Followers

Monday, September 13, 2010

Awas... 1 Malaysia bakal diterkejutkan oleh Bereheng ! Hah? Huhuhu...terkejut aku !!

Wahai seluruh rakyat Malaysia berhati-hati untuk masa terdekat ini kerana ada satu berita yang katanya akan memeranjatkan semua pihak. Katanya apabila tersembur keluar berita ini orang ramai pasti akan terkejut. Tak tahu terkejut itik atau terkejut beruk! Tapi yang pastinya menurut mulut seorang 'raja' tindakan ini sudah pasti 'menengejutkan' semua pihak. Huhuhu...risaunya aku !!!

Aku risau kerana bagaimanalah nanti terkejutnya orang ramai apabila raja katak mengumumkan tindakan politik terbarunya bersama PERKASA. Aku bimbang nanti ramai akan sakit jantung, strok, darah tinggi kerana pengumuman si raja katak ini. Sesiapa yang tidak boleh terkejut sila jangan ikuti pengumuman raja katak itu nanti....tidak baik untuk kesihatan!!

Mari kita teka apakah agak-agaknya yang mengejutkan itu supaya rasa terkejut kita nanti berkurangan sedikit...!!

Bereheng Ali akan jadikan PERKASA sebagai parti politik? Terkejut apanya...memang itu tujuan sebenar Bereheng! Siapa tak kenal Bereheng Ali !

Bereheng Ali dijauhi oleh UMNO? Memanglah... kalau dah ada usaha nak jadi 'Setiauasaha Agung ' UMNO, UMNO mana nak dekati Bereheng.

Dr Mahathir menjadi Ketua UMUM Parti PERKASA Bereheng? Hehehe...lagilah tak terkejut sebab Anwar Ibrahim Ketua UMUM PKR! Tapi kalau agak terkejut sedikit mungkin kerana Mahathir sudah tidak perkasa lagi..berjalan pun nampak macam nak terkedu, bercakap tercungap-cungap!

Apa lagi yang mungkin 'menengejutkan' orang ramai sampai pucat muka semua orang nanti? Apa lagi? Bereheng Ali menjadi Presiden Parti PERKASA? Tak terkejutlah, Bereheng mana nak jadi Timbalan Presiden?

Bereheng Ali tidak diizinkan lagi oleh PAS untuk bertanding di atas tiket PAS? Tidak terkejut sedikit pun, sebaliknya malah memang layak PAS buat begitu kerana PAS selama ini telah 'melepaskan anjing tersepit......'!

"Parti PERKASA' akan bertanding sebagai parti ketiga di semua kawasan majoriti Melayu untuk lawan PR dan BN? Hah...tak terkejut langsung malah menggembirakan kerana itu akan mempercepatkan UMNO dikuburkan. Syukurlah kalau UMNO berjaya dikuburkan oleh PERKASA. Teruskan usaha kamu itu Bereheng bersama penasihat kamu itu! Aku sokong !

HAH? Mukhriz jadi Ketua Pemuda PERKASA?

HAH? Zul Nordin jadi Ketua Biro Agama PERKASA?

HAH? Kadir Jasin jadi Ketua Penerangan PERKASA? Fuh..terkejut !

2 comments:

Anonymous said...

KITA TAK AKAN TERKEJUT APA JUA KATAK PEKASA INI NAK UMUMKAN.
SEMUA WARGA MALAYSIA TAHU ISIPERUT KATAK YANG CEKAP MELOMPAT, KAT AIR DAN DARAT PUN BOLEH HIDUP, APA NAK DIHAIRANKAN!!!
KATAK INI, NIAT DIHATI MAHU PULIH SEMULA KUASA DAN PENGARUH YANG TELAH HILANG SEJAK KELUAR JADI MP BEBAS. MASA DALAM UMNO DAN PAS ADA KUASA DAN PENGARUH. APATAH LAGI TDM SOKONG PENUH, NAIK TOCANG LAH DIA. TDM PUN SAMA JUGA ADA NIAT UDANG DISEBALIK MEE. TDM MAHU JADI MACAM TAR, SUPAYA GE 13 NANTI, ANAKNYA BOLEH JADI PM KE 7, MANALAH TAHU UNTUNG SABUT TIMBUL!!
TDM PUN TAHU KUASA DAN PENGARUH ANAKNYA DALAM UMNO DAH HILANG, JADI SEKONGKOL DENGAN KATAK TUBUH PERKASA, AGAR AHLI UMNO YANG TAK SEHALUAN DENGAN 1MALAYSIA, MENJADI AHLI PERKASA, KATAK MENGGUNAKAN TIKET MENJAGA HAK2 WARGA MELAYU, SELAMA INI HAMOIR SUKU ABAD TDM MENERAJUI DAN SETENGAH ABAD UMNO MEMERINTAH, TAK JAGA HAK2 WARGA MELAYU. ITU LAH KALAU TAK ADIL DAN HANYA JAGA KRONI SAHAJA MCM TDM DAN LAIN PEMIMPIN, MENYEBABKAN UMNO KINI DALAM KANCA PERGOLAKAN DALAMAN.
KATAK INI DAH DIHARAMKAN MASUK SEMULA DALAM UMNO, NAK DEKATI DENGAN UMNO PUN JAUH PANGGANG DARI API, SO APA KATAK INI KENA BUAT UNTUK MENGKUKUHKAN POLITIKNYA SEMULA, KENALAH TUBUH PERKASA UNTUK MENGHANCURKAN UMNO...
SO SAYA PERCAYA KATAK INI AKAN MENDAFTARKAN PERKASA SEBAGAI SEBUAH PARTI POLITIK DAN AKAN BERTANDING DALAM GE 13. PELUANG KATAK DAN ANAK TDM AMAT CERAH BERBANDING DENGAN BERJUANG BERSAMA UMNO BAGI KERUSI DI GE 13 NANTI AGAK TIPIS. AKAN TETAPI BAGI SAYA KATAK INI, SEORANG YANG TAK BERMARUAH, LOMPAT SANA SINI, LOLAK SANA SINI, KERJA TAK BUAT PUN, KATAK NI NAK AMBIL APA UNTUK BANTU WARGA MELAYU, ADAKAH SETAKAT MENYALAK GILA SAHAJ DAH CUKUP????
WARGA MELAYU KENA BERFIKIR WARAS DAN TERPERINCI.

terapi said...

Orang jenius, Orang pintar, orang hebat dan seterusnya tanpa di dasari dengan taqwa pada Alloh ya percuma Bos ... !!!