Followers

Tuesday, June 15, 2010

PAS kehilangan seorang tokoh yang hebat .

Dengan rasa sedih dan terkejut, aku turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Ustaz Hassan Sukri. Sebagai ahli parti yang nun jauh di bawah, aku 'mengenali' Almarhum Ustaz Hassan Sukri namun almarhum tidaklah kenal aku. Biasalah begitu.

Aku mengenali almarhum hanya melalui pembacaan catatan kisah, penulisan berita dan rencana yang dibaca. Apatah lagi Amarhum Ustaz Hassan adalah salah seorang pemimpin PAS yang veteran dan istiqamah.Maka itulah yang dimaksudkan aku 'kenal' dia. Kenal secara peribadi tidaklah.

Bila mengenali almarhum dari pembacaan dan cerita-cerita orang, sama ada dari orang bawahan atau para pemimpin yang mengenali almarhum, aku sebenarnya amat kagum dengan veteran-veteran PAS seperti almarhum ini. Almarhum rupanya hebat, 'kutubkhanah PAS '. Itu dari segi idea dan perancangan parti, bagaimana pula kalau dilihat dari segi kepimpinan. Lagilah hebat. Salah satu tanda kehebatan almarhum ialah apabila almarhum dengan tenang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti dan dengan gaya yang hebat juga menerima kekalahannya.

Yakin sungguh aku, tanpa para pemimpin seumpama almarhum Ustaz Hassan Shukri ini yang dengan tegarnya telah meletak dan menjaga dasar PAS sehingga ke hari, rasanya PAS mungkin sudah lama berkubur.

Kini, PAS telah kehilangan seorang tokoh yang hebat, Almarhum Ustaz Hassan Shukri.

Semoga roh almarhum yang banyak berjaya kepada perjuangan Islam itu, ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

No comments: