Followers

Thursday, October 28, 2010

Ulama muda UMNO mengigau !

Belit seorang ulama muda UMNO.

Mengikut yang digelar ulama muda itu: ulama muda Umno akan sentiasa menegur segala kesilapan pemerintah, termasuk berhubung rancangan mewujudkan hab hiburan sekiranya ia bercanggah dengan ajaran Islam, kata Fathul Bari Mat Jahya. Bagaimana pun menurut Pengerusi Jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU) itu, teguran yang dibuat mestilah dalam bentuk sir atau rahsia bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar.

Aku dengar pun menyampah. Untuk mengelak kemudaran yang lebih besar konon! Kemudaratan yang lebih besar itu agaknya takut akan dimurkai oleh pemimpin UMNO maka miss soru !

Macam-macam belit, ulama pun tahu berbelit juga dalam menentang kemungkaran ?

Tegur secara rahsia itu apa faedahnya? Siapa nak dengar cakap ulama yang baru setahun jagung dalam politik macam Fathul tu? Besar mana pengaruh dia? Najib nak dengar nasihat Fathul ke ? Rosmah nak dengar nasihat Fathul ? Salam... !!

Ramai juga ulama dalam UMNO yang lebih handal, berpengaruh dan veteran dari Fathul, yang selama ini memberi nasihat dan teguran secara 'sir' atau rahsia tapi akhirnya ramai yang terpelanting, ada yang menjadi menjadi tunggul kayu malah ada yang menjadi ulardalamsemak! Pemimpin UMNO tetap tidak faham-faham Islam!!!

Fathul nak nasihat Najib dan Rosmah? Nasihat Fathul akan diikuti oleh Najib dan Rosmah? Rosmah hendak ikut nasihat Fathul ? Rosmah ? Apa...mengigau ke Fathul ni ?

1 comment:

Anonymous said...

Garam lada...belajarlah utk menghormati org lain...ingatlah kita tidak berhak menghukum..hanya Allah sahaja yg berhak...setiap manusia ada baik buruknya..walau seburuk manapun manusia itu, bukan kekasaran dan fitnah yg perlu kita taburkan..kalau tidak, kita jgk yg berdosa..hayatilah..