Followers

Saturday, August 07, 2010

Choi Soi Lek mengigau ditelan PAS !

Choi Soi Lek telah gagal memahami Islam walaupun telah 52 tahun merdeka bersama UMNO yang dikatakan parti Islam terbesar di dunia. Tidak berbaloi langsung Soi Lek 'tidur sekatil' dengan UMNO kerana dungunya Soi Lek untuk mencari rujukan yang betul tentang apa itu Islam. Patutlah Soi Lek pernah tidur sekatil dengan orang lain...mungkin lebih berbaloi!

Bagi Soi Lek yang dungu itu, rujukan utama Islam baginya ialah apa yang UMNO buat. Dengan memahami Islam itu apa yang UMNO buat, maka mengumpatlah Soi Lek kepada PAS. Tak pasal-pasal PAS yang diumpat. Sewaktu di Kelantan dia kata kalau Pakatan Rakyat menang pemimpin PAS akan jadi PM maka di Kedah Soi Lek semacam bimbang pula kalau pemimpin PAS menjadi PM kerana Soi Lek yang dungu kata PAS tidak boleh dipercayai kerana perjuangannya Islam.
Justify Full
Soi Lek cuba memahami PAS dengan memahami apa yang UMNO buat itu Islam. Jika begitulah Soi Lek sampai Soi Lek matipun dia tidak akan faham Islam yang sebenar. Nampaknya Soi Lek melihat PAS macam dia melihat UMNO. Sedang PAS dengan UMNO bagai langit dengan bumi teras perjuangannya.

Malang sungguh Soi Lek menjadi orang yang sering tertipu dengan kelibat UMNO. Marahkan UMNO, PAS yang diumpatnya! Jika begitulah Soi Lek, memang moral Soi Lek ini buruk. Kalau dia seorang yang berintegriti dan bermoral marahkanlah UMNO, apa libatkan PAS pula.

Rasanya payah mencari kawasan yang MCA bertanding berlawan dengan PAS! Namun nampaknya Soi Lek kian gerun dan menggeletar melihat PAS dengan Dewan Himpunan Bukan Islamnya yang kian hari kian mendapat sambutan. Tidak ada kerja lain bagi Soi Lek melainkan memberi persepsi yang buruk terhadap sistem dua parti seperti yang diperjuangkan oleh PR. Kononnya jika sistem dua parti diterima dan menangnya Pakatan Rakyat, PAS akan kuasai segala-galanya.

Bagi Soi Lek, dalam BN, UMNO dominan. tapi Soi Lek gagal melihat bahawa dengan UMNO, cukong-cukong Cina sangat berpengaruh dan mampu memanipulasi para pemimpin UMNO sehingga UMNO kerap hilang integriti dan kian rusak.

Oleh yang demikian besarnya kesalahan UMNO kepada Islam kerana seorang pemimpin kanan BN Chua Soi Lek telah salah langsung memahami Islam sehingga menyamakan UMNO dengan perjuangan Islam PAS! Menyamakan perangai politik UMNO sama dengan tindakan politik PAS! Menyamakan rupa UMNO dengan rupa PAS! Menyamakan Tuan Guru Haji Hadi dengan Datuk Najib Razak !

Betapa pemalasnya Choi Soi Lek untuk membuat rujukan yang lebih banyak tentang Islam dan perjuangan PAS atau Choi Soi Lek sebenarnya memang jahat! Kalau UMNO berani ISA- kan Soi Lek !

Heh......Choi Soi Lek mengigau 'ditelan' PAS!

No comments: