Followers

Wednesday, September 29, 2010

Keputusan "win-win" kah itu?

Para pengundi UMNO terutamanya dan ahli-ahli PERKASA yang hanya perkasa dalam membangkitkan isu-isu perkauman sempit tetapi lembek dan hipokrit dalam memperjuangkan maruah sebenar bangsa dan martabat kepimpinan Melayu yang kian dirosakkan oleh kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO sekarang, wajar membaca tulisan dan ulasan Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya mengenai "Kesan Perjanjian Tanah KTM di Singapura".

Sekali lagi untuk kesekian kalinya orang Melayu ditipu. Dulu sewaktu tergadainya Pulau Batu Putih, Rais Yatim terhegeh-hegeh memberitahu dunia bahawa Malaysia telah mencapai keputusan win-win dengan Singapura dari apa yang diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa itu. Setakat ini dalam kes Pulau Batu Putih itu, aku tidak nampak di mana "win-win" nya melainkan yang aku nampak, Malaysia telah kehilangan batu, direntap oleh orang di selatan Semenanjung itu. Bagi aku hanya orang Melayu bodoh dan pengundi totok UMNO yang merasakan keputusan itu 'win -win'. Dah lah bodoh diperbodohkan pula dengan kenyataan-kenyatan bodoh!

Nampaknya kalau difahami dari apa yang diterang dan diulas oleh Datuk Kadir Jasin yang pernah menjadi orang kuat media UMNO satu waktu dulu, sekali lagi pengikut dan pengundi UMNO termasuk PERKASA diperbodohkan oleh para pemimpin UMNO/BN. Sekali lagi rakyat disumbat dengan kata-kata keputusan 'win-win'. "Win-win taik kucing! Mereka yang bodoh sahaja yang percaya permerteraian perjanjian itu 'win-win".

Nah...di manakah PERKASA? Kalau PERKASA tidak bodoh sudah pasti PERKASA akan berdemonstrasi mengenai kes tanah KTM itu kerana itu adalah antara maruah bangsa Melayu tapi hingga ke takat ini, lembek longlai!

Sebab itu ramai pihak telah memberitahu kepada orang-orang Melayu yang masih mahu mengundi UMNO agar sudah-sudahlah! Berapa kali lagikah pengundi-pengundi Melayu yang mengundi UMNO mahu menjadi bodoh kerana diperbodohkan? Pelik sungguh aku....Baca di bawah...


Kesan Perjanjian Tanah KTM di Singapura

A. Kadir Jasin


PADA 20 September lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian pertukaran tanah membabitkan tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd’s di republik itu.


Ia dimeterai oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, di kota singa.

Kedua-dua pemuka menguar-uarkan (bukan war-war) perjanjian itu sebagai kejayaan besar dan pembaikan ke atas “Point of Agreement (POA)” yang menjadi asas rundingan antara dua negara.

Saya tidak mahu berselisih faham, menyangkal atau menyangkal laporan dan ulasan media massa yang menghebahkan perjanjian itu sebagai “win-win” (menang-menang).

Saya sekadar ingin berkongsi maklumat dan interpretasi peribadi saya untuk kita dalami, fahami dan bahaskan. Berikut adalah antara inti pati, ciri dan implikasi perjanjian berkenaan:-

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;

2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;

3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-

(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);

(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan

(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.

4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.

6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.

7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”

[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]

9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

10. Melalui kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Business keluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.

Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.

Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).

11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.

12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.

13. Seperkara lagi yang perlu penjelasan ialah taraf pemilikan tanah gantian itu -- adakah ia pegangan kekal atau pajakan 99 tahun? Tanah KTMB di Singapura adalah pegangan tetap selagi operasi kereta api berjalan.

14. Kalau saya faham kenyataan Mohd Najib dan Pengarah Urusan Khazanah, Azman Mokhtar, projek itu tetap dilaksanakan tidak kira kita kalah atau menanang dalam timbang tara oleh PCA. Malah kata mereka, projek ini akan dimulakan tanpa menunggu keputusan PCA. Jadi timbang tara oleh PCA adalah “akademik” atau sekadar melepas batuk di tangga.

15. Dalam konteks ini kita wajib meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada Mohd Najib dan Azman. Azman memberi jaminan bahawa projek ini “masih berdaya maju dan menguntungkan” walaupun cukai pembangunannya tinggi.

16. Kita tidak mahu Mohd Najib mengisytiharkan perjanjian ini sebagai menang-menang dan dia berjaya di mana Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu gagal, tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

17. Akhir sekali kita tidak mahu pelaburan Khazanah di Singapura menjadi seperti pelaburan Sime Darby di Qatar yang menghasilkan kerugian hampir RM1 bilion.

18. Berhati-hatilah, Singapura bukan sebarang jiran. Fahamilah istilah “kiasu” dan impaknya kepada “psyche” (cara berfikir) negara Singapura.


2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya pembaca terbaru blog tuan dan apa yg saya tafsirkan tuan lebih pandai menyerang dari bertindak, bercakap dari memberi komen bernas dan membangun. iam not into politik so much but i believe our govrn now and previous have done much to make sure Malaysia "standing in the eye of the world".

accudo said...

Anony 2:49pm,

Terima kasih kerana menjadi pembaca terbaru blog aku. Semoga terus membaca.Benar aku akui, aku lebih banyak menyerang bukan lebih pandai menyerang. Aku hanya menyerang UMNO sebuah parti politik tua yang kebetulan diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin pemerintaharan dan pentadbiran kerajaan Malaysia pada waktu ini.

Aku tidak menentang kerajaan kerana kerajaan adalah hak aku sebagai salah seorang rakyat marhaen. Untuk menjaga kerajaan Melayu Islam supaya tidak jahanam dan hancur aku (kita) mesti hentam parti yang diamanah untuk menjaga kerajaan kepunyaan aku(kita). Bagi aku, kini parti UMNo telah tidak amanah kepada rakyat dalam menjaga kerajaan; parti UMNO tiada integriti, tiada amanah, tiada akhlaq Islam, suka memfitnah, mengamalkan politik mechealvelli yang menghalalkan cara secara jahat dan tidak bersih, parti yang menjadikan Yahudi bertapak di Putrajaya, parti yang tidak pandai mengurus negara sehingga begitu banyak tanah pusaka kita terlepas begitu sahaja kepada orang lain. Tidak malukah kamu akan hal ini? Kamu tiada maruah. Betapa rendah pemikiran kamu kerana hanya perkara luaran yang tiada apa-apa kekuatan pun Malysia, kamu sudah kata bangga dan puashati dengan kononnya Malaysia telah berjaya di mata dunia. Aku tidak bangga langsung Malaysia terkenal kerana kes Anwar Ibrahim.Malu! Aku tak bangga langsung Malaysia terkenal kerana kes Althantuya, aku tak bangga langsung kerana muka Rusmah masuk 2 muka surat penuh surat khabar Amerika sebagai wanita pertama, menjijikkan! Banyak lagi yang aku nak komen, bukan kepada kerajaan yang menjadi hak aku (kita) tetapi kepada UMNO/Bn yang semakin 'gila kuasa'. Sudah-sudahlah mengkagumi UMNO/BN dan menyamakan UMNO itu kerajaan Malaysia secara tidak cerdik dan bijaksana!

Mengatakan aku hanya banyak bercakap dari memberi komen bernas dan membangun adalah tidak betul, sila baca entry-entry aku yang sebelum-sebelum ini terhadap UMNO yang kian tua dan berpenyakit itu dan pasti banyak komen-komen bernas dari aku. Jangan baca satu entry ini sahaja.Selamat membaca.