Followers

Tuesday, November 16, 2010

PAS tidak boleh terima Zaid jika Zaid itu seperti yang dikenali ramai pada hari ini

Soal Zaid Ibrahim dah keluar atau belum keluar PKR tidak penting lagi sekarang ini kerana hasrat Zaid memang mahu keluar! Keluar tetap keluar! Zaid sudah semacam berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar Ibrahim.

Sebaik Zaid berkira-kira keluar PKR, untuk meneruskan kesinambungan perjuangan politiknya, awal-awal UMNO melalui Setiausaha Agungnya menolak penyertaan kembali Zaid ke dalam UMNO. Agaknya parti mana Zaid akan pergi atau kemungkinan besar Zaid tubuh parti baru?

Penyertaan dalam PAS? Sebagai ahli PAS aku lebih bersetuju Zaid tidak dibawa masuk ke dalam PAS. Kalau dia memohon sendiri tak apa, mungkin boleh dipertimbangkan. Memohon tanpa ada pelawaan bermakna tanpa janji dan bersedia menerima dasar-dasar PAS. Jika tidak, jangan pelawa Zaid dan jangan terima Zaid menjadi ahli PAS! Jika PAS terima juga Zaid akan buat kacau lagi apabila menyentuh prinsip perjuangan PAS seperti dasar dan hukum sebuah negara Islam.

Pendirian Zaid memang agak bagus, kritis dan proaktif tetapi Zaid tidak bagus dalam menyelesaikan perbezaan pandangan dan cara antara dia dengan kepimpinan mana-mana kumpulan dalam parti. Zaid adalah dari jenis sukar hidup dalam berjemaah. Jemaah akan huru hara dengan adanya orang seperti Zaid dalam parti. Sebab itu tidak sesuai PAS menerima Zaid jika Zaid itu seperti yang ada pada hari ini.

Apa yang lebih baik ialah Zaid menubuhkan parti sendiri dan menjadi Presiden parti itu. Pimpinlah ahli partinya dengan semangat perjuangan seperti yang dilaungkan. Zaid mesti berusaha untuk memimpin sebuah parti yang sama taraf dengan PKR atau lebih baik lagi dari apa yang dibuat oleh Anwar dalam PKR. Jika ini dapat dilakukan oleh Zaid barulah Zaid layak untuk menggesa Anwar Ibrahim meninggalkan PKR ! Jika tidak Zaid perlu setiap hari cerminkan dirinya!

1 comment:

blog arsyad's said...

salam indonesia, kita saudara. piece is my life