Followers

Monday, November 15, 2010

Maka Zaid Ibrahim pun pergi !!!

Begitulah politik Zaid Ibrahim. Masuk keluar, keluar masuk! Kalau Ibrahim Ali terkenal dengan tokoh politik katak, Maka Zaid Ibrahim akan pasti diingati nanti sebagai tokoh politik masuk-keluar- masuk - keluar!

Sesungguhnya ada rahmat besar Zaid tidak menang di Hulu Selangor tempoh hari. Bayangkan kalau Zaid menang hari itu sudah pasti satu lagi lagi kerusi parlimen PR akan hilang. Maka jadilah Zaid geng dengan Zul Nordin. Maka jangan kecewalah kita, Zaid kalah kepada 'ustaz Kamal' tempoh hari kerana ada rahmatnya.

Kini kita akan lihat, ke mana Zaid selepas ini? ke UMNO semula ? Tengku Adnan kata no tapi Najib belum kata apa lagi! Tubuh parti baru ? Mungki,n kerana itulah yang dia pernah ucapkan!

Selamat berparti baru Zaid ! Semoga tuan berjaya menjadi parti yang setaraf malah lebih hebat dari parti Anwar Ibrahim dan asal tidak menjadi parti pengacau kepada kemaraan PR sudah !

1 comment:

Wira Adhi Bhakti said...

cerita yang menarik..... tapi kenapa bersambung????

from pmr'S BLOG