Followers

Sunday, August 22, 2010

UMNO tidak menunjuk contoh yang baik kepada bukan Islam

Inilah masalahnya dengan parti tua ini. Dalam banyak isu yang berlaku di negara ini, UMNO tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam. UMNO akan buat apa sahaja walaupun terpaksa mengelirukan orang-orang bukan Islam terhadap Islam yang sebenar.

Dalam kes doa untuk Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat UMNO jelas tidak bersikap pendakwah Islam yang baik walaupun sering mendakwa sebagai parti Islam terbesar di dunia. Mungkin bagi UMNO Islam di Malaysia biarkan dengan status quo yang ada, tidak perlu didakwahkan, dan tidak perlu dilunakkan untuk bukan Islam.

Satu lagi penyakit parti tua ini ialah bersikap 'aku boleh buat, engkau tak boleh'. UMNO mendoakan dan bersolat hajat agar Kamalanathan menang di PRK Hulu Selangor boleh ! Orang lain buat walaupun dibolehkan mendoakan seumpama yang dimaksudkan adalah dianggap 'melampau'!

Soal nama Lim Guan Eng mengganti nama Agong dalam khutbah adalah dakwaan semata-mata kerana pelbagai pihak yang bertanggungjawab di Pulau Pinang menafikan hal itu.

Adalah perkara biasa isu-isu begini akan dimanipulasikan betul-betul oleh UMNO agar rakyat Pulau Pinang membenci Pakatan Rakyat yang menjadi musuh politik UMNO/BN/APCO. Adalah luar biasa jika UMNO tidak memanipulasikan perkara semacam ini. Oleh itu pendokong PR perlu memahami hakikat ini termasuk khatib yang membaca khutbah.

Isunya ialah jika benar nama Agong tidak disebut dalam khutbah khatib yang ada menyebut nama Lim Guan Eng, tidak ada dalam teks khutbah yang disediakan, maka sudah pasti khatib yang membaca khutbah itu yang menyebutnya di luar teks yang disediakan.

Bagi aku jika begini keadaannya ada dua kemungkinan. Satu kemungkinan ialah khatib yang membaca khutbah itu memang berhasrat secara sengaja mencetuskan isu dengan tidak menyebut nama Agong sedangkan dia menyebut nama Guan Eng. Tujuan mencetuskan isu itu adalah sama ada dengan sengaja untuk memfitnah Pakatan Rakyat atau untuk menyakitkan hati UMN/BN bagi membolehkan UMNo menjadikan isu.

Kemungkinan kedua khatib yang menyebut nama Guan Eng dan tidak menyebut nama Agong itu jika dia adalah penyokong Pakatan Rakyat adalah khatib yang tidak cerdik. Tidak cerdiknya khatib ini kerana telah membuka ruang fitnah yang menyusahkan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Jika khatib ini cerdik dan bijak sudah pasti keadaannya ialah beliau akan menyebut nama Agong, jika mahu menyebut nama Lim Guan Eng supaya tidak menjadi isu " Guan Eng ganti Agong'. Mungkin lebih tidak bodoh jika dia tidak mahu menyebut nama Agong, dia juga tidak menyebut nama Guan Eng!

Bagi aku tidak menjadi masalah khatib membaca bulat-bulat teks yang disediakan kerana itu adalah peraturan dan tidak menjadi masalah juga jika khatib menokok tambah kandungan teks khutbah atau tidak menggunakan teks langsung, tetapi perlulah secara cerdik dan bijaksana. Bagi aku tidak menyebut nama Agong selaku Ketua agama Islam diketika menyebut nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat walaupun tidak melangar rukun khutbah tetapi satu perbuatan yang sangat tidak cerdik atau dalam bahasa kasarnya ialah bodoh dan sangat tidak masuk akal dalam keadaan Pakatan Rakyat sedang mara ke Putrajaya ini.

UMNO parti tua ini akan menggunakan apa sahaja alat yang mereka ada untuk memfitnah Pakatan Rakyat walaupun pada hakikatnya tidak benar sama sekali. Penyokong Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dalam hal ini, jangan ghairah tidak bertempat sehingga terlupa tektik dan strategi.

No comments: