Followers

Sunday, September 05, 2010

Iklan Aidil Fitri TV3 memperlihatkan betapa celarunya fikrah Islami media UMNO itu.


Iklan Aidil Fitri TV3 memperlihatkan kepada kita betapa fikrah Islami juak-juak UMNO, bukan sahaja kelihatan liberal malah bercelaru dengan teruknya. Fikrah seumpama ini biasa bagi juak-juak UMNO terutama media-media mereka. Soal senstiviti Islam yang sebenar-benarnya, jauh dari fikrah mereka. Buat-buat sensitif Islam kerana kepentingan politik memang mainan media-media mereka.

Fikrah media UMNO yang seumpama ini cukup membimbangkan. Di mana agaknya mufti untuk menegur? Dimanakah Datuk Seri Harussani mufti veteran itu? Di manakah JAKIM dan di mana menteri agama yang bermisai tebal itu? Adakah benda-benda seperti yang tergambar dalam iklan ini perkara mudah yang tidak perlu diambil pusing? Mencampur-adukkan imej Islam dengan imej agama lain kerana promosi 1Malaysia menjadi hal yang tidak perlu dirisaukan?

Pemikiran apakah begini? Apakah yang hendak digambarkan dan ditanamkan dalam minda generasi muda yang menonton TV saban waktu? Apakah akan lahir senyap-senyap ajaran seperti agama Din Ilahi yang pernah dicetuskan oleh Akbar Agung dahulu? Masya Allah, betapa celarunya fikrah Islami juak-juak UMNO ini...yang boleh, ditidakbolehkan...yang tidak boleh, dibolehkan ! Yang sepatutnya tidak perlu dicelarukan...dicelarukan, dikonfiuskan !

BN khususnya UMNO perlu ditarbiyyah kembali. Rakyatlah yang mampu mentarbiyyah UMNO. Marilah kita tarbiyyahkan UMNO dengan turunkan kuasa UMNO/BN dalam PRU akan datang !

1 comment:

Anonymous said...

seorang penulis y mungkin bpelajaran tinggi tetapi cetek dalam pemikiran.. kenapa perlu menuduh media itu UMNO sedangkan yang mengarahnya dan storyboard adalah dari orang cina? apakah setiap media yg ada di malaysia ni perfect? apa kaitan sebuah iklan sedemikian dengan politik negara? jgn la bersikap maha mengetahui akan agama tp isi hati tidak mencerminkan seorg yg punya agama y kukuh..jgn la kaitkan agama dan politik itu sama..