Followers

Sunday, June 27, 2010

Dr Asri semulajadinya UMNO ?

Dr Asri, bekas mufti Perli itu memberitahu rakyat Malaysia (rakyat Malaysia...!!!) bahawa dia tidak menyertai mana-mana parti politik lagi setakat ini.

Betul dan benar...setakat ini belum ! Tetapi jika dia nanti membuat keputusan menyertai parti politik, diyakini dari riak-riak tindakannya dia akan menyertai UMNO. Dia belum menyertai UMNO itu pun kerana ada sesuatu yang menyebabkan dia membuat begitu mungkin jugak kerana Zamihan kacau daun...!

Dr Asri diyakini tidak akan menyertai DAP, PKR apatah lagi PAS kerana Dr Asri mana yang akan sanggup turun berdemonstrasi BERSIH ? Tengok demonstrasi Judi nanti Dr Asri turun atau tidak. Dr Asri mana yang akan sanggup disembur air kimia sewaktu berceramah Perdana tiada permit di ceruk-ceruk kampung di beranda rumah-tumah ahli marhaen demi memberi kefahaman Islam kepada rakyat? Berceramah dalam rumah bolehlah... Dr Asri mana yang sanggup tidur markaz-markaz ? Ermm...jauh !

Ramai dikata orang yang menyertai mana UMNO hari itu orang-orang Dr Asri, Dr Asri mana yang akan melarang orang-orang dia dari menyertai UMNO yang banyak kerusakan itu?

Dr Asri mana ? Gaya dia memberi kenyataanpun macam UMNO. Semulajadinya UMNO ?

No comments: