Followers

Monday, October 18, 2010

Memang kakitangan awam dasar muka RM500 !

Kawan aku merungut "Heh 500 !!". Katanya kalaulah untuk belanja persekolahan anak RM500 memang tidak cukup. Dalam keadaan barang keperluan sekolah semakin mahal dan bilangan anak yang ramai bersekolah, bagi kepada kakitangan awam RM500 macam tak ikhlas sahaja, kata kawan itu. Sakit hati aku katanya !

Dia mula menyenarai keperluan sekolah untuk seorang anaknya:

1. Beg sekolah RM 40.00
2. Baju sekolah sepasang RM 30, dua pasang RM60.00
3. Kasut sekolah sepasang RM30.00
4. Stokin 2 pasang RM10.00
5. Bayaran Yuran sekolah RM40.00
6. Bayaran PIBG RM50.00
7. Buku tulis, latihan dan alat tulis RM50.00
8. Yuran Asrama RM30.00 ( Kalau baru hendak tinggal di asrama lagi besar belanjanya-macam-macam keperluan kena dibeli)

Jumlah RM300.00 untuk seorang anak. Seorang anak sahajakah ? Dan anak-anak yang sekolah rendah sahajakah ? Bagaimana dengan yang berada di sekolah menengah?

Katanya kalau hendak bagi duit naik sekolah bukan RM500, patutnya paling kurang RM1000.00 kerana realitinya banyak lagi yang perlu dibayar untuk seorang anak termasuk duit minyak untuk hantar pendaftaran anak-anak di hari pertama. Bagaimana pulak dengan tambang bas anak-anak di hari pertama itu ? Itupun urusan naik sekolah juga, katanya!

Nampaknya begitulah kerajaan UMNO/BN yang kononnya rakyat didahulukan prestasi diutamakan. Sudahnya PERMATA Rusmah yang entah ya entah tidak itu yang didahulukan. Pangkah lagi UMNO !!!! Pangkah ! Tahun depan dapat lagi RM 500. Memang kakitangan awam zaman Najib, kakitangan awam dasar muka 500.00 !

No comments: