Followers

Saturday, September 18, 2010

Ujian 1 Malaysia pulak dahh!!

Malaysia hampir menjadi negara 1Malaysia Darul Ujian. PM Najib tak semena-mena mencadangkan ujian 1Malaysia. Idea dari kelapa otak siapalah tu yang menerjah ke kepala PM, Chandra Muzafar kot? Hah? Rosmah?

Aku pelik..aku pelik, tak ada kerja cari kerja. Tak pasal-pasal kena buang duit lagi untuk siapakan soalan-soalan ujian. Kawan aku cikgu-cigku di sekolah haru biru nak cetak soalan periksa kerana kos percetakan yang semput, PM Najib pula nak buat ujian!

Apa yang aku lihat masalah perpaduan di negara ini taklah seteruk mana cumanya betulkan sedikit sahaja lagi. Apa yang aku nampak cara Pakatan Rakyat sangat ma mmpu emantapkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini. Cara UMNO/BN tak boleh, harap walaupun dah 53 tahun memerintah, rakyat semakin keliru...dengan kepala lembulah, dengan hapuskan equiti bumiputralah, dengan isu doa Lim Guan Englah dan isu masuk masjidlah, dengan isu tuduh PAS parti sesatlah, dengan isu bakar gerejalah dan sembah cat surau...macam-macam! Aku rasa semua itu tersebut macam tak munasabah langsung!

Jadinya yang kelihatan perlu diajar perpaduan ialah Gearkan, MCA. MIC, UMNO dan PERKASA. Dua golongan ini nampaknya menjadi pemecah belah perpaduan di kalangan rakyat. Selagi mereka memerintah matlamat perpaduan yang lebih jitu bakal menjadi kelam kerana semua parti-parti itu adalah parti perkauman.

Ujian 1Malaysia adalah satu lagi idea tak masuk akal. Idea membuang masa dan membazir yang bakal dicampak 'ke laut' oleh Muhyiddin kalau dia jadi PM nanti dan bakal senasib idea Islam Hadhari Pak Lah yang dihumban Najib 'ke laut'!

Apakah mampu berpadu kalau soalan ujian 1Malysia antaranya ialah siapakah nama isteri PM ke 6? Hah...tak payahlah !

PM cadang Ujian 1Malaysia

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan setiap individu, kumpulan dan institusi berpengaruh dalam masyarakat menjalani 'Ujian 1Malaysia' bagi memastikan masing-masing bebas daripada bersikap perkauman.

Perdana Menteri berkata, ujian itu memerlukan mereka bertanya diri sendiri bagaimana pendirian masing-masing dalam isu etnik tertentu yang memberi impak kepada kaum atau agama lain.

''Antara soalan ini menyentuh mengenai apakah pendirian saya ini dapat meningkatkan keharmonian atau mengakibatkan kebencian terhadap kaum saya sendiri di kalangan kaum- kaum yang lain?

''Ia juga melibatkan soalan adakah pendirian ini boleh membawa kepada persefahaman yang lebih baik di antara kaum dan meningkatkan perpaduan nasional yang lebih mantap atau sebaliknya?'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Seminar Hidup Bersama Dalam Masyarakat Berbilang Kaum anjuran Yayasan 1Malaysia di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan pengerusi yayasan itu, Dr. Chandra Muzaffar.

Najib berkata, sekiranya semua pihak menjalankan Ujian 1Malaysia ke atas diri sendiri terlebih dahulu, besar kemungkinan dapat diwujudkan suasana yang lebih kondusif untuk perpaduan dan keharmonian masyarakat di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha mencapai perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak termasuk ahli politik dan media massa mengetepikan prasangka negatif di sekeliling mereka .

''Sebagai contoh kita harus berhenti menyentuh atau mempersoalkan isu-isu yang mungkin menyinggung kumpulan atau kaum lain.

''Frasa dan kata tertentu jika disalahgunakan mampu menjadi isu yang sensitif dan ini termasuk berkaitan 'Fasal 153' dan frasa-frasa seperti 'warganegara kelas kedua' yang merupakan beberapa contoh yang mungkin akan menyulitkan hubungan antara kaum," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, banyak yang boleh dicontohi daripada penduduk Sabah dan Sarawak yang telah membuktikan kejayaan mewujudkan perpaduan.

''Sungguhpun terdapat banyak kumpulan etnik dan sub etnik di dua negeri ini, namun interaksi sosial dan budaya di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak adalah cenderung berasaskan kepada semangat penerimaan.

''Ini adalah satu model untuk rakyat Malaysia yang hidup dalam komuniti berbilang budaya," katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai pencapaian gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan tahun lalu, beliau berkata, ia adalah proses transformasi terhadap rakyat serta negara ini yang masih dalam pelaksanaan dan akan berterusan.

''Saya tidak gemar dengan tanggapan bahawa apabila seseorang itu tidak dilayan dengan adil, maka masyarakat akan mengatakan 'Oh, 1Malaysia tidak berkesan.' Ini tidak betul," katanya.

Sumber:utusan.com

1 comment:

fingerscrossed said...

TAK HABIS HABIS DENGAN UJIAN!