Followers

Monday, August 09, 2010

Kerana hanya tidak mahu berpadu dengan UMNO, PAS menjadi paling dayus?

Bukan aku nak masuk campur tapi aku tertarik hendak mengulas sedikit. Dalam 'serangannya' kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS, Awang Selamat bagaikan orang meracau dalam tidur. Antara yang dinukil oleh Awang Selamat dalam tulisan meracaunya itu ialah, "Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam."

Awang Selamat menulis begitu kerana kes PAS tolak apa yang dihajati oleh UMNO disaat-saat hayat UMNO kian lemas iaitu perpaduan UMNO-PAS. Maknanya, pada anggapan aku, apa yang diracaukan oleh Awang Selamat ialah "PAS cukup menjadi parti paling dayus kerana PAS tidak mahu berpadu dengan UMNO". Mengikut Kamus Dewan, dayus maknanya hina, keji.

Tidak mahu melayan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong UMNO itu jadi paling dayus! Wou...hebatnya benda yang bernama UMNO ni!

Tidakkah UMNO dan kerajaan yang dipimpin UMNO melakukan dan terlibat dalam hal-hal ini? Di manakah JANTANnya semua ini:

1. Melepaskan Singapura begitu sahaja kepada Lee Kuan Yew.

2. Melepaskan begitu sahaja Pulau Batu Putih kepada Singapura.(Bahan buktipun katanya menggunakan gambar dari internet!).

3. Tidak berani langsung mengadakan pilihanraya DUN Perak. Sidang DUN Perak yang terbaru hanya sekerat hari !

4. Melepaskan begitu banyak tanah rezab Melayu kepada golongan kapitalis.

5. Masalah air dengan Singapura tidak selesai-selesai. Katanya menjual kepada orang luar dengan harga 3 sen 1000 liter, jual semula kepada rakyat sendiri 80 sen untuk 1000 liter. Terlepas pula tanah KTM di Tanjung Pagar.

6. Tidak berani membenarkan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat tanpa permit, tanpa FRU dan tanpa PDRM.

7. Kecut perut untuk membiarkan Anwar Ibrahim bebas berpolitik di tanah air sendiri lalu diganggu Anwar dengan kes liwat yang bodoh dan mengarut.

8. Tidak berani menahan ISA Chua Soi Lek yang menganggap kerana UMNO dan PAS berjuang Islam lah timbul banyak suasana yang tidak progresif.

9. Sewenang-wenang menukar wang royalti kepada wang ehsan di Trengganu dan Kelantan.

10. Berani menghalau orang kampung berbangsa sendiri di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Malaysia Tambahan dan berani menghalau orang melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan.

11. Membunuh orang melayu kerana perbezaan fahaman politik di Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji.

12. Menyeleweng dana untuk orang Melayu yang miskin dan papa dalam program PPRT.

13. Negara lain berperang mempertahankan hak kedaulatan, tidak dayuskah serah blok minyak kepada Brunei tanpa persetujuan DUN dan Parlimen?

14. Tidak ada manusia berbangsa lain yang menghapuskan tulisan orang Melayu iaitu tulisan jawi melainkan bangsa UMNO.

15 Menggunakan segala akta untuk mengekang maklumat dari sampai kepada rakyat bertujuan memperbodohkan rakyat, kerana takut kepada rakyat yang cerdik.

Dengan hanya tidak mahu bersatu dengan UMNO, Awang Selamat meracau mengatakan PAS parti paling dayus.

Dengan apa yang tersenarai di atas dan banyak lagi kalau hendak disenaraikan, DI MANAKAH PULA JANTANNYA UMNO?????

No comments: