Followers

Saturday, July 03, 2010

UMNO kian menyerang, pilihanraya semakin hampir?

Petanda pilihanraya semakin hampir adalah jelas. UMNO/BN kelihatan tidak banyak merancang untuk pembangunan jangka panjang negara cuma kelihatan banyak berhujah politik di media-media mereka. Mungkin dengan nashat APCO, UMNO kini dalam posisi menyerang dan berusaha 'membunuh' aparatus lawan. UMNO/BN mahu lawan mereka menjadi rapuh dan bisu.

Setelah gagal meyakinkan rakyat dengan kes mahkamah Anwar, Najib kini melagukan nyanyian Anwar 'melutut' kepada Yahudi. Dalam masa yang sama media PKR sebagai salah satu media PR dilumpuhkan. PKR menjadi sasaran UMNO/BN seperti apa yang berlaku di Selangor. Jika PKR Selangor tidak tahan dengan godaman UMNO/BN, PKR Selangor akan menjadi retak menunggu belah. Semua pemimpin PKR perlu berhati-hati agar tidak wujud lagi Zul Nordin, Mohsin, dan Zahrin yang kedua.

Usaha melagakan Karpal dan Tok Guru Nik Aziz adalah perkara biasa yang sudah lali bagi ahli-ahli PAS. Ahli-ahli PAS kini sudah faham taktik pergerakan parti dalam arus politik perdana.

Namun yang dibimbangi ialah PKR. Anwar adalah sasaran tunggal merapuhkan PKR. Jika Anwar letih dengan serangan demi serangan, PKR dibimbingi akan lemah. Dalam isu Yahudi atau Zionis, Anwar perlu jelas. Orang Melayu Malaysia tidak memahami Yahudi dan Zionis bertahap pemikiran Anwar. Sebab itu adalah penting Anwar tidak membenarkan pemikiran Melayu diracun oleh UMNO/BN sehingga Melayu percaya sungguh Anwar 'melutut' kepada Yahudi seperti dakwaan Najib! Ingat Najib ada media dan APCO Yahudi, Anwar tiada media dan tiada APCO untuk memanipulasi berita!

Jelas kini UMNO sedang menyerang. Maka PR dan Anwar juga tidak boleh bertahan dan tidak boleh beremosi semasa menyerang, kerana jika bertahan dan beremosi, PR dan Anwar akan menjadi Brazil yang kecundang kepada Belanda yang sentiasa menyerang dengan penuh taktikal.


No comments: