Followers

Wednesday, June 02, 2010

Wakil-wakil Rakyat BN tidak standard !

Nasib malang terus-terusan menimpa Ahli Veteran dan Ahli Parlimen UMNO/BN. Berjuanglah mereka bersungguh hati untuk meletakkan kepimpinan UMNO/BN hari ini ditampuk kuasa. Berjuanglah mereka bersungguh hati kerana mereka mewakili rakyat yang memilih mereka dalam setiap pilihanraya. Berjuanglah mereka kerana mereka adalah wakil rakyat.

Namun apa yang berlaku dalam perlantikan Senator, ahli-ahli vateran UMNO dan ahli-ahli senior Pemuda UMNO terus berputih mata. Yang terpilih hanya yang berjasa kepada gandingan Najib-Rosmah. Tidak ada apa yang Ezam Mohd Nor tidak kata kepada Najib, kepada Rosmah dan kepada UMNO. Semua dikatanya!

Dalam satu ceramah beliau masa dalam Keadilan suatu masa dulu Ezam menceritakan hal Rosmah yang suka berbelanja mewah di luar negara hinggakan kata Ezam pasu bunga di rumah Rosmah pun harga berjuta.

Tapi hari ini orang yang mencaci dan menghina UMNO dan kepimpinannya dahulu telah dengan 'pengotornya' menjilat kembali air ludahnya dahulu telah diiktiraf sebagai pejuang UMNO dengan dilantik sebagai Senator. Ahli-ahli pemuda UMNO lain nampaknya hanya layak menjadi balaci kepimpinan UMNO bukan Senator, Timbalan Menteri atau Menteri ! Yang bernama Khairy pula kian 'dipasung' !

Begitu juga hal keadaannya dalam rombakan Kabinet Najib-Rosmahsemalam. Ramai senator yang dilantik daripada Wakil Rakyat. Wakil Rakyat yang penat berkempen dan diundi oleh rakyat hanya berputih mata. Jelas terbukti bahawa ramai Wakil Rakyat BN tidak layak untuk dilantik menjadi Timbalan dan Menteri.

Atau rakyat sepatutnya sedar bahawa kepimpinan UMNO/BN jauh dari mengiktiraf wakil-wakil Rakyat BN yang mereka pilih. Undi rakyat tidak berkualiti atau undi rakyat telah dipermain-mainkan demi mengekal kuasa mutlak pemimpin.

Begitulah nasib para Wakil Rakyat UMNO/BN. Mereka tidak mendapat pengiktirafan kepimpinan sendiri kerana mereka dianggap tidak ada standard ! Malu....

No comments: