Followers

Thursday, July 08, 2010

Amerika "diserang" !


Semenjak terhapusnya Russia sebagai pengimbang kuasa, Amerika dengan pengaruh kuat Yahudi terhadap kepimpinan telah mencatur banyak isu-isu yang mampu merusakkan mana-mana tamadun yang tidak disukai oleh Yahudi. Tiada peperangan dalam dunia ini yang tidak terkena 'tangan' Amerika. Amerika sering merasakan betapa kuatnya dia. Tapi itu perasan dia. Kuasa Yang Maha Berkuasa tidak mampu dihadapi oleh Amerika yang sombong itu.

Amerika dilanda gelombang panas. Seorang wanita berusia 92 tahun dari Philadelphia adalah antara mangsa yang maut kerana tidak tahan dengan cuaca terlalu panas yang kini melanda Amerika Syarikat.

Seorang lagi mangsa juga wanita, yang tidak mempunyai rumah, dijumpai terbaring di sebelah sebuah kereta Ahad lalu di pinggir bandar raya Detroit.

Cuaca panas menjangkau 37.7 darjah Celsius (100 darjah Fahrenheit) melanda bandar raya dari Richmond ke Boston, Providence dan Hartford, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional.

Suhu melepasi paras rekod di New York dengan mencecah 39.4 darjah Celsius dan Philadelphia dengan 38.8 darjah Celsius.

Boleh dikatakan ia adalah antara hari paling panas dalam tempoh satu dekad bagi kebanyakan lokasi di timur laut dan kawasan pedalaman, kata jurucakap Perkhidmatan Kaji Cuaca, Sean Potter. Ia adalah sama seperti kejadian pada 2001 atau mungkin 1998.

Kawasan bandar yang banyak mengalami pembangunan dilanda lebih teruk daripada luar bandar, kerana kawasan bandar menyerap lebih banyak tenaga solar pada waktu siang dan melepaskannya dengan lebih perlahan pada waktu malam.

Pakar kaji cuaca menggelarnya gelombang panas, berikutan suhu melebihi 37.7 darjah Celsius selama lebih tiga hari berturut-turut. Bandar raya terbesar di New Jersey, Newark, mencatatkan suhu lebih tinggi iaitu 37.7 darjah Celsius bagi hari ketiga berturut-turut.

Suhu di seluruh kawasan Atlantik Tengah semalam sekali lagi mencatatkan suhu di antara 32 darjah Celsius hingga 37.7 darjah Celsius.


klik sini


No comments: