMNO/BN. Dan PM Najib sendiri tidak mengulas apa-apa. Dr Mahathir sendiri sebagai seorang pakar dalam bidang memberi ulasan tentang orang lain juga menjadi benak untuk mengulas dakwaan yang dikatakan berpunca dari perisikan Singapura itu. Begitu juga dengan kepimpinan UMNO yang lain.

Namun sebaliknya berlaku kepada Anwar Ibrahim, pendedahan perisikan Singapura yang mengatakan Lee Kuan Yew mengatakan Anwar melakukan perbuatan yang dia didakwa menjadi riuh rendah. Lee Kuan Ye naik taraf menjadi seorang yang' maksum'.

Akhbar dari media perdana melaporkan bersungguh-sungguh pendedahan Wikileaks berkaitan Anwar Ibrahim. Dr Mahathir yang 'pakar' dalam memberi ulasan dan mengata orang tidak mengambil masa yang lama untuk terus 'menindih' Anwar bertalu-talu. Nasihat Dr Mohd Nor Manuty agar Dr Mahathir taubat nasuha hanya diletak di bawah 'punggung' oleh Mahathir. Dalam keadaan rumah kata pergi kubur kata mari, Dr Mahathir tidak pernah gentar untuk membuat tuduhan 'hearsay' terhadap Anwar Ibrahim. Orang panggil ke mahkamah untuk membawa bukti dan saksi, Mahathir takut dan kecut. Itulah sang Mahathir.

Anwar Ibrahim pula berhempas pulas menepis serangan dari pelbagai sudut. Sambil meminta bukti dan fakta dikemukakan ke atas pendedahan Wikileaks itu, Anwar Ibrahim terus menafikan pendedahan dari cakap 'heaysay' Lee Kuan Yew 'Mahathir' Singapura itu. Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara untuk membela diri di hadapan rakyat dalam keadaan dia diserang tanpa senjata (dokumen kesihatan Syafool) di mahkamah.

Itulah Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/BN yang lemah. Begitu mudah Singapura menggegarkan Malaysia. Dan Lee Kuan Yew mana yang mahu orang cerdik memerintah Malaysia kerana hanya orang bodoh yang mudah diugut boleh menjadi perkakas kepada Singapura. Nampaknya kisah politik di Malaysia bagaikan cerita binatang dalam buku berjodol "Animal Farm" karya George Orwel pada tahun 1945.


No comments: