Followers

Wednesday, September 01, 2010

1Malaysia telah dirusakkan oleh UMNO/BN sendiri .

Antara projek besar Najib sebaik 'bertahta' di Putrajaya ialah projek gagasan1Malaysia. Kalau di Israel dulu ada one Israel dan Malaysia juga tidak kalah dengan idea 1Malaysia. Sama ada ia nya serupa atau dari idea yang sama aku tak mahu komen.

Apa yang aku tahu, gagasan 1Malaysia ialah gagasan untuk memantapkan perpaduan antara kaum dan bangsa yang berada di Malaysia dalam era pemerintahan Najib. Bagus gagasan itu! Dari segi bunyi 1Malaysia tidak menimbulkan masalah aqidah berbanding Islam Hadhari dahulu.

Namun begitu gagasan 1Malaysia tetap kontraversi dan juga mampu menyentuh aqidah umat Islam Malaysia apabila ianya dikatakan meniru dari gagasan one Israel rejim ganas dan buas Yahudi yang begitu banyak membunuh umat Islam Palestin dan merosakkan Masjidil Aqsa antara tanah suci umat Islam. Dan gagasan 1Malaysia itu mendapat nasihat 'first hand' dari sebuah firma Yahudi di Amerika. Sedangkan Allah melarang membuat baik dengan bangsa ini!

Mungkin akibat dari sentuhan Yahudi musuh umat Islam maka kini gagasan 1Malaysia yang berhasrat memantapkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum telah semakin hari semakin rosak dan punah. Setiap hari dan ketika gagasan 1Malaysia ini dihodohkan rupanya sehingga gagasan ini menjadikan gagasan 1Malaysia Najib UMNO punya = Hanya Najib dan UMNO boleh buat apa sahaja !!

Yang anehnya gagasan 1Malaysia Najib ini bukan dirusak, dipunah dan dihodohkan oleh parti-parti pembangkang dari Pakatan Rakyat tetapi ianya dirusak, dipunah dan dihodohkan oleh parti-parti komponen Barisan Nasional terutama UMNO.

Dalam perutusan ringkas sempena hari kemerdekaan Najib berkata, masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu-isu perkauman serta agama.

Persoalannya Najib tuju kepada siapa peringatan itu? Bukankah Najib meludah ke langit? Kelihatan dari apa yang berlaku puak-puak Najiblah yang penuh kejumudan dan bersikap melampau.

1. Puak-puak Najib yang tidak membenarkan orang-orang bukan Islam masuk ke surau masjid sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan boleh demi tujuan memperkenal dan dakwah Islam. Puak-puak Najib juga (utusan malaysia ) memainkan isu ini sehingga menimbulkan salah faham masyarakat.

2. Puak-puak Najib juga dahulu yang mengarak kelapa lembu di Shah Alam.

3. Puak-puak yang mesra dengan Najib, Ibrahim Ali yang menghalau kaum lain balik ke negara asal.

4. Puak-puak yang mesra dengan Najib, Chua Soi Lek yang mempertikai ekuiti 30% untuk bumiputera.

5. Puak-puak yang mesra dengan kumpulan Najib, Harussani yang membawa isu yang membimbangkan keselamatan negara konon perlembagaan baru digubal.

6. Puak-puak Najib juga (Zahid Hamidi) yang mula mendedahkan kepada dunia bahawa kapal selam yang baru dibeli belum boleh menyelam kerana kerosakan teknikal bukan YB Nurul Izzah.

7. Puak-puak Najib juga yang tersindir dengan budak cina yang bergelar namewee itu lantas menggesa berbagai tindakan diambil kepadanya.

8. Puak-puak Najib juga yang bersikap jumud dan melampau menghalang royalti minyak kepada negeri Kelantan.

Jelas hari kepimpinan PM Najib telah hilang kewibawaan dan hilang integriti. Kepimpinan Najib telah hanyut terlalu jauh dalam gelora isu perkauman dan agama yang mereka cipta sendiri. Hingga percakapan apa yang terkeluar dari mulut mereka tidak sedari, merapu!

Jika begini, siapa lagi yang cerdik yang percaya kepada kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib ini kecuali pengampu dan perkakas serta orang-orang yang dipelihara untuk terus tidak ada ilmu dan akhirnya menjadi bagaikan lembu dicucuk hidung untuk ditarik ke sana ke mari! Masya Allah !

No comments: