Followers

Wednesday, July 28, 2010

Akibat menjadi mufti melayu !

Semoga Mufti Harussani dapat kembali ke landasan kemuftian yang sebenar. Menjadi mufti yang mengajar, mendidik, mendakwah dan menfatwakan hukum-hukum Islam adalah lebih aula dari menjadi mufti Melayu.

Negara ini adalah negara majmuk yang terdiri dari pelbagai suku kaum dan agama. Hakikat itu telah wajar diterima oleh Mufti Harussani. Justru itu membicarakan mendakwahkan Islam kepada pelbagai suku kaum dan bangsa sepatutnya menjadi keutamaan Mufti Islam. Bagaimana perasaan penganut Islam dari suku kaum dan bangsa yang selain Melayu apabila Mufti Harussani lebih cenderung menjadi Mufti yang hanya membicaraklan soal perpaduan Melayu.

Mufti yang menguruskan soal Islam membicarakan urusan Melayu tidak salah, tetapi menjadi mufti yang kuat perkauman Melayu tetap tidak elok dipandang oleh penganut Islam yang berbangsa lain. Bagaimanakah perasaan Mufti Harussani jika telah pencen nanti tiba-tiba dengan kehendak Allah terlantik mufti penggantinya dari kalangan Islam bukan Melayu dan mufti itu lebih sibuk membicarakan hal urusan bangsanya atau suku kaumnya dari membicarakan hal urusan Islam kepada semua manusia?M ungkin terdetik juga di hati Mufti Harussani rungutan," betulkah mufti ni?", sebagaimana ramai orang terdetik begitu kepada Harussani sekarang ini.

Lebih tidak elok lagi apabila Mufti Harussani bersuara mengatakan keyakinannya bahawa Islam akan lemah jika orang Melayu lemah. Betulkah begitu mufti? Di Madinah sewaktu Nabi SAW memerintah tidak ada Melayu pun! Di zaman keemasan Andalusia dulu tidak ada orang Melayu juga. Banyaklah lagi contoh-contoh kalau hendak diberi.

Kalau Mufti Harussani kata bahawa dia bercakap dalam konteks Malaysia, kita tetap mahu bertanya, UMNO sebuah parti Melayu yang dikatakan KUAT (Orang Melayulah tu..) telah memerintah Malaysia 52 tahun, apakah Islam, keimanan, akhlaq, moral, integriti di Malaysia semakin baik sekarang dari dulu. Hendak dikatakan PAS pemecah belah umat Melayu, rasanya PAS baru kuat dalam sekitar 1998, itupun menumpang gelombang reformasi. Sebelum 1998 PAS masih lemah apa ! Takkan lah PAS yang lemah sebelum itu, yang ramai orang Melayu tidak sokong PAS waktu itu, mampu melemahkan perpaduan Melayu?

Jika waktu UMNO kuat, PAS lemah, mufti Harussani anggap perpaduan Melayu utuh, mana adil diwaktu UMNO lemah, PAS kuat mufti Harussani anggap perpaduam Melayu lemah! Sepatutnya Mufti Harussani lebih gembira sekarang kerana sewaktu PAS sebuah parti Islam kuat, bangsa Melayu akan turut kuat. Harussani juga harus gembira kerana zaman dulu sewaktu UMNO sebuah parti yang dikatakan parti Melayu (walaupun dah ramai bumiputra di dalamnya) kuat sedangkan masyarakat Islam kian lemah, telah berlalu!

Dalam ghairah memperkatakan perjuangan kebangsaan Melayunya, Mufti Harussani sekali lagi mendakwa bukan Hassan Ali seorang sahaja yang menemuinya pasal perpaduan Melayu tetapi ada lagi pemimpin PAS yang lain. Pulak dahh!!! Dulu kata ada seorang sahaja pemimpin PAS menemuinya sekarang dah lebih seorang pulak? Inilah dia akibatnya jika menjadi Mufti Melayu!!

No comments: