Followers

Saturday, July 17, 2010

Pimpinan UMNO memang teruk!

Jika masih ada orang yang mendakwa bahawa UMNO adalah parti perjuangan yang sentiasa membela nasib rakyat, maka orang itu sebenarnya telah terkurung dalam perangkap kebodohan yang sudah lama dipasang oleh UMNO.

Bagi aku tiada apa yang UMNO Baru telah lakukan melainkan kerja-kerja biasa yang mana-mana kerajaan pun lakukan, malah mungkin kerja-kerja UMNO lakukan itu, lebih teruk dari kerja-kerja biasa yang sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang dikatakan membela nasib rakyat.

Mengelirukan rakyat dengan istilah 'pengurangan subsidi' dan 'pelarasan harga' yang sebenarnya membawa maksud barang naik adalah bukti bahawa UMNO adalah parti yang sering memasang perangkap memperbodohkan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. Takut untuk menyebut barang naik yang mungkin juga membawa makna lucah atau memang benar bertujuan mahu mengelirukan rakyat luar bandar penyokong-pyokong UMNO sendiri yang ramai tidak tahu apa-apa tentang SUBSIDI itu.

Selepas pengumuman pengurangan subsidi itu, aku bertanya seorang imam tua (bukan imam muda!) tentang UMNO kini, jawab imam tua yang rumah kata pergi, kubur kata mari itu, "UMNO ni parti yang selalu berusaha menyenangkan rakyat".

Aku hendak tergelak ! Esoknya imam ini akan membayar lebih untuk secawan kopi di kedai dan untuk minyak kereta buruknya itu. Perangkap bodoh telah menjeruk kepala otak imam tua totok itu walaupun dia sendiri sering merungut elaun imam tak mencukupi malah ada kalanya berbulan-bulan elaun tak dapat-dapat!

Pakatan Rakyat harus berusaha gigih untuk melepaskan ramai rakyat di luar bandar terutamanya penyokong UMNO yang masih terjeruk dalam perangkap diperbodoh UMNO. Kesian mereka !

UMNO akan terus berusaha memperkukuhkan perangkap perbodoh rakyat setiap kali semakin hampir pilihanraya. Usaha KDN Hishamuddfin Hussein untuk tidak menyambung permit Suara Keadilan dan menyusahkan akhbar Roket (DAP) dan Harakah (PAS) adalah bukti perangkap perbodoh rakyat sedang diperkukuhkan secara tegar oleh UMNO. Talian hayat UMNO akan putus jika rakyat cerdik namun akan terus bodoh sombong jika rakyat terus bodoh lembam!

Lihatlah, sekali lagi UMNO mengumpan isu bodoh untuk ditelan rakyat yang diharap bodoh oleh UMNO apabila Muhyidin Yassin menyebut kembali isu perpaduan antara UMNO dan PAS. UMNO parti memerintah maka apa perlunya PAS untuk UMNO membawa perpaduan untuk rakyat Melayu? Apa perlunya PAS untuk itu kerana dalam UMNO sendiri 'bertumbuk bergaduh' dalam mensyuarat UMNO? Tanya Jamil Khir. Muhyiddin ke Trengganu, 4 ADUN Melayu UMNO pulau ! Apakah itu telah wujud perpaduan Melayu dalam UMNO?

UMNO tidak perlu risau Melayu dalam PAS kerana Melayu dalam PAS sentiasa menyelesaikan masalahnya berpandukan keada Al-Quran dan Hadith. Melayu dalam UMNO? Setuju dengan Ustaz Idris Ahmad, selesaikan perpaduan Melayu dalam UMNO dulu.


No comments: