Followers

Monday, July 05, 2010

SELARAN TPM Muhyiddin kepada segelintir orang Melayu, betul!!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin diberitakan menyelar sikap segelintir orang Melayu yang sangup mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan usaha meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Bagus juga teguran TPM ini. Diharap tiadalah orang yang akan terasa tersindir. Terima teguran TPM Muhyiddin itu dengan ikhlas terutama orang atau puak-puak yang pernah mengatakan salah seorang raja Melayu...'natang!'

Dan lagi puak-puak yang telah menghapuskan tulisan Jawi, sila dengar dan faham teguran Muhyiddin itu. Jangan jadi bodoh sombong. Tulisan Jawi yang merupakan tulisan bangsa Melayu itu hapus, kerana kamulah, UMNO! Harapkan pagar pagar makan padi !

Itu, orang yang beria-ria membawa PPSMI dalam sistem pendidikan sehingga melemahkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu jangan buat nyanyuk dan pekak badak, teguran TPM Muhyiddin itu betul! Kesian Muhyiddin, dia seorang sahaja yang berjiwa Melayu, yang lain, taik belaka termasuk taik judi!

Tolong...tolong..orang yang perasan sebagai "First Lady' Malaysia itu, tidakkah kamu menghina Permaisuri Agung kerana semua orang sedar dan faham bahawa Wanita Pertama Malaysia ialah Raja Permaisuri Agung. Bila tukar? Tanya Muhyiddin...menghina Raja-raja Melayu tau!

Maka benarlah kalau Muhyiddin tegur ada segelintir puak-puak Melayu yang yang mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu! Untuk melihat itu semua,Muhyiddin jangan pandang ke sini, pandang sebelah cukup...bersepah puak-puak yang Muhyiddin sebut itu.

Tentang cakap Muhyiddin yang ini : "Orang Melayu sepatutnya bersatu di bawah satu payung untuk menentukan agenda membangunkan bangsa Melayu tercapai", nak tanya sedikit...53 tahunUMNO dominasi pemerintahan, agenda membangunkan bangsa Melayu tak terbangun-bangun dan tidak tercapai lagi? 53 tahun tu buat apa? Membangunkan agenda apa?

Kalau orang kata, orang tegur...marah !!! Cakap tetap tidak serupa bikin !

No comments: