Followers

Saturday, December 11, 2010

Benteras rasuah pemerintahan UMNO/BN: Gimik atau bukan gimik ?

Laporan akhbar Utusan menyiarkan berita bahawa seramai 719 orang awam telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan jenayah rasuah sejak Januari sehingga Oktober ini yang menunjukkan peningkatan secara mendadak hampir sekali ganda sejak 2006.

Ini baru penangkapan yang diusahakan dalam kalangan orang awam. Aku tidak dapat gambarkan bagaimana kalau benar-benar dibuat penyiasatan dan tangkapan berkaitan rasuah dalam kalangan para pemimpin dan ikan-ikan jerung.

Katanya laporan yang dikeluarkan oleh Barometer Rasuah Global (GCB) 2010 oleh Transparency International Malaysia (TI-M) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan menentang rasuah meningkat dengan mendadak tahun ini berbanding 2009.

Presiden TI-M, Paul Low berkata, hasil tinjauan pendapat orang ramai antara Jun dan Julai lalu menunjukkan 48 peratus responden merasakan tindakan yang diambil kerajaan kini berkesan dalam menentang rasuah berbanding hanya 28 peratus berfikir sedemikian pada 2009.

Aku tidak pasti orang yang macam mana yang ditinjau oleh laporan ini sehingga mendapati orang ramai katanya begitu yakin dengan usaha kerajaan di bawah pemerintahan UMNO/BN membenteras rasuah.

Bagi aku, sehingga ke tahap sekarang, aku tidak yakin langsung usaha kerajaan UMNO/BN dalam membenteras rasuah sebagai usaha yang ikhlas dan berintegriti selagi aku tidak melihat bagaimana kes Ling Liong Sek dan kes Khir Toyo diadili di mahkamah. Apakah benar-benar tindakan-tindakan tersebut gimik atau bukan gimik akan menentukan keihklasan dan integriti usaha membenteras rasuah kerajaan UMNO/BN.

Piawai keyakinan terhadap usaha kerajaan UMNO/BN ini akan lebih meyakinkan jika penyiasatan terhadap kes Scopian, pembelian kapal selam TLDM, kes 2 enjin kapal terbang yang hilang dilakukan secara terbuka dan telus.

Begitu juga kita mahu melihat usaha pemberian tender projek secara runding terus dihapuskan diganti dengan tawaran tender terbuka benar-benar dilaksanakan secara telus dan berintegriti bukan hanya cakap kosong yang penuh retorik. Syak rakyat ramai bahawa setiap projek besar dan kecil ada komesyen untuk UMNO perlu dihentikan secara meyakinkan.

Keyakinan akan lebih mantap jika sekiranya dalam setiap kempen pilihanraya UMNO/BN tidak menggunakan peruntukan-peruntukan kerajaan sebagai umpan menarik undi rakyat kepadanya kerana aktiviti itu adalah rasuah politik. Projek pembangunan segera perlu dihentikan sewaktu kempen pilhanraya. Sumbangan wang kilat kepada rakyat atas nama prorgam apa sekalipun perlu juga ditamatkan sewaktu kempen pilihanraya. Jika tidak, usah cakap bahawa usaha memebenteras rasuah pemerintahan UMNO /BN semakin meyakinkan.

Sebenarnya, sukar bagi rakyat yang bermaklumat untuk meyakini bahawa usaha kerajaan UMNO/BN dalam membenteras rasuah sebagai usaha yang ikhlas dan bukan gimik politik menjelang PRU ke 13. Rakyat terbanyak tidak bodoh untuk diperbodohkan.

Pokoknya, perlakuan rasuah di bawah pemerintahan UMNO/BN semakin meningkat setiap tahun.

No comments: