Followers

Tuesday, December 21, 2010

Alahai....ada orang PAS yang syok sendiri mengatakan Karpal Singh terima konsep Negara Islam !!

Matlamat utama Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) ialah mengalahkan UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti dan seterusnya mengambil alih pusat pentadbiran negara, Putrajaya untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Oleh yang demikian Pakatan Rakyat harus fokus kepada matlamat tersebut. Justru itu sebelum menghadapi PRU 13, Pakatan Rakyat wajar sekali mengurangkan atau menghapuskan sama sekali isu-isu yang mengakibatkan mereka terpaksa berbalah sesama sendiri.

Sehubungan dengan itu aku yang berada di ceruk ini dan dicelah-celah kehidupan yang hingar-bingar ini berharap para pemimpin Pakatan Rakyat, ahli-ahli parti Pakatan Rakyat dan media-media utama parti-parti Pakatan Rakyat berhati-hati dan cermat dalam mengulas pandangan dan komen-komen para pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat.

Dalam isu negara Islam. Aku ada terbaca tulisan-tulisan yang melaporkan pendapat-pendapat bahawa Karpal Singh telah menerima konsep negara Islam. Aku tidak mendengar ucapan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat hari itu, cuma aku ada terbaca apa yang dilaporkan dikatakan oleh Karpal Singh. Dari apa yang aku baca, rasanya cukup mudah untuk memahami apa yang dikatakan oleh Karpal.

Soalnya ada ulasan mengatakan Karpal telah menerima konsep negara Islam. Betulkah begitu ? Dan betulkan apa yang Karpal kata maksudnya begitu ?

Aku bimbang jika ada para pemimpin pusat PAS (setakat ini belum ada rasanya) yang membuat andaian konon Karpal telah menerima konsep negara Islam maka andaian seumpama itu pasti akan menimbul perbalahan yang cukup tegar di saat-saat PRU semakin hampir.

Mengapa aku kata begitu ? Dari apa yang dilaporkan, cukup mudah untuk memahami apa yang Karpal kata. Kalau tak silap pemahaman aku Karpal kata, dia "terima Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain bebas dengan agama masing-masing" dan Karpal juga ada berkata "isu negara Islam perlu diselesaikan segera dan dia mahu berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi untuk berbincang agar pihak UMNO/BN tidak menimbulkan salah faham yang mengelirukan lagi" dan dia berkata lagi " PAS juga perlu jaga muka kami (mungkin maksudnya air muka)". Dari apa yang Karpal kata, kalau betul itu yang dilaporkan, rasanya tidak sukar untuk difahami.

Pada pandangan aku, Karpal tidak kata dia telah terima konsep negara Islam, dia cuma kata dia terima Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Janganlah ada orang-orang PAS membuat andaian yang berlebihan jika tidak mahu berbalah sesama sendiri disaat-saat PRU ke 13 semakin hampir ini. Sikap mengundang perbalahan ini adalah sikap tidak bijak.

Jangan anggap Karpal Singh orang yang tidak membaca media baru dan media PAS. Nanti Karpal Singh mungkin akan berkata dalam hatinya " tak reti bahasa sungguh puak-puak ni, aku cakap lain, dia kata aku kata lain - basa bingung sungguhlah...ni yang aku geramm nni !".

Kita bukan takut Karpal Singh, tapi apa yang akan berlaku kepada visi dan misi PAS menyertai Pakatan Rakyat, jika Karpal Singh menjawab balik ? Tidakkah itu namanya mencari 'bala' ? Siapa yang akan bertepuk kaki dan tangan nanti ?

Tapi kalau ada orang-orang PAS kata, tak apa kalau Karpal jawab balik., bimbang apa kat Karpal tu..... Hah, silakanlah buat andaian yang Karpal Singh telah terima konsep negara Islam. Teruskan buat andaian dan hebuh-hebuhkan !!! Kita tengok siapa yang kena ....

Ingat kita Parti Islam, jangan 'twist' apa yang orang kata...tak baik.....imej kita tu !

Karpal mahu berbincang segera dengan 2 orang Tok Guru PAS merupakan isu baik yang perlu disegerakan oleh PAS sendiri bukan mengheboh-hebohkan bahawa Karpal kononnya telah terima konsep negara Islam.

2 comments:

Anonymous said...

nice blog bro...
bykkan lagi post2 menarik ye...
:)

dari :
http://imprezaawie.blogspot.com/

Night said...

salam pemilik blog.. rasanya silap untuk mengatakan itu incik karpal menerima konsep Islam tapi dia cuma bersedia untuk berbincang tentang isu negara Islam... maaf kalau silap..^_^..

http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=476784167591&set=a.362132992591.165321.358919387591&comments

tu saya bagi link kenyataan akhbar menteri besar kelantan..