Followers

Saturday, October 16, 2010

Rosmah dapat RM111 juta, kakitangan kerajaan hanya dapat RM500.

Aku tetap berpendirian jika masih ada orang Melayu yang mengundi UMNO dalam Pilihanraya akan datang tetap aku anggap sebagai "BODO!!". Oleh yang demikian cukuplah kita menjadi bodoh kerana diperbodohkan oleh kerajaan yang berketuakan UMNO ini. Kerajaan yang diperintahkan UMNO ini kelihatannya hanya mementingkan rakyat apabila mereka berhasrat kepada sokongan rakyat. Ramai yang mengatakan pilhanraya kian hampir. Sebab itulah kerajaan UMNO /BN ini kelihatan sepintas lalu begitu lunak dalam Bajet 11nya.

Namun demikian jika diamati Bajet 11 ini adalah Bajet untuk kroni dan untuk isteri yang suka membazir. Elaun JKKK dinaikkan sedangkan apa yang JKKK buat untuk orang Melayu di kampung-kampung? Bayangkan betapa tidak bertanggungjawabnya JKKK kerana ada kalangan JKKK yang menjadi broker tanah untuk dijual tanah orang Melayu kepada bangsa bukan Melayu yang kaya raya. Sekadar duduk 'bermesyuarat' yang tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat tempatan. Siapakah JKKK ini kalau tidak orang UMNO totok yang sering menganaktirikan kalangan penduduk yang berlainan fahaman politik. Dan banyak jugak projek-projek kecil luar bandar yang disapu oleh JKKK dan kroni. Inilah antara yang diiktiraf oleh kerajaan UMNO/BN kerana kerja-kerja mereka untuk UMNO bukan untuk rakyat.

Siapa pula kontrator kelas F? Walaupun ada yang tidak menyokong kerajaan namun majoritinya adalah dari kalangan pemuda UMNO/BN dan UMNO/BN bahagian yang mendapat 5 hingga 6 projek seorang! Inilah antara orang yang ditolong dalam Bajet 11 ini yang akhirnya akan menyumbang kepada UMNO. Orang UMNO juga yang diberi ganjaran! Rakyat yang tidak menyokong UMNO....padan muka! Apa yang Kelantan dapat dari Bajet 11 ini? Itulah UMNO sebenarnya.

Semua orang sayang isteri tetapi adalah melampau sayang isteri sehingga menidakkan peranan Kementerian yang berkenaan dan hak rakyat awam. Isteri dengan projek PERMATA yang di atas kerja sahaja untuk anak-anak genius miskin, namun realitinya, menjadi untuk anak-anak orang kaya juga, telah mendapat RM111 juta sedangkan Sekolah Agama Rakyat yang dipenuhi oleh ribuan rakyat miskin di seluruh negara hanya mendapat RM95 juta.

Paling hiba dan menyedihkan kakitangan awam yang bekerja tanpa mengenal penat dan lelah hanya mendapat ihsan anak sekolah tahun depan sebanyak RM500 ringgit seorang. Cukupkah RM500 tu? Kata seorang sahabat yang juga seorang kakitangan awam, " Muka aku ni dah dua tahun Najib jadikan muka RM500."

Aku hanya menjawab sinis, " Padan muka engkau..pangkah lagi... !".

Bajet 11 bajet untuk rakyat ?

No comments: