Followers

Saturday, June 05, 2010

Kekalkan Kg Baru milik eksklusif Melayu

http://kadirjasin.blogspot.com/

SAYA harap cakap-cakap hendak memperuntukkan atau membenarkan bukan Melayu memiliki 40 peratus hartanah dalam pelan pembangunan semula Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar.

Tetapi kalau betul, ia adalah satu perbuatan yang akan memburukkan lagi imej Umno dan menambah keresahan orang Melayu.

Keadilan hanya boleh dilakukan jika kerajaan serentak membangunkan semula kawasan Cina Jalan Petaling dan kawasan India Brickfields dan menawarkan 40 hingga 60 peratus pemilikan kepada Bumiputera.

Kalau betul Umno hendak bertolak-ansur lagi dengan memberikan 40 peratus Kampung Baru moden kepada Cina dan India, maka wajarlah MCA dan MIC menyokong memperuntukkan 40 hingga 60 peratus Petaling Street dan Brickfields kepada Bumiputera.

Sekiranya tidak, kekalkanlah Kampung Baru sebagai kawasan eksklusif Melayu seperti diasaskan oleh British pada tahun 1899 atas kehendak Sultan Selangor waktu itu, Sultan Alauddin Sulaiman Shah Raja Muda Musa.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail pada 17 Februari lalu, Almarhum bertindak ke atas rayuan ketua-ketua kampung Melayu sekitar Kuala Lumpur yang merungut tanah orang Melayu diambil alih oleh pelombong dan pedagang Cina dan Inggeris.

Hasilnya, British mewujudkan Kampung Baru sebagai Malay Agricultural Settlement atau Penempatan Pertanian Melayu apabila Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersetuju memperuntukkan sekeping tanah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kampung Baru seperti yang ada pada hari ini meliputi kawasan seluas 223 ekar.

Kampung Baru seelok-eloknya dikekalkan sebagai kampung Melayu tradisional dan dinaikkan taraf sebagai kawasan pelancongan kelas dunia seperti yang dilakukan dengan perkampungan Portugis di Melaka.

Dengan cara ini, adalah lebih mudah membuat pembangunan fisikal dan menaikkan nilai ekonomi Kampung Baru tanpa menjejaskan pemilikan oleh orang Melayu.

Ingatlah, apabila bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan garan tetap kepada kampung-kampung baru di negeri itu, ia tidak mensyaratkan ianya dibuka kepada orang Melayu.

Jadi tidak perlulah pembesar Umno hendak peningkan kepala menyerahkan atau membuka 40 peratus Kampung Baru kepada Cina, India dan bukan Bumiputera lain.

Mereka dah ada lebih daripada cukup di Petaling Street, Brickfields, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion, Lot 10, Times Square, Starhill dan Mid Valley. Berapa kerat Melayu memiliki dan menduduki hartanah di kawasan-kawasan ini?

Hatta di KLCC milik Petronas itu pun peniaga Melayu terpelanting kerana sawa yang tinggi melangit. Yang tinggal boleh kira dengan jari. Itu pun siapa pula di belakang mereka?

Jadi cukuplah Umno cuba mengambil hati orang bukan Melayu. Yang lebih penting sekarang, Umno kena jaga hati orang Melayu dan pujuk orang Melayu yang merajuk pada pilihan raya umum lalu, takut-takut undi bukan Melayu yang dikejar tak dapat undi Melayu yang kendong berciciran.

Kalau saya silap saya mohon maaf dan saya bersedia dikutuk.

Sumber: harakahdaily

[ Sangat bersetuju dengan tulisan kadir jasin ini. Walaupun diri ini tidak tinggal di Kg Baru tetapi diri ini tetap menganggap khabar berita bahawa 40 peratus pembangunan dan pemilikan Kg Baru akan dialih kepada bukan Melayu adalah satu tindakan jahat, dengki, khianat atau satu tindakan bodoh, bangang dan bahlul dari kepimpinan UMNO. Dan jika orang yang tinggal di Kg Baru itu dengan rela hati membenarkan hal ini berlaku maka merekapun turut khianat, bodoh dan bangang. Ini bukan isu perkauman tetapi biarkanlah Kg Baru itu sampai bila-bila menjadi hak orang Melayu sebab telah digezetkan untuk tujuan mengapa ianya wujud di situ. Mengapa mesti gatal dan jahat mahu mengganggunya? Demi pembangunan ? Apakah mata buta untuk tidak nampak lagi kawasan-kawasan lain yang lebih luas untuk dibangunkan...? Mengapa Kg Baru itu jugak mahu diganggunya...? Kalau berlaku jugak apa yang dikhabarkan media itu ... memang bahlul ! UMNO terus benak untuk belajar dari sejarah Pulau Pinang dan Singapura..]

No comments: