Followers

Wednesday, August 11, 2010

Apakah Dr Mahathir orang yang sedang bermain 'catur' ?

Nampaknya keadaan kian jelas bahawa yang paling berkuasa di Malaysia sekarang bukanlah PM Najib. Segala pentadbiran, perancangan dan banyak dasar terutama dasar ekonomi PM Najib terbukti gagal. Gagal di mata rakyat tempatan pelbagai kaum dan gagal di mata para pelabur asing yang merosot 81 peratus.

Kabinet PM Najib kerap melaungkan kestabilan dan kemantapan ekonomi dalam keadaan rakyat jelata terus-terusan tertekan dengan masalah moral, pengangguran di kalangan remaja dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Cuba lihat, apabila dasar PM Najib kecundang dalam menarik pelabur asing, PM Najib bagaikan kebuntuan idea untuk menghadapi segala kritikan yang berligar di sekitarnya, maka mantan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memerintah dengan boringnya menjawab lebih kurang, " dalam keadaan sekarang kejatuhan FDI bukan perkara pelik kerana negara-negara yang hendak melabur di negara lain pun ada masalah ekonomi masing-masing - so mereka tumpu negara sendiri dulu". Lebih kurang begitulah Dr Mahathir madah bijak atau 'auta' untuk membantu PM Najib menjawab.

Bila begitu keadaannya maka jelaslah, kian hari PM Najib kian lemah dan yang paling berpengaruh dan berkuasa kini kelihatannya ialah mantan PM keempat itu. Kelmarin sekali lagi terpacul di mulut mantan PM keempat itu, gesaan tukar kerajaan atau orang yang mengurus kerajaan itu. Memang jenis Dr Mahathir yang semua orang kenal dia, bila dia bersuara begitu maknanya dia sudah mula 'menyampah' kepada seseorang. Dr Mahathir mula 'menyampah' kepada siapa sekarang?

Dulu sewaktu dia mula 'menyampah' kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ( sekarang Tun), yang dia nampak Najib Razak maka sepanjang waktu dia mengutuk dan tekan Abdullah turun. Tidak terdaya Abdullah, maka bercuti panjanglah Abdullah bersama Jeane-nya.

Apakah kini Dr Mahathir sekali lagi bermain 'catur' dengan memegang Muhyiddin untuk 'makan' Najib?

Kebetulan pula tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba Muhyiddin menafikan keretakan antara dia dengan PM Najib. Mungkinkah ada pihak sedang panas dan kepanasan dalam UMNO sekarang kerana pengaruh Dr Mahatir bekas Presiden UMNO yang dominan itu ?

Jika betul PM Najib sedang 'ditekan' , bagaimanakah yang mendakwa 'first lady' akan 'berbagih' untuk menghadapi semua cubaan ini ? Jeng...jeng...jeng !!


No comments: