Followers

Sunday, July 18, 2010

Benak juga kepala otak macam ni...

Mengikut kamus, 'benak' maknanya 'bengap'. Susah juga kalau kepala otak seseorang itu benak. Tidak tahu nak faham-faham. Tidak benakkah ini namanya?:

"Dalam isu berbeza, Hishamuddin berkata beliau tidak meletakkan harapan perbincangan mengenai perjuangan bangsa dan agama hanya kepada seorang pemimpin dalam PAS, termasuk Musyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat. "Kita kena tengok pendirian secara menyeluruh daripada parti PAS sendiri," katanya...." (mstar).

Payahkah semua ini untuk difahami atau memang otak benak sebenarnya?:

1. Setiauasaha Agung PAS (kenyataan rasmi PAS) telah memaklumkan bahawa PAS tetap dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik lagi dengan UMNO kecuali antara G to G.

2. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz berkata isu kerjasama dengan UMNO sudah tidak berbangkit lagi, sudah selesai.

3. Datuk Husam AJK PAS Pusat, telah memberitahu berkali-kali bahawa PAS telah memantapkan agenda, meneruskan perjalanan menguasai Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

4. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Presiden PAS, telah menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan gagasan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) bukan dengan UMNOAPCO.

5. Sudah dua tiga kali Mukatamar PAS yang merupakan pendirian secara menyeluruh daripada PAS membuat keputusan dan membuat penegasan bahawa PAS akan tetap bersama dengan Pakatan Rakyat dan bukan bekerjasama dengan UMNOAPCO lagi.

Dalam pada semua penegasan itu, masih ada seorang menteri yang tidak reti-reti dan payah benar nak faham. Timbalan Presiden susah nak faham, Naib Presiden pun sama juga! Nak pendirian menyeluruh PAS macam mana lagi?

Kesian ahli-ahli UMNO dapat pemimpin-pemimpin seperti ini yang payah hendak faham apa yang riuh rendah orang bagi tahu... Cap ayam sungguh rupanya !

No comments: