Followers

Wednesday, December 08, 2010

Harga petrol naik, rakyat gelisah: Pemimpin UMNO/BN peduli apa !

Hah...minggu lepas harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90 sen, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen dan gula pasir juga dinaikkan 20 sen....20 sen menjadi RM2.20 sen.

Orang-orang Melayu yang masih menyokong 'Ketuanan UMNO' tidak perlu terus menjadi tidak cerdik untuk mengatakan bahawa barangan keperluan lain tidak akan naik harga. Apabila harga petrol naik jangan harap harga ikan, sardin, gandum, ayam basah, ikan kering, telur ayam, biskut, roti, susu dan sebagainya tidak akan naik. Semua barang keperluan makanan dan barangan dapur datang ke sesuatu kawasan dengan di bawa oleh lori-lori dan van-van pengedar. Kos pengangkutan akan menjadi alasan yang kukuh harga barangan akan melambung naik setiap kali dinaikkan harga minyak.

Soal ada agensi yang akan mengawal dan memantau harga barangan dan peniaga yang menaikkan harga barangan akan didenda hanyalah cerita basi yang menyampah aku mendengarnya. Ya kah? Nak tanya berapa keratlah petugas-petugas yang mampu mengawal kenaikkan harga barangan khususnya di kedai-kedai runcit di luar bandar?

Pergilah perhati-perhatikan harganya dalam seminggu dua ini. Senyap-senyap harga barangan tersebut pastikan akan dinaikkan atau akan TERNAIK!

Sepatutnya orang-orang Melayu sudah mampu berfikir cerdik untuk menilai keikhlasan pemerintahan UMNO/BN ini. Mana ada sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita mendengar harga barangan yang rendah dan menyenangkan rakyat.

Pagi tadi aku baru diadu oleh seorang ahli pergerakan wanita UMNO cawangan yang mengeluh kerana kenaikan harga barang dan petrol sejak akhir-akhir ini. Mana aku tidak kata wanita UMNO ini bodoh kerana apabila aku meminta dia menilai kembali undinya kepada UMNO, dia yang hidup dalam serba kepayahan itu terus berkata", Eh...tak boleh, kita kena tolong pemimpin UMNO yang bertungkus lumus memajukan negara kita. Orang lain apa tahu, mengacau saja!".

Tidak bodohkah itu? Dia yang hidup serba tak cukup dan payah, mengeluh saban hari untuk membela dan mendidik anak-anak, masih sayang kepada para pemimpin UMNO yang kaya-raya dan isteri yang belanja mewah di luar negara. Bodoh !!

Sikap tidak cerdik wanita-wanita UMNO di cawangan-cawangan ini membongkakkan Ketuanan UMNO dan sebaliknya melemahkan Ketuanan Melayu setiap hari! Inilah realiti sebenarnya. Mereka hanya berpuas hati dengan ke hulu kehilir bermarhaban yang tidak pernah difahami maknanya dan ber-yasin dengan sekali sekala dapat mengumpul dan memakain baju dari kain pasang yang bernilai RM10 sepasang. Isteri para pemimpin UMNO yang hanya menayang badan, pakai kain pasang yang seperti itu jugak ?

Sepatutnya sekali sekala apabila sudah terfikir bahawa sejak UMNO memerintah harga barangan sering melambung menyebakan kehidupan anak muda dan orang dewasa serta orang tua semakin susah, tukarlah pula pemerintahan kepada Pakatan Rakyat.

Apa perlu dibimbanginya tukar kerajaan melalui pilihanraya? UMNO kata dia berpegang teguh kepada keluhuran perlembagaan, Pakatan Rakyat pun begitu dan semua rakyat Malaysia pun begitu. Walau parti mana yang memerintah, tetap raja-raja Melayu itu juga yang menduduki tahta dan Perlembagaan Malaysia yang itu juga yang dipakai. Jadi agama Islam tetap agama rasmi negara dan hak orang-orang Melayu dan bumiputra tetap dijamin oleh Perlembagaan itu. Yang disebut "Kontrak Sosial' yang itu juga yang dipatuhi.

Tetapi apabila kita membenarkan pemikiran kita begitu mudah diracuni oleh propaganda UMNO/BN yang tidak bertanggung-jawab maka menjadi beku, jumud dan lemahlah otak kita berfikir ertinya menjadi bodohlah kita.

Sudah-sudahlah kita menjadi bodoh dengan dodoian lagu lama yang membosankan dari pemerintahan UMNO, konon kenaikan harga adalah untuk penyelarasan dan subsidi dikurangkan. Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia!.

Alahai... bodoh sangatkah kita untuk setiap kali naik harga petrol dan barangan dipaksa terima alasan itu?

Harga petrol naik, rakyat gelisah, para pemimpin UMNO apa peduli!

1 comment:

SeJaDah EmaS said...

rakyat diutamakan....??? NAJIB2..HANYA KATA2